Workshop berlangsung di Nestle HQ Damansara pada 2 Disember 2016 bersama Chef Muluk. Chef Muluk merupakan Chef di studio masak-masak maggi. Kalau korang selalu mendapat jemputan nestle maggi mesti dah familiar dengan Chef Muluk. Sangat peramah dan perwatakan menarik. Bukan mudah nak jadi chef selebriti ye.
Masa mula-mula sampai memang aku teruja sebab aku tak sangka event ni dekat studio masak-masak maggi sendiri. Memang cantik dan terus perasan macam chef gitu. Sempat aku posing acah-acah memasak. Dapur lawa kot gila tak teruja. Sebelum bermula ada sedikit taklimat dan ucapan dari wakil Nestle Maggi.
Sejak guna non-stick pan semua kuali biasa aku dah bungkus masuk stor. Aku dah suka dengan semua adik beradik non-stick sebab senang tak melekat. Nak cuci pun senang.. Kira mudahkan kerja aku kat dapur. Sebelum mula masak Chef Muluk ada cerita pasal non-stick pan Tefal. Korang sendiri pun tau kan bestnya produk Tefal ni. hahahhaha.. Aku pernah usha Tefal dekat Lazada yang limited edition Tefal Flavour Cast Aluminium Wokpan kalau tak silap. Dia punya design rock solid, memang menarik hati aku betul. Lain dari design biasa wokpan Tefal. Ada rezeki lebih boleh la beli nanti.
Kau nampak chef ni posing, masa ni dia cakap nak memasak kena ada gaya walaupun tuang sos dalam kuali.. hahahha lawak gila chef ni. Memang workshop hari ni guna produk maggi dan barang Tefal. Chef Muluk demo masak 2 menu iaitu Paella dan Salad Maggi.
Paella ni aku tak pernah dengar pun kewujudan menu ni, aku baru tau masa workshop ni. hahahahha.. Chef guna beras Jepun untuk paella. Aku rasa macam beras buat sushi tu. Salad maggi pula guna produk maggi baru iaitu OatMee. Salad maggi campur dengan chicken grill tanpa minyak. InsyaAllah tak melekat guna produk Tefal. Resipi boleh google ada banyak. Sepanjang aku perhati chef ni masak, dia tak guna garam langsung. hahahha actually masa ni aku dah berbisik dengan member sebelah. Aku tanya ada nampak tak chef letak garam sebab aku takut aku yang tak perasan kan. Lepas tu baru chef cakap, yang dia tak guna garam langsung. Mungkin dia dengar aku tanya orang sebelah? hahahahha. Memang guna produk maggi sepenuhnya dan dah cukup perasa dalam tu kan.
(PAELLA)
(SALAD MAGGI)
Lepas Chef Muluk dah siap masakkan dia. Giliran kami pula beraksi. Actually kan kami bloggers yang dijemput masa workshop ni kena masak. Kami dibahagi kepada 5 kumpulan A,B,C,D dan E. Aku kumpulan D. Aku ingatkan kena masak apa yang chef ni masak so aku punya la fokus tak bercakap dengan orang sangat. Tengok je bahan apa dia guna semua. Sekali masa giliran kami tu.
SURPRISE!! hahahahhahahahahhaha semua kumpulan dapat bahan lain-lain untuk masak.
Kau rasa? Kena sediakan 2 menu untuk setiap kumpulan dan hanya boleh guna bahan apa yang ada di tempat yang disediakan. ala-ala masterchef gitu. Seronok juga. Pengalaman baru untuk aku.. hahahah..
Dari bahan ni kami plan masak siakap sweet sour dan somtam lobak putih.. So semua dalam kumpulan mula ambil tugas masing-masing. Tak sempat berkenalan pun dengan ahli dalam kumpulan aku ni. Terus ready masak tapi masing-masing macam dah pro je masak so aku follow je. hahahah yang penting KERJASAMA..
(abang, belanja wokpan Tefal pleaseee) - harap laki aku baca post ni
Ehh
Akhirnya siap juga menu kami. Siakap sweet sour dan Somtam lobak putih.. Main belasah je secukup rasa. Dan perkenalkan ahli kumpulan D termasuk lah aku..
Tapi kami tak menang pun, ada group masak lagi best. Hadiah dia pun menarik gila, semestinya brand Tefal la.. Aku duk syok sendiri ingatkan menang sebab aku rasa menu kitorang sedap.. hahahah perasan kan.. Sebelum bersurai ambil gambar kenangan dengan semua yang terlibat. Terima kasih sekali lagi buat InvoleAsia keransa sudi menjemput kami ke workshop ni. Suatu pengalaman yang tak boleh lupa. Best sangat...
Jangan lupa Get 20% Off Lazada Voucher here kerana Lazada Malaysia tengah mengadakan the best year end super sale.
seronoknya masak²..
ReplyDeleteteringat-ingat paella tu sedap gak.. nyum
ReplyDeletewaa.. seronok nye !!!!!!
ReplyDeleteHahaha! perasan tuh dapat number 1... :)
ReplyDeleteBestnya main masak2..
ReplyDeletebestnya main masak masak. Eh nany pun ada. Hi nany...
ReplyDelete