Sekitar Karnival Upin Ipin 2017

Aku tak pernah pergi pun karnival upin ipin sebelum ni. Pernah nampak iklan karnival tapi selalu tak ada masa nak pergi cuma kali ni since anak aku dah besar ni macam best pula nak bawa dia berjalan. Memang tak plan sangat pun nak pergi sebab hari tu husband aku kerja dan lepas balik terus dia angkut anak bini teman servis keretea sekali just kebetulan masa tunggu servis kereta nampak orang update pasal karnival ni. Anak aku dah tak tengok upin ipin tapi dia suka dengan ultraman so kalau pergi pun sebab nak tengok ultraman la konon nya.


Tengah tunggu servis tu ajak la husband aku dan adik ipar sekali. Aku tau husband aku dah penat sebab baru balik kerja terus pergi servis kereta lepas tu bini lak ajak ke karnival upin ipin nun jauh dekat MAEPS Serdang. Tapi nasib baik adik ipar aku pun nak ikut so laki aku on je la.. hahahhaa Memang tak boleh plan sangat sekarang. Kami laki bini memang tak sentiasa free. Ikut keadaan semasa aku sekarang dah tak berapa daya nak berjalan. Pregnant kali ni memang lemah sikit.


Harga Tiket Karnival Upin Ipin 2017



Kami sampai sana pun dah pukul 6petang hari sabtu kalau tak silap dengan hujan lagi masa ni. Tapi nasib la dah lewat petang, orang dah tak ramai sangat dah. Tengok orang share kata ada show ultraman dekat dewan utama (dewan A) so kami ambil yang tu saja dan murah la dari yang lain RM10 je. Anak aku nak ultraman je pun.


Sekali salah faham daaaa. Show dewan utama ni ada jadual waktu rupanya. Pergi pun dah lewat petang so ultraman pun dah habis. Jenuh nak pujuk anak cari ultraman. Apa boleh buat mama dia main redah je ajak pergi karnival ni. Kalau study sikit maybe boleh beli sekali tiket dewan C iaitu dewan magik. Katanya ada replika rumah opah, ultraman dan sentiasa ada show. Harga lain la boleh rujuk gambar atas.


Ikut jadual dewan utama ni ultraman pun dah habis, nak ajak bapak dia pergi lagi sekali esoknya memang tak la. Jauh okay dari Sg Buloh ke Serdang dengan jem lagi. hahahhaha. Maka bapaknya belanja toping ultraman ni je ganti tapi sama juga, dia cari juga ultraman sebab dah tertunjuk dekat dia show ultraman tu dekat instagram orang. Actually mak dia pun teringin nak tengok ultraman tu, biasa kan patung je ni maskot betul macam nak la juga tengok. hahah Takde rezeki plak.



Review Karnival Upin Ipin



Bagi aku agak bosan la masa pergi karnival ni sebab pergi pun salah masa. Kalau ada show ultraman tu mungkin best kot. Tunggu next karnival la kalau camni. Janji tak culas dah. Kena study sikit la kan. Aku duk ingat memang ada je maskot ultraman ke mainan ke dah nama pun tempat budak sekali nan ado. Dewan utama tu ibarat gerai-gerai jualan barang upin ipin je dan ada pentas dewan untuk tayangan. Itu sahaja. Memang masuk dewan kena bayar tiket tu kira bayar untuk tengok show pentas je dan dalam tu semua booth jualan. Aku ingat ada ambil gambar kawasan sekitar rupanya aku buat instatory je masa tu so gambar tak ada daaaa. Nak beratur beli tiket dewan satu lagi pun dah nak malam so rasa tak berbaloi pula. Tak apa la takde rezeki kali ni. Lain kali datang lagi.


Alang-alang dah sampai kami tunggu je tengok show yang ada. Ada tempat solat dalam dewan ni juga. Solat je situ sementara tunggu show. Kalau anak suka upin-ipin seronok la tapi anak aku ngamuk nak ultraman. Mampu huhuhuhuh je la.. Aku siap pergi tanya orang dekat pentas tu betul ke tak ada langsung dah ultraman. hahahahahha. Kot la ultraman buat surprise kan. Jauh datang ni.
 




Pengajaran, lepas ni study betul-betul dulu. Jangan main redah je. Kalau tau ada jadual tayangan confirm aku tak pergi petang tu. Aku ajak laki aku pergi next day. Silap bajet daaa. hahahhaha. Melepas nak tengok ultraman. Ehhh mak ke anak yang nak ni. hehe



5 comments

  1. wow gempak , kalau ada karnival boboy n ejen ali best gak ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada bgtau juga plsss.. atau maybe boboy dgn agen ali kena pegi maps ipoh kot.

      Delete
  2. salam singgah :))

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/kenapa-personalized-gifts-lagi-best.html

    ReplyDelete
  3. Wahh gagah mommy preggy ke karnival upin ipin ye meriah betul...pernah pergi beberapa tahun lepas masa tu abg Qi kecik lg...skrg dah besar dia minat watak kartun lain dah...itu yg x join sgt pi...apa2 pun meriah sungguh ada cabutan bertuah!

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa, bukan bebudak je suka ni, yang tak budak pon suka. Hehee.

    Singgah jenguk2 blogger otai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...