Jom Masak Laksa Penang mudah
Bahan-bahan
1) ikan sardin /kembung - 0.5kg
2) bawang merah (kuantiti banyak) - 10biji
3) bawang putih (sikit) - 4ulas
4) cili kering /cili boh - bergantung jenis cili takut pedas sangat
5) asam keping - 4keping
6) bunga kantan
7) daun kesom
8) belacan - sikit je, taknak pun xpe
9) garam
10) air
11) laksa
Cara-cara
1) bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping dan garam sehingga masak
2) angkat dan sejukkan ikan untuk perisi isi ikan dari tulang, boleh keluarkan asam keping dan tinggalkan air rebusan ikan untuk guna semasa blend
3) blend bawang merah, bawang putih, cili kering, isi ikan dan belacan dengan air rebusan ikan tadi
4) masakkan semua bahan blend dan masukkan bunga kantan yang dibelah 2 dan daun kesom
5) tambah air jika pekat dan garam secukup rasa
6) kalau terlalu pedas boleh adjust dengan tambah gula
7) sambil tunggu kuah laksa siap, boleh rebus laksa kalau guna yang peket
Bahan tambahan
1) telur rebus
2) timun
3) cili padi potong
4) nenas
5) daun salad
Ada orang cakap masak laksa ni leceh tapi kalau dah biasa sure rasa senang.. semua jenis masakkan merebus ni aku rasa senang sebab blend dan tinggal.. Kalau tanya aku, masakkan bersantan yang aku rasa leceh sebab tak boleh nak tinggal.. dasar pemalas nak tunggu lama dekat dapur.. huhuhu 🙈
Sedap lah Laksa. Pada aku kan..laksa pun senang sangat nak masak. Rebus dan tinggal. Lepas tuh, laksa ni pelbagai kan resepi dan nisbah org tuh masak. Makanya, sebab dah terbiasa dengan laksa resepi mak aku masak, jadi kadangkan aku tengok kaler kuah pun tau dah rasa dia boleh masuk tekak aku ke tidak. HAHAHAHAH! owh yer, masak lemak memang sepatutnye kena tunggu ngadap kuah die kacau sebab takmi bagi pecah minyak kan. Dulu masa kecik, memang mak aku paksa aku ngadap kuah lemak tuh kat dapur. Tapi, dah besar tua ni..aku bior ajer jugak masakan lemak aku tuh mendidih atas api. HAHAH! memang tak lawo la jadi nyer. Kah!
ReplyDeleteboleh try ni, suami ada minta nak makan laksa penang..tak pernah buat sendiri.
ReplyDelete