Review Otterbox Defender

Kali ni aku nak review Otterbox Defender series. Brand Otterbox memang terkenal dengan kualiti dan ketahanannya untuk protect smartphone korang. Ada Otterbox Certified Drop Protection lagi. Ada dua jenis casing Otterbox yang aku ada. Untuk Otterbox Limited Edition Swarvoski boleh refer link ni.


OTTERBOX LIMITED EDITION - CASING SMARTPHONE DENGAN GLITTERING SWARVOSKI CRYSTALS






Otterbox Defender

Kalau aku tanya orang jenis casing brand Otterbox yang mana dorang suka. Mostly akan jawab Defender series. Sebab design ni memang untuk yang kerja lasak. Tak perlu risau calar ke jatuh ke sebab memang protected sangat. Habuk pun tak risau sebab memang design special to protect against dust, drop & scratches.


Gambar atas ni aku dah buka setiap part yang ada untuk pasang. Ada 3 lapis cover macam gambar atas ni dan satu holder. Made in Mexico ye. Tak perlu guna screen protector sebab memang set ni sekali screen protector yang siap terpasang dekat casing. Ada pamplet arahan cara pasang sekali.


2 cover pertama tu jenis plastik yang tahan lasak.. Aku dah cuba ketuk-ketuk okay. confident kan main ketuk-ketuk lepas tu ada cover getah tu pun tebal dan kukuh laa... Aku ada tengok youtube review casing ni.. Dia cuba tarik casing getah tu kuat-kuat pun still okay. hahahha.. Tapi memang tebal la weh..




Actually kan masa dapat ni husband siap tanya, sure ke nak pakai casing ni? hahahha then dia terus check stock screen protector dia incase aku nak tukar balik casing biasa... bagus bagus.. drawer dia dah serupa kedai accessories telefon. hahahha dan bila dah siap pasang tu tadaaaaa ni la rupa bentuk nya.. Hoiii tebal kot.. Tiba-tiba terus rasa nak tukar balik casing biasa. Tampered glass dah pecah masa aku buka nak guna ni.. hahahah.. now aku faham kenapa laki aku check stock screen protector dia. kah kah kah



Lepas dah pasang, tau apa aku buat? Aku baling hp aku ni macam baling anjing tu.. Ehhh elok.. hahahha tapi macam seram pula buat macam tu. Kalau rosak menangis!! Kalau cakap pasal protection tu memang dia protect la cuma yang tak best screen protector depan tu kena tekan sikit dan tak berapa smooth.. dan of course la lagi satu sebab dia besar so agak kurang untuk aku guna. Tapi sangat sesuai untuk yang kerja dekat site setiap hari. Jatuh atas batu ke jalan ke masih tahan.


Pilihan di tangan anda.. tapi aku masih guna sampai sekarang sebab malas pula nak tukar. hahahhaha Mungkin lama-lama aku boleh biasakan. Benda baru standard la tak suka tapi tak kenal maka tak cinta wahhh kauu..


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...