TAHNIAH MAHA 2016!
1-11 Disember 2016 di MAEPS Serdang
Aku ni budak kampung je. Panjat pokok masuk kebun dusun tu biasa je. Kalau musim buah muka aku ni juga atas pokok ambil buah manggis, rambutan ke. hahahha walaupun aku perempuan memang aku jenis kasar dan suka masuk kebun ambil buah. Tiba-tiba jadi rindu zaman dulu-dulu. Lepas kumpul buah mandi sungai atau air terjun dalam kebun tu. Seronok sangat weh! Hanya yang pernah rasa je faham perasaan aku.
Kalau tanya aku pasal MAHA ni, bagi aku sesiapa yang tak biasa suasana kampung patut pergi MAHA sebab ada banyak sumber pertanian yang boleh korang tengok masa dekat MAHA atau boleh tunjuk dekat anak-anak ni pokok durian, ni bentuk manggis.. hahahha.. kang nampak pokok manggis kata nya pokok durian. Dah sudah.. kata duduk Malaysia tapi buah-buahan tempatan pun tak kenal. MAHA 2016 ni aku tak berkesempatan nak pergi tapi aku
Suasana tahun ni pun aku tengok lagi menarik dan memang ramai la orang. Bukan setakat hasil pertanian. Haiwan unik-unik pun boleh tengok dekat sini. Tahun ni ada lembu sado. haa kauu.. viral teruk hari tu pasal lembu tu. hahahha.. berketak-ketak badan heheh
MAHA diadakan 2 tahun sekali so kalau nak pergi kena tunggu tahun 2018 pula. Mungkin lebih banyak benda menarik nanti? Kita tunggu.. Apa pun TAHNIAH MAHA 2016!
No comments