Bekam Wanita - Pengalaman pertama bekam

Pernah dengar mengenai bekam? Ramai cakap perempuan tak perlu bekam sebab perempuan ada period/ haid. hahaahaha adoyai.. tapi aku tak berani nak ulas pasal tu mungkin boleh tanya yang pakar. Kalau ikut logik akal pun period adalah darah kotor dari rahim. Okay tak perlu detail pasal tu sebab tujuan utama aku nak cerita pengalaman pertama berbekam selepas lama aku fikir.


Aku selalu dengar orang cerita pasal bekam dan baca review orang pasal hasil selepas berbekam. Berbekam kan sunnah dan sebagai salah satu ikhtiar perubatan. Actually yang buat aku nak sangat berbekam tu sebab aku selalu sakit kepala. Kekadang aku pergi juga mengurut tapi semua yang ngurut aku mesti cakap badan aku banyak angin.. hahahha Nak cakap aku stress apa yang aku stress pun aku tak tau sebab hari-hari aku happy je pergi kerja. Kerja banyak ke tak memang perangai aku seronok je sentiasa. hahahah.. mungkin itu penyakit? alamak...



Aku pernah up satu post dekat facebook tanya pengalaman wanita yang pernah berbekam. Boleh baca komen dekat sini. Pengalaman wanita berbekam. Ni semua kawan-kawan dekat facebook aku sendiri yang share tu yang terus confident nak set appointment berbekam. Semua cakap best dan badan ringan je. Mula-mula memang la rasa takut sebab kalau tengok video bekam dekat youtube atau gambar sekali pun semua kan nampak darah.. badan kena pam.. tores.. tak ke ngeri?? hahahha tapi sebab semua komen positif tu aku confident nak cuba.



Lagi satu masalah aku nak bekam pertama kali mesti la nak dengan yang kawan sendiri pernah cuba kan. Sebab bab jarum darah ni tak boleh bawa main. Kena yang tak ada pengalaman bukan ke lagi ngeri? hahahahha.. Aku fikir macam-macam sebelum nak cuba tu tapi at last aku pilih,

NURBEKAM sebab;

1) Ni adik kawan aku sendiri (terus aku confident)
2) Boleh datang rumah (boleh pm detail kawasan mana dia cover)
3) Dia claim certified juru bekam dan dah lama juga bekam orang (2 tahun)
4) Set bekam di steril
5) Sediakan bekam lurut + bekam angin + bekam darah
6) Rajin melayan dan share ilmu bekam

Aku tanya kawan aku sendiri pasal ni. Hhahahha.. Aku rasa macam soalan aku pelik-pelik tapi dia sabar je layan. Aku siap tanya cup semua tu dia dah sterilize ke... hahah apa pun terima kasih NURBEKAM sebab sabar melayan orang yang pertama kali nak bekam. Masa mula tu aku rasa nervous kalah nak beranak. Seram woii.. hahahaha




Ni antara alatan yang dia share untuk berbekam. Korang yang berminat boleh pm no dekat gambar atas sekali aku share tu. Berbekam ni sedap badan dan Alhamdulilah dengan izin Allah lepas bekam aku dah tak rasa sakit kepala.

Sakit ke tak? Rasa macam semut je dan aku tak rasa apa-apa yang pelik pun. Okay je sedap. Bekam disunnah kan ketika rasa sakit yang tak kritikal macam kes aku sakit kepala so boleh la bekam. Tapi aku tak banyak pun darah kotor just banyak angin.. hahahha.. Gambar bekam korang boleh google je.

Sebelum buat appointment berbekam. Dia ada beberapa perkara kena ikut do and don't konsep. Nanti bila korang buat appointment tu Lya (nama juru bekam) akan explain. Sejak 2 menjak ni aku selalu takde selera nak makan. Tak breakfast dan lunch pun aku okay sampai petang. Dinner pun just makan sikit makanan anak aku pun dah kenyang. Pelik kan? tapi lepas bekam aku terus rasa lapar gila siap 2 pinggan aku makan tu pun lepas 1 jam puasa lepas bekam dan Alhamdulilah sekarang selera makan aku pun dah kembali normal.

Banyak kebaikan ber bekam ni. Boleh google je memang banyak. Tapi niat pun kena betul sebagai salah satu ikhtiar. Alhamdulilah aku dapat merasa berbekam. Memang satu pengalaman baru. Untuk yang pertama kali nak cuba tu. Trust me okay je jangan cuak lebih macam aku.

4 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...