Review kuali Shogun Japan

Kuali tahan lasak


Ada sesiapa masih survey kuali untuk dibeli? Sama la macam aku ni. Sejak duduk rumah sendiri ni berapa banyak dah kuali aku beli dan dah selamat buang. Ada orang cakap kuali kedai biasa pun bagus, tapi nak jumpa biasa dan bagus tu dah banyak gak terbuang. hahahaha.. Aku ni kalau boleh nak senang kerja dekat dapur je sebab tak banyak pun masa guna dekat dapur. Hey kaum suami mohon tolong bini sama plsss. Bini masak suami cuci gitu atau sila beli alatan dapur yang bagus so bini pun happy masak. Alasan tak boleh blah, mohon abaikan.


Kriteria kuali yang bagus;
1) tidak melekat
2) tidak melekat automatik senang cuci
3) tidak melekat maka tidak hangus berkerak


Tak perlu list panjang aku memang nak yang nonstick dan tahan lasak je. Bab tahan lasak ni pun ada point lain juga. Kalau non-stick saja dan hanya boleh guna senduk plastik je pun susah sebab kadang-kadang ter guna garfu la sudu besi la so macam mana? Kalau yang non-stick based hitam tu aku jaga gila sebab hey sayang la kalau bercalar. Kalau laki aku guna tefal aku tengok je siap pesan jangan bagi calar. hahahahah adoiii (kaum bini boleh faham kot).


Shogun Japan


Kita pendek kan cerita, aku dah tau kewujudan periuk kuali dari material ceramic dan granite ni dah lama. Kadang-kadang tengok live show dekat tv iklan periuk kuali ni teruja hoi sebab nya tak melekat satu, tahan lasak satu. hahhaha


Boleh kata hari-hari aku usha Lazada nak gantikan frypan sekarang yang aku beli dekat IKEA RM9 3tahun lepas kot. Non-stick juga. Kira not bad kan dengan harga tu dan sekarang dah bercalar-calar. Tiap hari usha rasa berat je nak beli yang mahal, dasar kedekut hey. Tapi mengidam yang jenis periuk kuali jenis batu ni sebab permukaan dia bukan plain hitam dan tak nampak sangat calar kot. Kalau tengok iklan boleh guna senduk besi juga. Korang tanya la dulu ye masa beli. Aku tak guarantee tu cuma aku suka sebab material ni bagus je aku tengok. Biasa harga mahal kan.


Masa nampak iklan ni tengah promo dekat AEON tempoh hari, tak fikir panjang sangat terus beli je frypan tu tapi ni PWP tau kalau ikut iklan ni baru boleh dapat dengan harga murah tu.



Shogun Japan Frypan




Kan aku cakap beli ni sebab ganti frypan yang dah calar dan kembung bawah tu yang bermaksud dah tak selamat guna sebenarnya. Nampak kan memang betul-betul guna so invest beli yang baru tak bersalah sangat kan. Sedap kan hati sebenar nya. hahha


Dah dapat kuali baru kena la cuba kan. Aku ada juga rasa was-was sebab kenapa la promo murah sangat ni. Tak bagus ke. hahahha curious dan sebab tu juga aku beli frypan je. Murah la juga so kalau tak best tak rasa bersalah sangat dari aku beli masa bukan promo. Ni personal review aku, aku just menggoreng sebab memang hari tu aku tak masak pun. Saja nak cuba ni so goreng apa yang ada je.



Aku still guna minyak sikit je dalam setitik dua sebab kalau tak letak langsung aku sendiri rasa pelik. hahhaha.. Tengok cantik je hotdog tu masak sekata. Slumber juga aku guna pengepit dan sudu besi masa ni. hahahahah.. Rasa permukaan dia macam lesung batu tu. Mohon faham apa aku nak sampaikan. haha. Bawah ni video shogun japan frypan letak air.


Shogun Japan Wokpan


Lepas aku share pasal frypan tu dekat social media (athirahassin) aku dan juga kawan-kawan, ni la hasilnya. Pakat minta aku borong. Nasib tangan aku ada 2 je so boleh ulang dua kali je beli. hahahha. Asalnya aku pergi nak redeem PWP untuk mil aku sekali orang situ cakap tak perlu resit dah boleh beli dengan harga tu dekat situ. So apa lagi borong la mana mampu yang mana kirim tu hahahahah.. Tak lupa juga aku beli lagi tambah satu jenis iaitu Shogun Wokpan untuk diri sendiri. hahah Korang rasa best ke tidak shogun ni sampai order bertambah haaa.



Ramai rupa nya suka kuali batu (aku panggil) macam ni. Aku ingat aku je syok sendiri dan yang lawak sebab ramai tengok aku borong dan-dan tu ramai pergi beli juga siap tanya aku apa yang best. hahaha.. 


Masa nak bayar ni aku dapat satu soalan dari seorang chinese

"kuali ni merecik minyak tak?"

Pertama kali aku tau wujud nya kuali yang tak merecik minyak. Sebab aku try goreng hotdog dan telur je awal tu so tak reti nak jawab soalan dia. Tapi atleast aku tau ada kuali yang tak merecik minyak kan. Dalam hati terus rasa kena cari ni. hahahhahaha


So balik aku buat eksperimen menumis pula, plan asal nak masak tomyam atau sup je senang tapi sebab kuali baru punya pasal aku rajin kan diri masak sambal juga. Aku nak tau pasal merecik ke tak sebab tu nak try menumis ni. Oh yang kanan wokpan IKEA aku beli dalam RM35 je dan masih elok dan yang wokpan shogun ni kecil sikit sebab tu aku beli. So tak membazir. Everyday aku banyak guna frypan dan wokpan. Memang 2 ketul ni yang banyak jasa tau selama ni. Kuali sebelum tu semua berkarat la melekat la. Selamat aku buang semua dah dan bagi orang yang nak.


Aku kan agak berkira nak beli benda tak penting ni, tapi aku beli juga wokpan ni sebab ada penutup dan kecil sikit dari yang sedia ada. Yang wokpan IKEA tu tak ada penutup tau.




Hasil eksperimen aku, wokpan shogun ni tak merecik minyak sangat sebab dinding aku bersih sehingga la aku goreng ayam dalam kuali lain. So yeahhh BONUS disitu. hahhaha.. aku cuba gak grill ayam, cantik je kejadian nya. Aku tak pasti korang boleh view tak video aku ni. Kalau tak boleh, sila rujuk instagram.com/athirahassin. Aku ada share aku masak sambal.


Promo sehingga 31 July 2017 sahaja. Boleh rujuk AEON Mall yang berdekatan kalau nak kuali best ni. Sekian

14 comments

  1. Wahhh nampak menarik kuali ni, nak usha jugaklah kat Aeon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la usha atau ada juga kata ok dkt goshop.. the choice is urs 🤗

      Delete
  2. Tak mercik minyak camno? bukan sebab merecik tuh sebab minyak belum2 panas ke ? HAHAH! anyways, aku sokong ajer kalau ada duit lebih..invest benda2 dapur macam ni. Sebab tahan lama dan berbaloi weh. Aku pun suka gak beli. Tapi tulah tengok ongkos nya juga. Selalu aku usha and tertanye2 apa yang best kuali Shogun ni kan...nasib ko dah share. Thanks beb. Aku part paling penting...tak mudah calar, tak lekat and ada penutup. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita menumis atau goreng pape kan minyak terpecik skit.. so biasa habis la dapur tu cuma yg ni dia kurang dan cpt masak.. tu je aku perasan.. tp ni ak br je lg guna so xleh komen lebih...


      Beli sbb nak yg elok skit bt masak.. kita pun sng dkt dapur kan.. ko nya pilihan tu sama mcm aku.. x lekat x calar dan ada penutup..

      Kalau mmg dh byk kuali jgn gatal beli ye.. hahahahah

      Delete
  3. satu calar akan buat jadi kemurungan seminggu, ok? macam bes je info ni..

    ReplyDelete
  4. Saya pun bekenan dengan kuali ni dah lama dah

    ReplyDelete
  5. Nak masuk wishlist dulu. Nanti nak beli

    ReplyDelete
  6. salam..maaf sis nak tanya?? maknanya boleh beli dgn harga promo tu ker?? Tak perlu beli barang lain Rm150 tu yer?? Berkenan dgn promo Rm129 tu tapi bila baca PWP terus terbatal niat hihi..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis athirah. Saya nak tanya, periuk shogun yg ni skrg masih ok tak? Saya ada satu, dah keluar serbuk2 hitam.. Reply me pls ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILAH masih okay.. saya guna senduk ikea biasa tu juga. condition masih okay takde terkopek.. sy masak daily guna yg tu je.

      nonstick ni kena careful jenis sudip.. even tefal yg mahal kalau terguna besi pun akan calar.. dh start calar mula la rosak.

      Delete
    2. Yg sy dah keluar habuk kelabu.guna sodep kayu pun calar

      Delete
  8. Periuk ni still ok ke..ke dah bercalar.. pernah guna tefal tp kluar jgak bahagian hitam tu

    ReplyDelete
  9. Thank you very much for your detailed review. Tengah research tentang periuk Shogun and ternampak review sis. Nak beli kat GoShop.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...