Cukai pelancongan (Tourism Tax) bermula 1 Ogos 2017

Pagi ni terbaca satu berita yang tak berapa nak best untuk kaki travel ni. Kerajaan Malaysia akan mengenakan Cukai Pelancongan (Tourism Tax) kepada semua yang menggunakan hotel, hostel dan semua tempat penginapan pelancongan atas semua tujuan.

(gambar hiasan)

Cukai Pelancongan Malaysia


5 bintang - RM20/bilik/malam
4 bintang - RM10/bilik/malam
1-3 bintang - RM5/bilik/malam 
0 bintang - RM2.5/bilik/malam

Cukai ni tambahan daripada cukai perkhidmatan (service tax) 10% dan GST (6%) tau. Boleh bayang berapa banyak tax kena untuk stay 1 malam? 




Yang hotel tiada rate pun dikenakan cukai. Dah la selama ni nak melancong dalam Malaysia sendiri fikir banyak kali tapi bila ada macam ni lagi la rasa baik duduk rumah diam-diam atau melancong ke luar negara lagi baik tapi kos sama sebenarnya. Baru plan nak melancong dalam Malaysia tapi hurmmmm.

Tambahan ye ni pendapat peribadi. Macam mana pun kalau nak berjalan bayar je la. Tapi untuk sesiapa yang suka duduk hotel bertabah la.. heheh sebab ada tau yang suka short vacay dekat hotel during weekend ke. 

Cara kiraan cukai


Contoh rate 1 malam RM100 hotel 5 bintang

Bilik 5bintang      : RM100
Service Tax 10% : RM10
GST 6%               : RM6
Tourism Tax        : RM20
Total : RM136   




3 comments

  1. Perghhh...dah lah juju ni kaki hotel...kaki travel...siap ada tambahan tourism tax...aduyaiii sedikit sebanyak beri impak keterlaluan kepada peniaga dan pelanggan sebenarnya...sedih!

    ReplyDelete
  2. tiada beza antara warganegara dengan warga asing, semua sama taraf.

    ReplyDelete
  3. Bro pernah cakap dulu.. Tourist memang tgh xde duit sampaikan beberapa staf diberhenti kerja dan beberapa pusat ditutup...

    Tapi dorang xnak ngaku....

    Bagus lagi Ng Yen Yen walaupun ramai cakap dia spend berjuta.... tapi yang masuk pun berjuta-juta juga per year....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...