Pengalaman guna set pantang TANAMERA
Masa pantang dulu aku beli set pantang tanamera dengan shaklee. Bukan main awal aku beli tanamera ni tau. Tapi korang boleh tengok post lama aku tu. Banyak-banyak set tanamera tu nasib baik aku tak terjebak beli semua set. Aku beli 4 benda je. Yang betul aku guna dulu hanya TANAMERA VCO sebab aku amalkan perineum massage (boleh google) masa mengandung lagi. Tapi aku tak buat minum pun masa tu. Perineum massage ni berguna kalau beranak normal tapi dukacita nya aku kena ceaser. hahahhahah takpe dah usahakan.
TANAMERA BROWN SOAP tu pula untuk hilangkan kesan gelap tu tapi rupanya bila aku tanya orang dan tengok dekat diri sendiri. Itu hanya perubahan hormon dan berbeza dekat setiap orang. Macam kes aku memang start masuk 5 bulan keatas kulit jadi berkerak dan daki gelap.. Serius gila hodoh dan masa tu aku ingat akan kekal. Hodoh nak mati sampai aku tak cerita dekat orang pun tapi lepas sembang dengan mak-mak lain rupanya ramai kena macam tu. Perubahan hormon. Ada yang badan jadi cantik dan glowing masa pregnant dan ada yang jadi hodoh sehodoh nya.. hahahahha Aku la tu kategori hodoh nak mati tu. So aku sental juga guna sabun ni tapi macam tak ada perubahan sebab hormon bukan masalah sedia ada ke apa. Tapi jangan risau kalau badan berkerak dan berdaki hodoh masa pregnant sebab lepas beranak akan kembali kepada asal insyaALLAH. Aku pun takut kekal ke apa weh tapi aku sental pakai sabun ni macam sama je pastu sabun ni jenis herbal kot so macam tak berapa berbuih tapi rasa sedap guna sebab dia kesat rasa tengah scrub gitu. Boleh je nak cuba. Tapi aku tak rajin amal ni pun.
TANAMERA LAVENDAR FLORAL WATER ni jenis spray kira kalau stress ke apa just spray dekat muka dan badan untuk rilex ke macam mana tapi aku tak suka bau lavendar maka benda ni sampai now ada dengan aku hahahha teruk betul nak buang sayang beli mahal-mahal.
TANAMERA FEMININE HERBAL WASH yang ni aku tak pasti dekat mana letak dan aku sendiri tak pernah guna weh dah tu beranak caesarean so benda ni tak guna langsung la. Aku taip entry ni baru perasan aku ada beli ni dan tak guna langsung. hoiii teruknya.
Pengalaman berpantang dengan SHAKLEE
Masa mengandung dulu aku dah start ambil shaklee juga tapi aku tak pasti aku mula dengan apa sebab aku takde update blog pasal shaklee. Kalau tak silap aku start amal shaklee bila dah masuk 3rd trimester. Tapi lepas dah beranak caesar (operation) kira terus sambung makan shaklee dengan ubat doktor bagi je. Yang bagus guna shaklee ni tak perlu risau kalau anak kena kuning ke apa. Luka caesar pun cepat je baik kalau tak silap aku seminggu awal je sengsara lepas tu elok je. Alhamdulilah. Aku bukan ahli shaklee tau, aku pengguna biasa je. Shaklee yang aku ambil VITAMIN C, VITALEA, OSTEMATRIX, B-COMPLEX & OMEGA GUARD. Tapi semua tu aku beli berperingkat. Jenuh beli semua sekali sebab mahal la.
Tips beli produk shaklee, sila pastikan tarikh expired lama lagi sebab takut kalau dekat rugi la tak dapat makan lama kecuali korang betul-betul constant amal setiap hari so cepat la habis. Kalau macam aku ni dari mengandung sampai ke pantang pun banyak lagi sebab makan bila ingat. hahahhahaha lepas tu expired buang. Sedih!
Mengandung kali ni pun aku ada amal shaklee tapi aku baru ambil vitamin C dengan ostematrix sebab kali ni tak berapa boleh minum susu so ganti dengan ostematrix dan makan zincofer KK bagi tu je.. Malas betul kali ni nak makan ubat berjenis-jenis tu.
Set pantang Nona Roguy dan Sendayu Tinggi
Maka untuk pantang kali ni aku nak guna apa? Ofismate aku baru habis pantang dia guna sendayu tinggi dan kata nya elok dan semua orang tegur muka berseri gila dan lagi slim dari sebelum dia beranak. Dia cakap guna set sendayu tinggi.
set pantang sendayu tinggi
Set sendayu tinggi ada supplemen ikut hari selama 60hari. 1 botol tu untuk 10hari dan ada 6 botol. Ikut lebal hari dekat botol tu. Kena makan ikut aturan kalau nak berkesan cuma aku tak pasti kalau anak ada kuning macam mana. Mungkin ada jual loose ambil nak start makan hari ke berapa. Ada sekali mandian herba. Kalau dulu aku tak cari mandian herba sebab mama aku sendiri cari daun-daun untuk mandian. Kalau yang ni aku rasa kalau nak beli aku akan beli loose ikut hari ke berapa nak start makan la kot.
Ni dari masa mengandung asyraf aku teringin nak set pantang ni. Tukang urut yang biasa aku mengurut pun memang guna minyak herbanika tu masa mengurut cuma kalau tukang urut masa pantang tak guna minyak ni aku nak buat apa? hahahhaha ini pun yang berguna phytonatal dengan minyak barut tu kot paling senang dan cepat. Yang lain macam tak sempat pun nak guna. hahahha..
Pengalaman realiti masa pantang dan set pantang yang berguna
1) Pil atau ubat - jamu/shaklee
Dari semua review dekat atas ni kan. Realiti masa pantang yang sempat guna adalah makan ubat tak kira la shaklee atau jamu so aku rasa pil ni penting untuk kuatkan tenaga dalaman kita. Kalau jamu takut anak kuning kan so adakah aku kekalkan makan shaklee je? So far masa Asyraf memang tak ada kuning. Kalau set sendayu tinggi tu nampak seram banyak nya lahaiii.. tapi phytonatal nona roguy tu memang dah well known bagus untuk elakkan sembelit tak kira la beranak normal ke caesar. Dilema tak habis lagi ni since shaklee aku tak beli pun yang lain-lain tu lagi.
2) Urut dan tungku
Sebelum korang beli set pantang dengan macam-macam benda pelik tu, sila pastikan tukang urut yang korang ambil tu sekali dengan set pantang ke datang urut dan tungku sahaja? Kalau korang upah sekali penjagaan pantang memang mereka ni ada set sendiri so korang dah jimat tak payah beli set pantang pun atau korang request guna set pantang yang korang beli. Antara benda penting masa pantang batu tungku, barut perut (bengkung) dan herba mandian.
Kalau cari tukang urut make sure sekali bertungku bukan urut sahaja. Masa Asyraf dulu tukang urut datang mengurut, tungku dan scrub badan sekali. RM70 sehari dia ambil. Mandian herba tu ada orang kata best segarkan badan tapi aku yang ni mama yang tolong sediakan.
3) Bengkung
Ni aku rasa penting masa pantang sebab rasa lega sangat bila barut perut yang mengelebeh tu tak kira beranak normal ke pembedahan. Even aku caesar aku barut je perut dengan bengkung. Kemas dan tempat operate cepat je baik sebab tak bergesel kan dibengkung. Selesa je. Masa bengkung tu sapu minyak panas.
4) Minyak panas
Oleh sebab itu minyak panas pun berguna masa pantang. hahahha.. Nampak sikit je kan bila aku buat list macam ni. So boleh la pertimbangkan barang apa nak beli nanti dan dari set mana. Kalau set tak semua pun guna mengikut pengalaman sendiri tau. huhuh
IQ pakai brown soap masa mengandung, the best thing pasal sabun tu elakkan kulit kering, sbb bila kering terasa amat gatal, sabun tu sangat membantu IQ masa mengandung dulu
ReplyDeleteIQ ada set nona roguy herbanika tu, tak habis pkai pun, beli satu set lebih murah masa expo baby. tapi serius tak semua pakai sebab anak kena kuning sebulan, tak boleh nak makan jamu., huhu
tu la sbb x guna semua pun 1 set tu kan
DeleteMacam² set berpantang sekarang, kena pandai pilih yang sesuai. Macam akak tak pernah guna pun, amalkan air akar kayu bersalai dan bertungku je.
ReplyDeleteso xyah la kan beli lagi.. nti br order kalau perlu kan?
Deletebetul. dulu saya guna tanamera. Pilis langsung tak guna. dan scrub dia saya ambik masa 2 tahun baru nak habis. hahaha
ReplyDeleteSo kali ni igt nk tgk dlu keadaan anak.. kl dia ok nk try ST kot sbb jamu kan.. xperlu sgt kot set kan.. beli mana perlu je
DeleteTerima kasih sis dia atas perkongsian sis yang jujur dan ikhlas ni utk beginner mcm sy, tengah survey pasal set berpantang ni perlu ke beli semua tgok2 keluar blog sis :D selalu sangat dengar kena beli satu set berpantang ni.. tengok2 membazir je bila tak guna semua..
ReplyDeleteBetul.. akak setuju dengan perkongsian ni.. tapi byk set berpantang sekrg ada jual loose so beli je apa yg perlu..
ReplyDeleteyang luaran aik loose, tak semua kita guna.
ReplyDeleteTapi untuk dalaman paling best Shaklee, tak perlu tunggu anak hilang kuning. Kita nak cepat pulih, kene terus makan lpas bersalin