Kongsi idea surprise birthday

Kalau ikut sejarah aku dan Mr. Husband, memang aku suka sangat buat surprise tapi kan kannn tahun ni macam tiada perasaan sangat mungkin sebab dah besar (read tua). hahahahah even birthday aku sendiri pun macam tak expect apa-apa. Kalau dia ingat pun dah cukup baik bagi aku. ehh yeke? ikhlas ke aku taip ni. haha Tapi lepas kahwin memang ada satu masa tu aku tak update blog sangat dan kembali aktif pun dalam bulan 9 tahun lepas kalau tak silap aku. Semalam aku cuba cari balik apa yang aku pernah buat sebelum ni untuk birthday laki aku tapi sebab aku malas update blog dalam satu tempoh semua nya tak direkodkan. Sedih! tapi siapa suruh. Blog ni jadi diary hidup aku since 2008 kot. Nak kembali mengarang semua sejarah hidup tu Ya Allah kena ketabahan luar biasa untuk curi masa. haaa gituuu.. sebab anak aku suka bagi warning "mama no hp! mama, no laptop"


Okay sekarang aku nak cuba throwback selama yang boleh la.. Nak dari zaman bercinta ke kahwin ni? hahahah.. matilanak nak ingat. tapi mungkin boleh jadi panduan untuk sesiapa yang mencari idea hadiah harijadi suami.

Idea Surprise Hari Jadi suami / kekasih


2010 - Ni zaman tengah belajar lagi ni, aku ingat kek ni tapi tak ingat ada bagi hadiah ke tak. hahahah surprise masa ni pun menjadi sebab dia tak expect ada kek kan. Sebagai peminat tegar MU so order kek Manchester United (MU) juga la. Nak belikan jersi mana ada duit.. hahahha

Plan nya adalaha ajak dia keluar macam biasa tapi ready la kek segala bersama kawan-kawan. Dulu selalu dengan budak Teleng (nama geng) actually ni coursemate semua nya.

1) 3D birthday cake



2011 -Seriously aku tak ingat apa aku buat tahun ni untuk dia. No trace langsung birthday dia tahun ni. Nanti ingat aku update balik ye. Tapi yang pasti masa ni tengah busy final exam, mungkin aku bawa pergi makan je kot. hahahah Seingat aku first job aku masuk kerja 17 June 2011 which is sehari selepas paper last. Kesian kan tak dapat nak rilex tanam anggur macam orang lain.

2) Homemade cake - Red Velvet

2012 - Tahun yang rajin aku baking segala maka terhasil lah kek Red Velvet hasil tangan sendiri untuk birthday boy ni. Aku pakat dengan kawan-kawan untuk surprise kan dia ni dekat Dominos Sri Damansara. Yang special kali ni adalah kek air tangan sendiri tau, selalu aku order je RV tapi masa ni rasa nak cuba buat sendiri dan Alhamdulilah berjaya. hahaha

Plan asal ajak makan dominos je sebab favorite dia kan dan alang-alang ajak member sekali yang dekat-dekat. Dia tak expect pun ada kek tu yang surprise nya la kan. gituuuu..


3) Picnic Birthday Party

2013 - Yang ni paling special sikit kot sebab birthday party ala picnic gitu. Tapi malang nya cuaca hari tu mencemburui kami. hahahhahaha Gigih kawan-kawan aku setup kan tempat balloon segala taknak bagi terbang. Paling seksa nak ajak dia pergi tempat macam ni. Mana mau nya pergi taman layang-layang tapi masa ni aku dah tak ingat sebab apa dia ikut juga. hahahhaha. Tapi surprise menjadi okay. yippyyy~




Kek rainbow masa ni tengah up tu aku pun join sekali beli. Comel gitu. Gambar dekat taman ni nampak steady je tapi korang tak tau betapa kelam kabut kemas nak lari sebab nak hujan. kah kah kah.. Kuat tak kuat tengok belon tu condong teruk. Okay la ada juga gambar ala picnic satu dua keping kan.


Nak menjayakan surprise birthday party ni kena ada kawan-kawan juga. Thanks korang tolong setup semua. Kami endup dekat KFC Kepong. hhahahahhaha.. Hadiah aku bagi wallet je rasa nya. Jauh nya aku nak recall semua ni. Siapa suruh malas update blog kan masa tu. Eheemmm masa ni dah bertunang kot sebab kami kahwin 2013. hahahahha ok bye~


2014 - Birthday laki aku masa ni aku tengah pantang so asyraf aku ikat reben jadikan hadiah paling special sepanjang hidup gitu. The greatest gift from Allah to both of us. hehehhe Selang seminggu je aku bersalin birthday dia. No celebration this time.

4) Surprise Delivery Bouquet and Cake 

2015 - Kali ni buat home delivery bouquet and cake tapi since laki aku kerja on site je agak susah aku nak arrange delivery dekat runner yang tak berapa kenal. Nasib baik la kawan aku sendiri buat servis delivery ni so senang la sebab kenal kan. Kebetulan memang dia sendiri datang hantar kan so boleh call je kata nak jumpa kat rumah kejap ke apa kan. hahahha


Keluar rumah terkejut dia ada kek bunga belon segala. Heheh misi berjaya lagi bagi surprise. Dah kahwin ni susah nak buat sendiri sebab tak surprise lagi pun dia nampak je kita kan so kena ada partner in crime gitu. Kalau dah tau nak pergi celebrate birthday tak best la. Pakej dengan hadiah beg kulit sebab macam kesian tengok beg lama dia. hehehe.. Beli mana yang mampu je.

5) Hadiahkan barang yang paling disukai

2016 - Sejak kahwin jenuh juga nak plan surprise apa lagi nak buat yang boleh bagi dia senyum jeeeee sebab unexpected kan. Aku perhati je apa barang yang dia duk usha masa tu selalu then yeahhhh aku nampak dia usha jam so aku hadiahkan dia jam dan aku tak sangka sebuah jam boleh bagi dia surprise dan happy. hahahhahahaha Masa ni macam comel je sebab dia excited so aku pun happy la sebab dapat bagi apa dia suka. Kebetulan tahun ni la start birthday dia bulan puasa so makanya aku plan makan dekat Me'nate Steak House Ampang sebab tengah viral lagi masa ni pasal steak wagyu semua tu.



2017 -Apa aku akan buat pada tahun ni? Actually birthday dia dah belated ni tapi tunggu.. Hadiah aku dah bagi. Kali ni aku hadiahkan keperluan dia je nothing more or less. hahaha Kita tengok la aku ter buat surprise lagi ke tak. hehehe


Actually aku rasa celebration tu bergantung juga. Tak semestinya buat party besaran satu dewan tu boleh happy kan seseorang tu. Mungkin kau masak mee goreng yang tak pernah buat ke sebelum ni contohnya, dia dah suka tu pun something special tau. Bukan semua guna wang ringgit tau. hehehe ni pendapat peribadi. So dapat apa-apa ke atas perkongsian aku yang tak seberapa ni. hahahah kalau tengok aku yang dia suka tengok tahun ni mau rabak aku. Tak mampu la nyah nak bagi dan kalau aku bagi memang dia pengsan bangun balik. Btw itu semua impossible.. kah kah kah..

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...