Maka aku mula la survey apa patut aku buat kan untuk anniversary nanti. Bukan main awal plan sebab bajet weh bajet kalau aku kaya tak apa la juga ni tak ada la kaya tapi sis cuba la juga sesuatu. Lepas tu officemate aku ada recommend cari hotel area KL dekat traveloka ke since nanti dengan baby lagi kan kalau takut nak jalan jauh dengan baby. Aku rasa tu idea yang bernas juga. Aku survey la juga hotel yang best dekat KL dan harga pun murah juga lepas tu aku dapat info yang traveloka ada contest fly & win. Yang menarik traveloka contest fly & win ni pula hanya perlu main game. Kau rasa seronok tak? Contest ni sempena Chinese New Year 2018.
Traveloka Fly & Win CNY Contest
Dari aku konon nak survey hotel dekat KL dengan pemandangan KLCC terus beralih arah lepas nampak iklan ni. Hadiah pelancongan termasuk tiket kapal terbang dan penginapan untuk 2 orang. Gila tak suka??? Share dekat facebook mengenai contest ni pun dapat peluang menang voucher traveloka bernilai RM1000. Ini kalau dapat laki aku paling seronok sebab dia kan selalu travel dan memang sentiasa guna traveloka je booking hotel. Banyak dapat jimat tu.
Hadiah pertama CNY 2018 contest ni adalah 6h5m ke Seoul. Hadiah kedua pula ke Phuket 5h4m dan hadiah ketiga ke Langkawi 4h3m. Aku tak harap menang no 1 atau 2 tapi cukup la kalau dapat menang no 3. Itu idaman dah lama nak pergi tapi belum ada rezeki. sobss. Menariknya weh dengan hanya main game je. Bukan main aku bebel kan tapi tak share pula link contest. Okay la macam ni sila ikut arahan dibawah ye.
Cara penyertaan Traveloka Fly & Win CNY Challenge
Tempoh pertandingan 22-28 Januari 2018
1) Sila klik link CNY 2018 contest ni dan akan nampak gambar macam diatas
2) Sila klik dan baca term and conditions dahulu
- mempunyai facebook akaun yang sah
- mesti follow facebook fan page traveloka malaysia
- peserta diwajibkan bermain Traveloka Fly & Win CNY challenge yang telah disediakan penganjur
- peserta perlu mengisi details dekat page pendaftaran yang telah disediakan
- peserta boleh share di facebook maximum 5 kali sehari sahaja
3) Klik instruction untuk faham kan arahan tu pula sebelum start game.
4) Dah klik start game tu bertabah la main sampai score dan baru boleh submit score.
Nampak menarik bukan main tap tap je game ni tapi aku warning siap-siap moga korang tabah tau sebab aku pun mencarut dah main ni. hahahahhahahahaha.. Ingat senang nak menang free tiket melancong? Mesti korang tak faham kan apa aku cakap ni so better korang klik link contest tu dan baru korang faham kenapa aku suruh bertabah. hahahha.
Tapi kalau korang rasa dah tak ada ketabahan untuk main tu baik lah korang terus ke Traveloka untuk beli sendiri tiket.
Traveloka Chinese New Years Film 2018
Lepas banyak kali cuba main tu ada nampak short film CNY ni juga so secara tak sengaja aku buka la tengok. Biasanya aku malas nak tengok tapi sedih pula rasa weh. Memang deep sangat video ni. Pengorbanan seorang ibu tunggal untuk bawa anak dia melancong dengan cara dia tersendiri. Tak semestinya kena guna wang ringgit tapi sweet laa.
Korang tengok la sendiri tapi bagus betul short film traveloka ni. Emosi pula tengok video macam ni sensorang. Travel the world dengan orang yang tersayang gitu. Beza melancong sendirian dengan melancong dengan orang yang kita sayang. Kalau la aku mampu memang nak je bawa ramai-ramai satu family pergi melancong.
Apa yang aku perasan dengan traveloka ni dapat jimat banyak juga dari segi harga tiket dan juga hotel tapi korang kena rajin survey la. Jangan esok nak pergi tapi hari ni baru nak terhegeh cari tiket dan hotel. Biasa kalau aku nak travel berbulan awal dah prepare dah sebab tau bukan nya mampu sangat tapi macam kes laki aku pula berbeza sebab atas urusan kerja memang last minute baru tau kena pergi mana dan dia sendiri cakap dia suka guna traveloka sebab murah dari lain. Itu dia cakap tau bukan aku sebab kalau aku ni memang awal la booking.
So untuk anniversary ke-5 ni nak kemana? Boleh dah start buka page traveloka cari offer menarik atau mungkin dapat peluang menang CNY 2018 contest ni? Start 22 hingga 28 hb boleh buka dan main je game ni sampai top score lepas tu share la bebanyak dekat facebook. Banyak tak banyak la maximum 5 kali je sehari tau. Selamat mencuba semua.
Hari-hari kena main game ler ni hehhe..
ReplyDeleteWah..bestnya..nak join la contest ni
ReplyDeleteWahhh menarik, untung menang boleh fly dengan Traveloka.
ReplyDeleteBest gila hadiah dia..
ReplyDeleteramai dah main game ni..nak main juga la
ReplyDelete