Traveloka bawa daku ke Korea - #MyTravelokaEscapade

Kalau diberi peluang melancong, tempat pertama aku nak gila pergi semestinya SOUTH KOREA. Walaupun belajar bahasa Jepun tapi aku lagi gila dekat KOREA. Jangan tanya kenapa boleh tak? Memang dari zaman sekolah aku minat gila dengan semua Korean Drama. Kawan-kawan dan budak tempat kerja aku pun semua tau aku suka gila dengan cerita Korea tapi minat cerita Korea tak semestinya kena minat K-Pop! hahahah... Pernah satu tahap sampai tak ada cerita Korea yang aku tak tengok, semua aku sapu. hahahaha.


Aku suka cerita Korea sebab bagi aku cerita dia santai dan cara dia shooting tu banyak tunjuk pemandangan dan kawasan sekitar Korea sampai rasa nak gila pergi sana.. Free promotion gitu. Pandai orang Korea ni tarik minat orang dalam drama. Banyak shoot dekat negara mereka je tak perlu nak travel sampai negara-negara orang untuk shooting..


TAKE VACATIONS
go as many places as you can
You can always make money
You can't always make memories


Ni travel quote paling aku suka.. hahhahah.. dan mengharap Traveloka bagi peluang dekat aku untuk ke Korea Selatan. Dah siap buat list tempat yang aku akan pergi kalau diberi peluang. hahaha..  #MyTravelokaEscapade untuk lebih lanjut boleh klik banner dibawah ini.


https://www.traveloka.com/en-my


Kalau dapat pergi Korea Selatan lagi-lagi musim luruh.. awww sweet sangat. Ni antara tempat dan perkara aku akan buat. Dah siap buat itinerary haaa.. Jangan lupa pilih I ye wahai Traveloka.. hahahha..

HOTEL/ GUESTHOUSE
Aku terpengaruh dengan cerita drama duduk dekat rumah ada rooftop so aku akan makesure pilih guesthouse/ hotel yang ada rooftop. Teruk pengaruh aku ni. Kawasan yang paling happening ialah antara Hongdae atau Myeongdong so aku target 2 kawasan ni.


MYEONGDONG
Ni kawasan paling ramai orang datang shopping kosmetik dan sangat la happening sampai malam. Nak ke tempat shopping lain pun dekat macam Namdaemun dan Gwanjang market.


HONGDAE
Area sini pun happening, dekat dengan Sinchon dan Ewha University. University perempuan sahaja. Nak shopping dan coffee shop pun banyak area sini. Kata nya memalam boleh tengok street dance. Hantu K-Pop mungkin suka area sini.


NAMI ISLAND
Tempat wajib pergi kalau pertama kali ke Korea. Biasa perlu day trip la kalau ke Nami Island dan kalau sempat boleh singgah ke Petite France dan Morning calm. Aku baca tak semua mampu cover dalam satu hari. Kebanyakkan akan pergi Nami Island sahaja... huhuhu...



ISTANA & HANOK VILLAGE
Kalau kau tengok cerita Korea lama-lama banyak berlakon dekat istana kan so ISTANA adalah destinasi wajib untuk aku jejak nanti. Hasil survey aku Gyeongbokgung ialah istana pertama yang popular dan Changdeokgung ialah istana kedua popular. Tapi dekat Changdeokgung ada secret garden yang ramai tak tahu.

Hanok village ni adalah perkampungan tradisional orang Korea. Ada dua yang popular iaitu Bukchon Hanok Village dan Namsan Hanok Village. Aku nak pergi dua-dua kalau mampu. hehe


BANGUNAN SEJARAH DAN TAMAN
Yeuido Park tempat paling cantik kalau musim bunga atau musim luruh. Han River Park kalau dalam drama part nak dating atau privacy gitu.. hahahah.. aku tak pasti aku mampu sampai ke tidak. Kalau tengok map just a walking distance untuk ke KBS Building dimana tempat drama korea. hahhahaha.. aku yang stress up post macam ni. I reveal everything in here already. Cheongyecheon Stream, Gwanghwamun (Muzium Raja Sejong) dan Insadong kawasan boleh pergi sekali sebab dekat.



NAMSAN SEOUL TOWER
Ni pun tempat wajib pergi. Boleh pergi love lock dekat sana.. hahahah.. Centre of Seoul kata nya.


ITAEWON
Kawasan ramai muslim. Ini pun wajib jejak. Ada masjid Itaewon iaitu masjid terbesar di Seoul. Banyak makanan halal.


Aku rasa itu je kot. Kalau ikut banyak lagi tapi macam kena duduk Korea sebulan la.. hahah.. Themepark aku tak highlight sangat tapi kalau dapat peluang why not kan? Belum aku cerita pasal Korean food yang aku dah buat senarai? hahahhaha.. melampau gila dah ni. Penuh perasaan aku karang entry ni tau sebab tempat paling aku gila sangat nak pergi. Survey maps siap tapi masa nya belum tiba.. Kalau traveloka pilih aku untuk menang ke destinasi yang aku suka, aku akan describe lebih details this and that.

Wish me all the best guys.. :)


Disclaimer : pics from google image

8 comments

  1. Cantik ny view dekat sna. All the best!

    ReplyDelete
  2. SS doakan Trex menang dan dapat gi Korea amiin

    ReplyDelete
  3. All the best kak tira. Kalau menang bawak titew tau. Muackh ciked! Hahah

    ReplyDelete
  4. ALL THE BEST.. MOGA REZEKI BERSAM TRAVELOKA

    ReplyDelete
  5. tak sabar gak nak pi KOrea..yeahhh

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya. Kalau dah rezeki nak ke korea. Tak kemana

    ReplyDelete
  7. memang impian nak pi korea ni.. harap dapat peluang!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...