Sambungan Roadtrip Phuket-Krabi-Hatyai Day 3. Hari terakhir roadtrip dan juga destinasi terakhir kami. Dinding bilik aku macam cantik je so harus la posing ala-ala model tapi kalau aku model nya memang tak dapat hasil la kan. Sepanjang trip ni aku paling suka dengan tudung ni sebab elok je tak perlu gosok. hahahha aku harap owner dia baca post aku ni. hahahha lepas tu tolong sponsor terus sedozen. hahahha okay gurau je.
Pagi-pagi bersiap checkout dari Phu Panwa Resort. Terima kasih untuk tempat rehat yang selesa sepanjang 2 malam kami di Krabi. Gambar dalam bilik boleh refer Roadtrip Day 2.
Sepanjang dekat Krabi memang kami request breakfast dekat Kedai Bangnara je. Ni last day aku cuba nasi goreng pula sebab nak jalan jauh. Teringin juga roti canai tapi macam tak pe laaa kita makan heavy sikit buat isi perut. Nasi goreng dia pun sedap, xtau la apa yang tak sedap kat situ. hahah..
Sebelum gerak ke Hatyai kami bersiar sekitar Krabi antaranya;
1) Safari Elephant Trekking, Krabi
2) Heaven 7 Krabi - ni kami tak masuk. kalau nak masuk kena bayar 100baht sorang. Kami just lalu je sini. boleh google tempat ni macam mana.
3) Krabi Town & Shell fossil beach
Lepas habis sekitar Krabi baru la gerak ke Hatyai. Tengah jalan driver van bawa singgah makan aiskrim kelapa. Kalau dekat Malaysia tu aiskrim sangkaya. Ni real punya dekat sana. Sedap gila weh. hahahah.. of course la lagi murah
Aku dah tak ingat berapa jam perjalanan dari Krabi sampai ke Hatyai. Masing-masing dah letih ni bantai tidur je lepas makan aiskrim. Tempat penting dekat Hatyai adalah Floating Market Hatyai. Serius masa sampai ni. Ni pandangan pertama aku, tercari mana floating nya sebab tengok kedai macam biasa je. hahahhaha.. maaf la saya jakun banyak.. Kalau tak silap aku, tempat kami berhenti ni kawasan kedai muslim. Semua makanan halal, tempat makanan pelik-pelik tu kata nya seberang sungai atau seberang area ni tapi aku tak rajin nak menapak ke sana. Dah lemau weh.. hahahah..
Ni rupa floating market nya, seberang sungai ni ada kawasan kedai lagi. Okay la boleh nampak macam-macam jenis makanan tradisional dorang juga. Kat sini juga kalau korang nak beli bekas air bentuk kartun comel-comel diperbuat dari tanah liat tu. Boleh jadi souvenir kot.
Syurga makanan.... dan murah nyaaa weh makan dekat sini.
Lepas Floating Market Hatyai mari lah kita bergerak ke sempadan untuk balik ke pangkal jalan.
Kena berhenti dekat sini untuk pemeriksaan imigresen Thailand. So habis la cerita Roadtrip KAMI.
Ohyaa dari sempadan kami ke stesen bas Changlun untuk naik bas ke TBS. Dari sempadan sewa teksi je ke Changlun.
Esok nya aku kerja okay.. hahahah gigih sangat.Sampai dalam pukul 5 pagi kalau tak silap so sempat la pergi kerja. Berjalan sakan dah so takde alasan untuk tak masuk kerja.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Bajet Day 4
Breakfast - 80baht
Aiskrim - 35baht
Nescafe - 13baht
Floating market - 30+40+20 baht
Souvenir - 100+100 baht
adoi mesti lenguh lenguh badan kan. dah lah jalan jauh lepas tu masuk kerja pulak
ReplyDeleteHaha what a way to promote the tudung. Suka sangat baca blog ni sampai leka 4-5 post saya balun skali tengok jam dah pukul 4.37am hahaha can't wait to read more. Sincerely your new follower 😊
ReplyDelete