Soft Cooling Gel Pillow
Dekat depan pek dah sedia highlight "Convenient & Reusable" so macam menarik sangat. Tak rugi pun beli sebab yang ni jenis non-freeze cushiony gel. Bentuknya fit dengan kepala dan leher bila tidur. Boleh guna berkali-kali tapi kena masuk dalam peti sejuk untuk sejukkan. Yang paling best letak dalam peti sejuk pun bantal ni tak membeku.
Lagi satu ni bukan produk ubat-ubatan. Pepandai la korang handle sebab ni kira alternatif kalau demam atau tengah musim panas.
Cara Penggunaan
1) sebelum guna kena simpan dalam peti sejuk semalaman lebih kurang 8jam untuk sejukkan
2) balut bantal dengan towel sebelum guna takut direct sejuk sangat pula kan tapi bergantung pada suhu semasa
3) kesan sejuk tu bertahan dalam 4-6jam bagi aku okay la kan untuk demam dan musim panas
Anak aku demam sekarang so aku cuba la guna bantal ni selain jerlum dengan air. Tak basah kan baju dan bantal guna ni. Selesa pun ye aku tengok dia guna. Cuma awal-awal dia merengek sejuk tapi pandai-pandai la pujuk anak korang ye. Aku just share je sebab aku sendiri baru tau kewujudan pillow gel ni. Hahaha
menarik juga bantal cool fever ni, instead of pelekat dekat dahi tu IQ xprefer sgt. huhu
ReplyDeleteMasukkan peti sejuk beku ke peti sejuk biasa?
ReplyDelete