Hari ke-3 full day trip island hopping dekat Krabi. Sebelum kita island hopping singgah dulu breakfast dekat kedai Bangnara. Roti canai dia memang superb la. Mula-mula aku order nasi kerabu lepas tu dorang cakap roti canai dia sedap gila so aku pun order juga. Perghhh tengah taip pun aku terliur ni ha. Kalau korang pergi Krabi wajib datang breakfast dekat sini tau.
Ni pemandangan depan kedai Bangnara. Cantik kan view pagi area Ao Nang Krabi pagi-pagi.
Sebelum ni datang Krabi tak merasa ambil gambar dekat tempat ikan-ikan ni. Maafkan la daku disitu wahai ikan. Okay now jommmmmm island hopping~
Island Hopping - 4 Island & snorkeling
Aktiviti paling excited untuk hari ini. Pulau yang bakal kita jejak Railay Beach, Pranang Beach, Poda Island, Tup Island, Chicken Island dan snorkeling 2 tempat. Sekitar jeti menunggu bot.
1) RAILAY BEACH & PRA NANG CAVE BEACH
Kawasan Pranang ni melalui susur gua dengan simbol-simbol XXX sikit tapi tu kepercayaan dorang. Tapi redup cantik je kawasan dia. Dari jeti bot tu kena berjalan untuk ke area pantai yang cantik. Tapi bagi aku okay je sebab tak perlu mendaki ke apa just lalu susur gua macam tu je.
Kalau rasa penat berjalan tu baik korang fikir nikmat nya bila sampai nampak pemandangan cantik macam ni. hahahhaha terus bahagia. aku yang asalnya taknak mandi pun lencun sebab aksi-aksi dalam air aku kat sana. kah kah kah.
(ni kuasa saiyaa pengaruh dragon ball mungkin)
Masa sampai tu dekat area Railay Beach tapi bila nak balik ke bot kena naik dekat area Pranang Cave Beach ni. Aku rugi sikit tak berjalan susur pantai Pranang ni sebab ada kedai makan atas bot. Patut la kalau orang pergi Thailand mesti ada gambar ni. Nasib baik masa balik memang lalu sini so sempat la aku bergambar. Macam wajib pula kan. Makanan dia sedap-sedap haaa tapi sebab memang nak kena naik bot dah, dapat bergambar pun dah seronok gila kot.
2) Snorkeling #1 - Tup Island
Lunch atas bot je lepas dah penat snorkeling. Hidang secara buffet. Terus rasa paling sedap la di tengah lautan tu kan. hahahha cakap je kau lapar gila masa ni lepas puas snorkeling dan main air.
3) Chicken Island
4) Snorkeling #2 - Poda Island
Nama betul dekat tempat snorkeling ni macam pelik sikit. Since aku dah transfer semua gambar ke laptop so tak dapat dah nak trace nama lokasi yang betul. Kalau kat hp memang akan ada nama tempat gambar yang di ambil tu. Kalau ikut lokasi Poda Island seberang kawasan ni je. Biasa orang ambil gambar dari pantai nampak la seketul pulau tercacak ni.
Nampak tak kat gambar ni kawasan pantai hujung sana. kalau tak silap tu Poda Island. hahaha. Kawasan sini banyak ikan. Ikan pun pandai cari tempat teduh la. hahah
Lepas snorkeling semua tersadai ha masing-masing. Pakat berjemur luar bot keringkan badan sambil layan pemandangan yang SubhanAllah cantik.
Dah nak balik kitorang semua naik tuk-tuk van, betul ke nama dia sebab masing-masing kan dah basah. hahahha dah tak sabar nak balik bilik rehat weh masa ni. Aku dah teruk gila sunburn. Sampai resort yang lain sambung dekat swimming pool plak. Ada la masa rehat sikit masa ni so aku pun sempat ambil gambar sekitar resort. Masa sampai nak check-in kan malam tak dapat ambil gambar luar resort.
Night Market Krabi
Malam ready untuk ke night market Krabi untuk food hunting la kalau aku. Aku dah siapkan entry pasal makanan dekat night market tu. Korang sambung baca dekat entry ni ye. Night Market Krabi. Makanan dekat sini memang best dan murah la. Sambil lepak tengok persembahan Manora Dance. Tarian tradisional dorang. Kalau masuk sini pun kat depan sure dah akan nampak budak menari.
Aktiviti Day 3
Kedai makan Bangnara
Island hopping
Night market
Bajet Day 3
Breakfast - 140baht
Kedai runcit - 35baht
Night Market - 173baht
Passport holder (souvenir) - 180baht
Topup - 22baht
No comments