Ni masa mula-mula dapat produk ni, sorry sebab muka kusam dan tanpa mekap. Aku akan tunjuk juga gambar kesan sepanjang penggunaan Deeja Cosmetic, dah kata nak review jujur sepanjang aku guna kan. Tapi perlu ingat yang kesan bergantung kepada jenis kulit masing-masing tapi ni kesan dekat kulit muka aku sendiri sepanjang baru seminggu penggunaan Deeja Cosmetic full set. Tiba-tiba rasa bangga sebab mampu konsisten.
5 in 1 Deeja Cosmetic
1) Sabun
2) Toner
3) Krim siang
4) Krim malam
5) Krim nano
Kesan Sampingan Penggunaan
1) Kulit merah
Tipu la kalau aku cakap muka aku terus okay bila guna produk ni. Masa mula-mula guna tu lepas 2 hari pertama muka aku jadi merah tapi tak teruk sangat kalau tengok gambar ni. Aku dah risau sebenar nya dan dah ingat nak stop terus je guna tapi bila sembang dengan member aku rata-rata cakap normal la kesan macam tu. Kalau baru nampak kesan sikit dah nak stop pakai produk apa pun tak jadi la.
2) Kulit pedih
Aku suspect sebab kulit aku jarang guna full range skincare so jadi manja terlebih. Lagi-lagi kerja aku kekadang kena pergi site so panas matahari tu memang buat kulit sunburn dan kusam teruk. Jeragat dah mula nak naik, sebab tu juga aku nak sangat cuba Deeja Cosmetic untuk merawat kulit muka aku sebelum makin teruk. Muda-muda taknak jaga kan. Awal guna memang rasa pedih dekat area sunburn dengan biji-biji di muka bila cuci guna sabun dan toner produk deeja ni. Masa ni juga aku dah tak sedap hati nak teruskan ke tak. Tapi aku target okay seminggu je cuba. Kalau lepas seminggu teruk juga okay aku stop terus. hahahahha..
3) Kulit mengelupas halus
Nampak macam mengelupas halus je tapi tak teruk dan tak sakit pun. Nak pakai bedak pun rasa macam tak selesa masa ni. Tapi macam lantak laa seminggu ni. Tapi makin hari makin kurang. Macam sel kulit mati je rupanya tu. Kalau korang biasa pakai exfoliation gel ke faham la rupa nya. hahahhaha...
Hasil Penggunaan Seminggu Deeja Cosmetic
Ni gambar terakhir setakat ni. Korang rasa serasi ke tak? Muka dah tak merah. Pakai sabun dan toner pun kurang pedih dah. Kulit dah tak nampak sangat mengelupas. Krim malam dan krim nano aku dah pakai setiap malam. Awal tu je aku selang seli. Dekat kotak pun memang dah ada arahan kalau untuk kulit sensitif pakai selang seli.
Now rasa bersyukur sangat sebab aku pilih untuk teruskan seminggu pakai dari berhenti terus hari tu masa nampak kesan merah mula-mula pakai. Mungkin ada yang guna dapat kesan sampingan sama macam aku ni kan tapi lepas aku teruskan Alhamdulilah okay.
TAMBAHAN TESTIMONI - terkena minyak panas dimuka
Kalau muka berjerawat dan kusam pun kita dah down apatah lagi kalau terkena minyak panas. Lagi-lagi dekat muka. Wahh tabah nya wanita ni.. Ni aku share testimoni dia sekali untuk rujukan korang. Boleh baca review dia.
"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.
"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah."
"Saya cuba tengok² produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.
"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².
"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu".
wahhhh kalau sebulan gojes lagi lah hehee.
ReplyDeletenak tau kena teruskan pakai..
Deletecerah berseri gitu .tahniah. best la raya nanti, sbb lagi flawless
ReplyDeletekena rajin guna la jawab nya
DeleteWahh... pasni lagi flawless gitu
ReplyDeleteTeruskan guna sampai habis
insyaALLAH
DeleteWahhh memang nampak hasil yang positif.
ReplyDeletekannn.. nasib baik x stop ritu sbb dh gelabah.. hahahahah
DeleteNasib baik terus guna..makin berseri gitu
ReplyDeletetu la pasal... kalau stop x nmpk la perbezaan..
Deletewah.. betul2 ada reaction ye.. so kategori kulit sensitif la ni..
ReplyDeletesalam.. saya baru pkai dc ni.. tp muka sy naik bintik2 kcik mcm jerawat dam melupas halus.. adakah itu normal? agakny melupas tu lama ke? akn hilang dlm 1minggu cm tu?
ReplyDeleteyou still consume ?
ReplyDeleteno.. sy habiskan sekotak fullset tu je
DeleteStop je consume habis naik balik jerawat satu muka...adoiiii
ReplyDelete