Cara transfer duit ke ASB secara online

Sejak ASB boleh transfer guna Maybank2u ni memang lama la aku tak update buku asb dan seangkatan dah. Yang pasti aku makesure aku ada saving sikit dekat ASB. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kekdahnya.


Cara transfer duit ke akaun ASB via M2U


1) Yang paling utama adalah MESTI daftar dulu akaun ASB dekat akaun Maybank korang! WAJIB tapi ada orang dah daftar tapi takut-takut nak transfer kan. Takut tak sampai atau salah? So aku share cara transfer pula.

2) Buka website maybank2u.com dan klik INVESTMENT



3) Klik ASNB Unit Trust


4) Kalau dah daftar akaun ASB dekat maybank memang akan keluar macam gambar dibawah. Klik ASNB Payment as highlight.


5) Dan pilih akaun yang nak di transfer duit, mungkin korang ada 2 atau 3 akaun ASB ke kan. So boleh pilih akaun mana nak transfer.


6) Nanti akan keluar macam T&C ke apa ni.. Just tick dan klik continue.



7) Dan boleh masukkan amount yang nak di transfer dan klik continue

8) Klik confirm selepas tu akan keluar status berjaya macam ni.




Jangan risau kalau no akaun korang tu betul maka betul la sebab masa korang daftar untuk link dengan maybank pun bukan terus okay sebab dia ada pending verify ke apa entah tak ingat. Ambil masa 3 hari bekerja juga sebelum korang dapat link kan asb dan maybank ye. Kes aku la aritu. Aku ingat pagi tu register dan terus boleh transfer rupa nya tak. Ambil masa juga untuk approval.


New update : sekarang bukan semua bank atau pejabat pos boleh update buku. Kisah nya hari tu ingat nak update buku sebab selalu transfer online je kan sekali pergi bank bagitau dah takde update buku. Boleh print statement je. Kalau nak update dekat ASB sahaja boleh.


Kalau nak buat pengeluaran masih boleh dekat bank tapi tak guna buku dah. Hanya IC sahaja. Itu aku tak pasti sebab belum pernah keluarkan lagi. hehehhe so tak ada pengalaman lagi.

7 comments

  1. salam..nak tanya,brape hari proses lepas transfer guna mbb2u tu untuk appear dalam akaun ASB?sy transfer smlm 29.10.17,today check dlm myasnb masih lg amaun lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap dekat maybank tu ada mention kan beberapa hari bekerja. try tgk balik terms dia. biasa lepas transfer tak terus check pun.

      Delete
    2. Assalam tuan Shah, dh tahu ambil masa brape lame utk duit msok dlm asb jika transfer dr MB2u? sy pon ingin tahu..

      Delete
  2. Klau transfer duit dari asb ke m2u pulak mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh online. Kena buat di kaunter

      Delete
    2. Tidak boleh secara online. Kena pergi ke kaunter

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...