Resipi Kek Batik simple

Kek Batik sedap dan mudah cuma kalau nak buat tu malas so jadi lah payah. hahahah Macam aku juga la walaupun kek ni paling senang dan cepat tapi berapa kali je pernah buat? Bila mood datang je buat atau paling tidak aku beli je. Aku dah pernah share sebelum ni resipi kek batik tapi versi malas punya so kali ni aku nak update versi rajin siap 2 resipi berbeza lagi. hahaha.



1) Resipi kek batik milo paling simple


Bahan seperti gambar dibawah
1) 1 pek milo 200g (paling kecil) - dalam gambar milo aku pek 400g so jangan confuse
2) 1 pek biskut marie flavor original
3) 1/2 tin susu pekat manis
4) 1 buku pek biasa butterlite atau buttercup (sama je dua-dua ni)



Cara-cara masak kek batik
1) Guna periuk atau kuali non stick sebab senang masa depan korang untuk cuci kemudian.
2) Patahkan biskut marie dan biarkan
3) Cairkan butter sebuku tu dan masuk kan susu cair setengah tin atau kalau taknak manis boleh kurangkan lagi.
4) Masukan milo sedikit demi sedikit hingga habis 1 pek tu.
5) Cara aku bukan gaul asing tapi aku masuk biskut marie dalam kuali sekali dan gaul dengan api kecil untuk lembutkan sikit biskut marie tu.
6) Ambil bekas atau acuan dan lapik dengan plastik untuk senang keluarkan kek nanti
7) Penyet biskut tu bagi rata dan padatkan semua ruang bekas. Ini aku guna tenaga kelakian laki aku, sis malas nak penyetkan. hahaha



Ada orang susun biskut marie dan baru letak bancuhan tu kan tapi aku rasa gaul dulu dalam kuali macam lagi sekata je bersalut. Terpulang pada masing-masing lah. Hasil resipi asas dan simple ni seperti gambar dibawah ini. Masa ni aku tak lapik dengan plastik bekas tu, just terus penyet je so tak cantik sangat bila nak potong keluar. hahahha.



Ni pulang gambar bila siap dipotong. Betapa struggle nya aku nak potong bagi rupa nampak cantik macam gambar bawah ni. Sapa suruh lupa lapik plastik kan. hahahhaha





2) Resipi kek batik milo coklat


Yaa nama resipi aku tukar sikit sebab aku buat penambahbaikan dari resipi pertama tu. Kali ni aku tambah 1 sudu besar serbuk koko dan sebiji telur. Sepatutnya kena 3 biji telur tapi aku gatal letak sebiji je hahahahha atau kalau taknak letak telur pun boleh dan hanya tambah serbuk koko sahaja.


Cara nya sama macam diatas cuma lepas letak milo, tambah 1 sudu besar serbuk koko. Rupa bila dah siap macam gambar bawah ni. Kalau perasan warna dia agak gelap dari yang atas. Kali ni aku letak plastik dan kena penyet sendiri tu yang tak berapa nak padat. Beza tenaga laki dan perempuan. hahahhaha.



Ini hasil potongannya. Sama je kalau bancuhan gaul rata. Rasa kek ni bila tambah serbuk koko agak balance. Tak manis sangat dan just nice.



Disebabkan dua malam berturut-turut buat kek batik maka ada la rezeki untuk member dekat ofis tu untuk rasa sorang sikit. Alhamdulilah dapat share rezeki.





3) Resipi kek batik kacang tanah


Aku share sekali la resipi tambahan yang lain. Lain orang lain cara buat kek batik tapi cara ni kena rajin la sebab bahan dan cara sama macam resipi pertama cuma tambah kacang tanah dengan bijan. Yaaaa bab masak kacang tanah dengan bijan aku kurang kesabaran tapi kalau ada kacang dengan bijan ni memang la lagi sedap oiii. hahahahha

Cara masak kacang tanah tu korang tau kan? Goreng kosong tanpa minyak dalam kuali dengan api kecil sampai masak. Jangan hangus pula so memang lama sikit la. Bila dan masak asingkan kulit dan tumbuk halus atau kasar. Itu terpulang dan kalau malas sangat korang blend kering je la. Bijan pun sama goreng kosong tanpa minyak atau orang panggil salai dalam kuali sampai agak-agak masak. Lepas tu gaul sekali semua dan buat macam biasa.


Sekian tiga resipi kek batik. Ni aku kira paling simple sebab ada resipi masak coklat la apa la. Yang buat jual tu aku tak pasti la apa bahan dorang guna ganti milo sebab milo kan mahal. haha

8 comments

  1. lama tak makan kek batik,nak buat malas hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... senang je tp kl malas tu ssh laaa jadinya.. hehehe

      Delete
  2. Time mengandung kali ni semuanya nak merasa makan yang manis-manis macam kek. Ni tengok pun dah terasa nak buat

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakaan dan senang disediakan.. saya mahu cuba resepi kek batik simple ni..
    thanks for sharing resepi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...