Noraniza Idris adalah penyanyi terkenal dengan lagu Irama Malaysia dengan persembahan yang mantap bergabung dengan Tyka dari 3 Juara iaitu artis baru yang boleh menyanyi lagu genre balad dan R&B dengan baik dan pandai menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri.
Ini adalah antara kata-kata dari mereka.
Noraniza Idris - Peranan saya bukan sekadar artis biasa yang hanya ingin mempromosikan irama ini dekat dengan jiwa pendengar sahaja malah jauh sekali untuk mempopularkan diri sendiri. Peranan saya sebagai pemegang amanah penggiat seni yang telah pergi meninggalkan kita semua, meneruskan hasrat yang masih belum tercapai. Membawa satu tanggungjawab yang besar dalam memberi suntikan semangat cinta budaya bagi melahirkan semangat patriotisme di dalam jiwa setiap insan yang menjurus kearah cinta negara kita Malaysia menerusi budaya kita, wajah kita.
Tyka (3 Juara) - Bukan mudah mendapat dorongan dan bimbingan untuk bertapak sebagai orang baru. Semoga terbitnya single terbaru ini menjadi semangat untuk membakar wangian hati, mengangkat irama ini untuk pergi lebih jauh dari kepompomg sedia ada. Inilah cita-cita saya untuk wangikan irama ini ke seluruh pelusuk dunia.
Persembahan Ekslusif - Wangikanlah Hatimu
Persembahan eksklusif mereka di Grand Final 3 Juara adalah secara tidak langsung bagi mempromosikan lagu irama Malaysia dan melancarkan single album terbaru mereka Wangikanlah Hatimu. Persembahan mereka pada malam itu diiringi dengan tarian dari Penari Sanggar Budaya.
(Penari Sanggar Budaya)
Pelancaran Single Album Wangikanlah Hatimu
15 Januari 2017 adalah tarikh bagi pelancaran single album Noraniza Idris & Tyka dan yang pertama untuk tahun 2017. Rakaman dan terbitan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Tajaan single oleh Mewangi Satu Dunia.
Apa pun jutaan tahniah buat Noraniza Idris, Tyka dan semua yang terlibat dalam menjayakan single terbaru ini secara langsung atau pun tidak. Dibawah adalah lirik Wangikanlah Hatimu dan juga sedikit sinopsis lagu. Lagu ini sememang nya membawa maksud yang tersendiri.
Wangikanlah Hatimu
Lagu : Amir Jahari dan AG Coco
Lagu : Amir Jahari dan AG Coco
Lirik : Ahmad Fedtri Yahaya
Artis : Noraniza Idris & Tyka
Genre : Pop tradisional & Etnik
Eleman : IRAMA Malaysia (Pantai timur /Siam /Sunda)
Terbitan : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd
Penerbit : AG Coco
Dari semalam aku duk ulang je dengar lagu ni. Dah lama sangat tak dengar suara kak ani gitu. Dekat office pun aku buka juga sampai dorang tegur kenapa dengan aku ulang dengar lagu ni. hahah.. Korang pun kena dengar tau atau boleh dapat kan sendiri single album mereka. heheh.. Sejujurnya setiap kali Juara Lagu atau pun konsert yang ada Noraniza Idris aku mesti nak tengok sebab prop dia sangat lah best gila. Setiap persembahan dia ada kelainan dan unik. Dapat jumpa sendiri lagi la aku suka. Tak sangka dapat jumpa depan-depan gitu.
Gabungan mantap ni noraniza dgn tyka...cayalah...semoga terus menerus angkat tradisi mcm ni
ReplyDeleteWahh best jumpa k.ani..pejuang irama malaysia
ReplyDeletelama tak dengar noraniza idris nyanyi
ReplyDeleteada dengar kt twitter je. sbb org share. x smpt tgk tv mlm tu. best. mmg suara noraniza maintain best!
ReplyDeletecantiknya Noraniza Idris tu. maintain je. dari kecik dah dok melayan lagu dia
ReplyDelete