Roadtrip Phuket-Krabi-Hatyai DAY 2

Sambungan dari Roadtrip Phuket-Krabi-Hatyai DAY 1 kita teruskan dengan Roadtrip DAY 2



Hari ke-2 ni pagi-pagi dah bangun bersiap sambung jelajah Phuket. Terus checkout dari RAHA GOLD. Pagi tu member yang sakit makin teruk dan dorang decide bawa terus ke Hospital Phuket sementara yang lain tunggu dekat hotel. Disebabkan urusan agak lama dekat hospital so yang lain ni driver van bawa pergi breakfast dulu.


Pemandangan didepan hotel kami. RAHA GOLD dekat area Patong Phuket. Masa ni tak berapa sibuk sangat sebab awal pagi kan. Ada banyak kedai serbaneka dekat area situ just jalan kaki je. Sementara tunggu driver van (awe) datang jemput pergi breakfast kami posing la depan ni dulu.


Sempat juga bergambar dengan blogger famous ni. Blogger YanieYusuf dan juga Mar blogger Puterymemory. Mar ni Malaysian model juga, segan aku nak bergambar. hehe.. kita ni kan biasa-biasa je.


Gambar breakfast tak ada hahahha. Sepanjang dekat sana memang aku akan makesure aku makan juga walaupun tak lalu nak makan. kalau ikutkan aku ni selalu tak lalu nak makan lepastu mula la badan tak sedap dah masuk angin kan. Sebab roadtrip ni aku memang betul jaga makan, asal singgah tempat makan aku mesti order juga something buat alas perut. Alhamdulilah aku berjaya survive dalam van, kalau tak sure nak muntah la pening. So korang pun kalau nak travel long distance makesure jaga makan ye.

PATONG BEACH PHUKET

Destinasi seterusnya lepas breakfast driver bawa pergi Patong Beach Phuket. Aku bagi korang cuci mata sama. heheh.. Masa ni member kami masih diberi rawatan dekat Hospital Phuket. Kira sambil tunggu kami lepak je area sini dulu. Lepas siap segala rawatan dia baru kami ke Hospital Phuket. Dekat Phuket International Hospital ni rawatan agak murah untuk pelancong. Siap kena drip, ubat dan rawatan dalam 1994baht. Boleh refer dekat blog ayue jean yang teman dia dekat hospital phuket ni.

TIPS : kalau korang dekat Phuket dan perlukan rawatan segera baik terus ke Hospital Phuket sebab compare dengan Klinik sangat la mahal berganda-ganda.






KILANG BAJU PHUKET

Destinasi seterusnya adalah ke kilang baju Phuket. Dekat sini harga memang jauh lebih murah dan mereka juga supplier ke kedai cenderamata sekitar Phuket dan juga tshirt Hard Rock. So apa lagi masing-masing bersila pilih baju. hahahha..





ISLAND HOPING - Phang Nga Bay


Perjalanan nak ke jeti ni agak lama, sempat lelap kan mata dulu. Hari kedua ni jadual dah lari sikit atas sebab yang tak dapat dielakkan dan aku ingat tak sempat dah nak pergi island hoping. Tapi Alhamdulilah masih ada rezeki untuk island hoping dekat Phuket. Terbaik la Ayden Averroes Travel ni.


Ni sekitar jeti untuk naik speedboat. Gambar aku ni no filter memang masa ni cantik gila gambar. Phang



Island hoping dekat Phuket kami tak turun pun just sight seeing je. Memang banyak pulau yang menarik antaranya James Bond Island. Gambar bawah ni James Bond Island, kami just lalu je kalau nak masuk kena bayar la entrance fee lain la ye.



JAMES BOND ISLAND 






Memang banyak pulau dekat sini. Yang gambar bawah ni kawasan orang berkayak. Kalau korang teringin nak berkayak boleh request tapi kami memang tak turun island hoping dekat Phuket ni.


PANAK ISLAND & HONG ISLAND



KOH PANYEE

Kami singgah makan dekat Koh Panyee. Kawasan ni katanya majoriti muslim. Ni adalah satu kawasan perkampungan pulau terapung. Sementara tunggu order makanan siap aku berjalan dikawasan sekitar kampung terapung ni. Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni. Mereka siap buka kedai cenderamata sepanjang lorong kawasan rumah. Macam-macam barang boleh tengok dekat sini dan harga pun berpatutan. Walaupun nampak kecil tapi Koh Panyee ni macam satu pekan. Ada sekolah, Masjid, kedai makan, even ATM pun ada. hahah.. aku kagum.










Masa ni aku dah kurang daya dah campur tengah lapar dan penat lagi tapi sempat juga aku dengan Mar merayap sekitar kampung tu. Bila lagi kan nak tengok kawasan orang. Walaupun penat ku gagah jua.. Lepas tu balik tengok makanan dah terhidang. Bahagia gila rasa masa ni.


Habis je island hopping berakhir la cuti kami di Phuket so semua pun sambung roadtrip ke Krabi pula. Dah nama roadtrip kan so mana tempat best kami singgah la. Bawah ni dekat stesen minyak macam sebelum ni juga aku anggap je dorang punya R&R. Kali ni R&R dia macam taman mainan. Best gila la weh. Ada superhero dan kartun comel-comel.



 

Sambung perjalanan dan sebelum sampai hotel singgah dulu souvenir shop. Souvenir sini murah gila. Aku tak ingat nama tempat ni. Ni dah dekat area Krabi. Aku tak beli apa-apa pun sini sebab dah pernah datang dulu kan. Aku just beli aiskrim dia sedap gila. Kalau korang datang dengan Ayden Averroes insyaALLAH dorang akan bawa datang sini. hehe..




Akhir sekali sebelum sampai hotel singgah cari banana pancake. benda paling aku suka kalau datang Krabi. hahahha..



Phu Panwa Resort

Ni hotel kami sepanjang dekat Krabi. Aku rasa entry ni paling panjang dengan gambar. Semua dari handphone aku bukan google ye. Bilik ak ni ada link room sesuai untuk family besar. Maksudnya dalam bilik ada access ke satu lagi bilik. faham tak? hahahha.. Masa kami duduk sini semua bilik penuh so dapat pula bilik ni seronok la. Cuma toilet ada satu je untuk share 2 bilik ni. tapi okay je selesa. Hotel ni juga ada swimming pool. Balik terus urus diri dan kekabooom pengsan. Kumpul tenaga untuk next day pula.


Aktiviti Day 2
 

Patong Beach
Kilang baju Phuket
Island Hoping - Phang Nga Bay
Roadtrip ke Krabi


Bajet Day 2

7E - 13baht
Breakfast - 70baht
Tshirt - 731+100baht

Makan - 206baht
Souvenir gambar phang nga - 100baht
Pancake - 35baht

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...