Roadtrip Phuket-Krabi-Hatyai DAY 1

Cerita 4hari 3malam (24 - 27 Nov 2016) roadtrip ke Phuket, Krabi dan Hatyai, Thailand.

Ni aku tolong compile entry yang berkaitan;

1) Travel agen dan pakej - Ayden Averroes Travel
3) Persiapan roadtrip

Rate money changer masa aku tukar tu 100baht - RM12.42
Aku tukar 4000baht tapi tak guna semua. Aku jadi money changer bergerak dekat sana.

Parking kereta TBS 4H3M (24-27 Nov 2016) aku parking 23hb malam sampai 28hb pagi - RM20

Tiket bas
TBS - Bukit Kayu Hitam RM55
Changlun - TBS RM50

DAY 1
Kami bergerak dari TBS pukul 10 malam sampai sempadan Bukit Kayu Hitam dalam pukul 6 lebih. Kena turun bas beratur untuk check in imigresen. Masa ni aku punya nervous tak ingat sebab hari sebelum gerak tu bank call bagitau nama aku sangkut CCRIS tapi bila check website imigresen tiada halangan ke luar negara. Lepas dapat call dari bank terus aku tuju PTPTN nak confirm kan sebab aku pernah check CCRIS sebelum tu nama clear. Lepas jumpa pegawai PTPTN tu lega juga sebab nama sangkut sebab ada tunggakan sikit tapi aku tak ada masalah ke luar negara tu yang confident gerak juga malam tu tapi nervous tu masih ada la. Aku orang pertama yang masuk check in, bila dah lepas tu bukan main bahagia aku.. hahahahhaha... Kalau sangkut memang tinggal la kat situ menangis..


Masa ni ada sorang geng rombongan kami yang sangkut imigresen sebab passport dia nak expired less than 6 month. Tapi passport expired tak perlu risau sebab boleh renew dekat pejabat imigresen cuma pejabat buka pukul 8 pagi so tunggu la dia kat situ. Kami semua tunggu dekat dalam sambil uruskan diri sebelum van travel agen datang jemput. Lepas imigresen Malaysia kena check in imigresen Thailand plak. Kitorang gerak ke Thailand lebih kurang pukul 9 pagi. Nanti ada satu borang kecil perlu isi dan cop dekat imigresen Thailand dan perlu disimpan sehingga keluar balik dari Thailand.


Lepas imigresen Thailand benda pertama kami cari semestinya simkad internet lah. Mati kutu weh tak dapat online. Baru aku tau ada pakej simkad yang lagi murah dan best. Sebelum ni aku pergi Thailand macam mahal je simkad aku beli.  Boleh refer trip Krabi aku sebelum ni.


Yang simkad AIS 12C hanya 198baht untuk 2GB dan free 20baht kredit. Aku memang ambil 2GB tapi yang lain ramai ambil 1GB je 100baht tapi kena topup 20baht kredit. kira 1GB 120baht la. Lepas settle imigresen dan simkad so bermula la perjalanan kami yang maha panjang. Tapi yang seronoknya dalam van boleh karaoke dan lagu dia semua layan gila. Mungkin semua pun jenis happening dan sporting memang heaven gila weh. Serius aku rindu korang semua.Seronok sembang dan usik mengusik. Sepanjang perjalanan asyik tergelak je. Macam mana ye nak cerita betapa seronoknya kami.





Destinasi pertama kami ialah ke Phuket. Pengalaman yang tak dapat dilupakan sebab boleh tengok kehidupan dan pemandangan di Thailand. Kalau pergi kawasan perlancongan tu biasa tak nampak sangat sebab dah rasa macam pergi negara mat saleh je. haha. Ni antara perhentian kami sepanjang perjalanan, aku assume tu dia punya R&R sebab semua stesen minyak dia landmark lebih kurang. Bersih dan cantik.


Kami berhenti banyak juga tempat so dekat pukul 6 petang kalau tak silap baru sampai dekat signboard WELCOM TO PHUKET ni.. Boleh bayang tak berapa lama perjalanan kami? hahahha.. Thanks again dekat eja (tourist guide) dari Ayden Averroes Travel sebab rajin melayan kami. Siap stop tepi jalan untuk ambil gambar dekat sini.


Aku kalau biasa memang kurang makan lepas tu badan mula la angin so sebab trip kali ni. Setiap perhentian aku makan nasi okay. Kenyang pun makan juga sebab taknak la sakit. Alhamdulilah aku okay sepanjang perjalanan. Kalau biasa asyik pening la tak sedap badan la bila perjalanan jauh. Sebelum sampai hotel kami dekat Phuket sekali lagi kami berhenti untuk makan malam pula. Masa ni aku dah tingtong gila, tak daya nak ambil gambar dah. Makanan sampai terus telan je.



RAHA GOLD, PHUKET




Lepas makan malam terus ke RAHA GOLD tempat penginapan kami di Phuket. Bagi aku okay je sebab untuk rehat dan tidur je dah kata ala-ala backpacker ni. Bukan masuk bilik terus tidur ye. Kena bersiap untuk keluar berjalan lagi. hahahhaha... Kena la hargai masa yang ada dekat sana. Kalau pergi Phuket tak sah kalau tak pergi Bangla Walking Street, Night life Phuket gitu. hahahha.. Kitorang lepak kejap dekat Patong Beach.

Actually masa ni ada insiden dekat Phuket. Seorang dari geng roadtrip kami sakit so merata cari klinik tapi klinik dia gila mahal. Sebab mahal sangat-sangat kami balik hantar dekat hotel bagi dia rehat. Ada yang teman dia sementara yang lain sambung berjalan.



Kalau nama nightlife jangan tanya ada apa.. hahahah memang sini hiburan semata. Lega laki aku tak ikut kalau tak sure kena goda sekali. ohh aku tak rela.. hahahha... Last sekali kami semua menapak ke Hard Rock Phuket. Wajib ambil gambar kata nya so here we are. Masa ni semua memang dah lemau gila dah. hahhahaha.. Dari Hard Rock ambil tuktuk ke hotel sebab van dah balik hantar yang sakit dan bagi la driver rehat esok nak berjalan jauh lagi kan. Balik terus pengsan tidur. haha




Aktiviti Day 1

Roadtrip dari sempadan Thailand (Amphoe Sadao) ke Phuket
Breakfast dekat Ban Phru (kedai kak piah)
Hentian rehat Amphoe Cha-uat
Hentian rehat Amphoe Thung Song
Hentian rehat Phangnga - Thai Chang (late lunch)
Amphoe Thalang - welcome board Phuket
Pa Tong - dinner
Patong Beach
Bangla road
Hard Rock Phuket



Bajet Day 1

Simkad AIS 2GB - 198baht
Breakfast - 60baht
Mineral - 13baht
Nasi ayam - 80baht
Dinner - 85baht
Tuktuk share - 27baht/pax

















3 comments

  1. wow... bestnyer... tak naik tut tut ke sis:)

    ReplyDelete
  2. besbtnya!!! lama mgidam nk dtg sini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. Wahhh blogger trip eh. Bestnya.. ye, klinik mahal sebab dia cas harga foreigner...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...