Beli rumah

Aku pun tak pasti macam mana nak start pasal cerita beli rumah ni. Sebelum ni kitorang dah beli rumah subsale tapi urusan jual beli rumah tu Alhamdulilah senang. Pagi tu owner UP for sale dan aku terus personal message dia berbincang sampai berjaya beli. Rezeki kami dapat owner yang senang dibawa bincang. Aku tak pernah ada pengalaman dengan agen so aku tak berani komen kalau korang tanya macam mana proses.


Masa beli rumah pertama semua urusan apply bank loan, home valuetor and lawyer semua kami cari sendiri. Tapi owner rumah tu yang banyak bagi tips dan nasihat jual beli rumah ni. Memang baik sangat. Rezeki kami jumpa owner baik dan jual dekat kami harga below market value. Condition rumah dia pun tiptop sebab dorang jarang duduk rumah tu pun. Memang macam dapat rumah baru. Urusan untuk dapatkan kunci pertama ambil tempoh 6 bulan tapi itu standard la. Aku nak cerita detail pun dah lama sangat, masa tu aku stop blogging kejap tapi memang banyak urusan dan form nak kena isi. Mungkin kalau ada agen dia yang isi semua?




(google image, sekadar hiasan)


Sekarang kami dalam urusan nak beli rumah kedua. Kali ni kami beli rumah new development direct dengan developer. Tapi aku rasa kali ni urusan macam lama sikit. Tapi memang ni kira pengalaman baru. Lain developer mungkin lain cara urusan. Apa yang kami dah buat? Dah tau lokasi mana nak terus target developer office untuk booking.

1) Booking form (sale proforma)  and booking fee
2) Home Loan - Cari sendiri bank mana nak apply loan tapi better cari bank yang ada rekod dengan developer tu dulu - Submit copy sale proforma dan dokumen yang diperlukan (lain bank lain requirement)
3) Sila check CCRIS rekod masing-masing
4) Lawyer developer akan contact untuk sign SNP dan bayaran disbursement fee (processing)
5) Tunggu loan lulus


Ini so far apa yang kami tengah buat, SnP free yang lain kena la bayar. Duit keluar untuk rumah ni just untuk Booking Fee dan Processing fee (lawyer). Detail payment untuk disbursement fee pun dia dah bagi siap so tahu la nak kena standby berapa lagi untuk seterusnya kan.


Kalau ada sesiapa ada pengalaman beli rumah dari developer dan nak share boleh tinggal dekat komen. Mana yang rasa tak kena ke. InsyaALLAH kalau ada rezeki kami. Tiba-tiba mengharap nak rumah tu.





No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...