Rasa suasana kampung di Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Pernah dengar Taman Warisan Pertanian Putrajaya ? Mungkin ramai juga dah tau pasal tempat ni tapi ni kali pertama untuk aku sebenar nya. Aku baru tau kewujudan tempat ni dan tak sangka ada medan selera juga dekat sini yang sentiasa meriah. Masa ada orang luar negara tanya aku apa yang menarik dekat Kuala Lumpur Malaysia yang boleh dorang lawat dan merasa suasana tradisional seriously aku blurrr tak tau nak jawab. Orang datang KL mesti pergi KLCC, Muzium Negara, Batu Caves dan kalau Putrajaya akan ke jambatan atau masjid Putrajaya. Yess ni pengalaman aku sendiri google pakej menarik untuk melawat Kuala Lumpur dan sekitar. Banyak sight seeing dan bila ditanya dekat mana dorang boleh rasa suasana kampung mesti la biasa orang suruh pergi ke negeri lain macam Kelantan, Terengganu atau pun Melaka. Itu saja tapi tak semua tempat boleh offer suasana kebun dan pertanian kampung kan? Kalau nak tengok biasanya kena pergi Muzium la kan?



Medan Selera Taman Warisan Putrajaya


Dekat sini cantik dan lengkap dengan kemudahan seperti tandas awam, surau, laluan untuk OKU, gerai makan dan juga dewan. Yang paling best tempat ni design lawa dan redup sebab nama pun taman warisan memang banyak pokok dan binaan kayu nampak macam dekat kampung je. Aku betul-betul tak sangka ramai juga orang datang sarapan dekat sini hingga la tengahari. Aku plan nak datang sini malam pula sebab dengar cerita lagi meriah. 



Tapi tahukan anda 
Selain medan selera korang boleh merasa tangkap ikan keli, pancing ikan, tanam padi, menuai madu kelulut, menoreh getah, kukur kelapa dan juga mencuba permainan tradisional seperti bowling kelapa, congkak dan pelbagai lagi aktiviti tradisional di Taman Warisan Putrajaya ni.


Info Taman Warisan Pertanian
  • Keluasan 35 ekar
  • Kebun buah
  • Sawah padi
  • Ladang getah dengan jumlah 71 pokok getah
  • Ladang teh 
  • Tanaman herba 
  • Makanan tradisional 
  • Viewing deck dengan pemandangan putrajaya
  • Mempunyai tour guide

Dusun Taman Warisan Pertanian



Aku rasa beruntung dapat peluang untuk join FAM Trip ke Taman Warisan Pertanian dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Masa taklimat mula-mula nak masuk tu mereka dah inform yang kami akan terkejut dan tak expect pun apa yang ada dekat dalam. Bukan pasal tu je masa mula aku sampai tu pun aku tak expect dekat sini ada medan selera yang meriah dan juga gerai buah dan juga gerai anak-anak pokok. Meriah pula tu so bila dorang cakap bila masuk dalam dusun kami akan nampak benda yang mungkin dah lama kita tak tengok lagi la rasa teruja. Aku tak sangka juga trip kali ni best gila. Banyak benda unexpected! Cuaca pun Alhamdulilah baik. 


Lepas taklimat dan juga pendaftaran kami di bawa ke dusun Taman Warisan Pertanian. Masuk sini ada bayaran tapi tak mahal pun dan bagi aku sangat berbaloi. Macam mengimbau memori gitu. Aku anak kampung, dulu selalu pergi kebun tok aku kan so faham sangat la perasaan tu. Bayaran masuk rujuk gambar dibawah. 




Kawasan ni luas so boleh pilih nak naik buggy atau berjalan. Kalau dalam group yang ramai dan perlukan tour guide pun boleh. Bila masuk sini memang best sebab dikelilingi kebun buah-buahan dan yang best betul-betul ada sawah padi. Aktiviti pertama ktorang adalah tangkap ikan keli dekat sawah padi. Si nan dengan ayu bukan menari tu tapi baru nak cari ikan keli. haha dekat sini aku banyak rekod video dorang je. hehe



Aku tak pasti la orang sekarang kenal tak lagi buah oren bentuk macam labu ni. Ni buah asam keping yang hitam kering tu.


Korang rasa buah apa bila pertama kali tengok? Macam manggis kan tapi ni kategori buah nadir iaitu buah yang hampir pupus. Ni namanya buah beruas. Rasa masam lagi dari manggis. Kalau manggis masam manis. 







 Daun pepper ni sekali tengok macam daun sireh, daun kadok pun sama lebih kurang bentuk. hahahah Aku ingat mula-mula pun pokok sireh rupanya bukan. Boleh la belajar kenal tumbuhan dekat sini. Gambar atas sebelah kanan tu buah koko yang buat serbuk koko tu. Aku rasa juga semua yang ada dekat sini. Macam-macam rasa ada. hahahha


Boleh juga tengok demo menoreh getah dan cara proses getah semua. Siap ada rumah wap untuk panaskan getah tu. Memang dekat sini mereka tunjuk cara tradisional untuk proses getah.

 
Dah penat melawat kebun dan proses getah semua kami berehat dekat rumah petani. Design rumah ni masih guna design lama tapi aku tak sempat melawat kawasan rumah ni pun. Dah penat so berehat dekat beranda sambil menikmati buah-buahan dari kebun situ sendiri tau. Redup betul tempat ni memang best. Serius korang kena datang sini. Tak mahal pun masuk tapi korang akan rasa macam dekat kampung tau dengan pokok buah merimbun. Masa ni lebat betul pokok rambutan masak ranum dan yaaa aku pulun la rambutan dekat sini. hahahhahahah. Terliur tengok rambutan segar dari pokok haaa.






Lepas berehat dan makan buah kami tengok cara menuai madu kelulut dan boleh terus rasa madu tu. Madu fresh lepas orang tu sedut dari sarang tu kami cuba. hahahhaha.. Aku rasa madu kelulut ni masam macam rasa tapai.



Lupa nak pesan kalau masuk kebun/ hutan guna magic lotion cosmoderm ni untuk elak serangga seperti nyamuk. Biasa dalam hutan nyamuk la yang tak tahan tu. Dan lagi best anti odur macam deodorant.




Aku ni dah la suka buah dan mata aku ni asyik nampak buah segar merimbun atas pokok je. Kedondong segar gemuk-gemuk pun aku geram. Maklum la orang kampung so nampak pokok buah ni jadi geram. hahaha. Bunga kantan pun elok cantik je, kalau beli mahal weh. Macam-macam la boleh tengok dekat sini. Lepas tu boleh pergi dekat area viewing deck ni untk bergambar berlatar belakang kan pemandangan Putrajaya. Cantik!!!



Dan tak lupa juga kami cuba main bowling kelapa. Ni memang aku tak pernah main. Pertama kali juga. Kalau congkak, kukur kelapa semua tu pernah la cuba tapi bowling kelapa ni memang aku pun pertama kali main. hahahah. 




Best ke tak best trip ni? Kalau tanya aku memang aku suka sebab dah lama sangat tak masuk kebun buah. Kalau nak buah biasa kat kedai terus kan. Last masuk kebun kalau tak silap masa sekolah rendah kot. Memang lepas ni kalau orang tanya nak pergi mana dekat Putrajaya aku akan suggest tempat ni. Kalau korang ada trip nak bawa warga asing dan nak merasa suasana kampung boleh bawa ke sini sebab ada juga program masakan lauk kampung seperti masak gulai kawah bergotong royong dan pelbagai lagi menu kampung. 

Untuk buat lawatan sambil belajar sangat sesuai dan untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk dibawah. 

Facebook : Putrajaya Floria
Instagram : @putrajayafloria 
Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my
No Tel : +603 8893 1967 (HQ) / +603 8888 2722 (TWP)



9 comments

  1. Kannn best sgt..ekekek gambar jiran joyah dtg makan pun ada ek..hahaha

    ReplyDelete
  2. Tak sangka menarik Taman Warisan ni, banyak kali dah teringin pergi tapi tak sampai pun. Nanti nak bwk anak² lah.

    ReplyDelete
  3. Dekat ja tapi tak pernah tau pun ada mcm mcm kat situ rupanya

    ReplyDelete
  4. alaa...menyesal pulak tak try boling kelapa tu..huhu

    ReplyDelete
  5. First time tengok buah beruas.. Ingatkan manggis!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tengok trip korang ni.. Part paling best utk kak Ti.. Part makan buah tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. macam-macam rupanya aktiviti dalam taman warisan ni.. baru tahu. thanks for the info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...