Tips dan resipi - Rumah terbuka pertama kali

Pengalaman pertama kali buat open house raya sendiri. Kalau dengan parent tu biasa la dekat kampung kita buat berjemaah ye dak? ni aku seorang buat. Actually ni plan last minute, asalnya nak buat makan biasa je masak sikit-sikit jemput kawan-kawan terdekat camtu je lepas tu sebab kami laki bini ramai kawan dan kawan mu kawan ku jua so jadi la macam open house separa (suka hati bagi nama). Dari nak buat sikit jadi terbanyak sikit. Rumah aku barang untuk masak portion besar nan ado laa sebab kami duduk pun 3 beranak je. Asyik whatsapp mama kat kg je tanya size periuk bagai untuk jumlah sekian-sekian. So periuk besar macam berniaga laksa pasar malam tu aku pinjam makcik aku je, settle satu bab.


Lepas tu menu apa pula nak masak pun haru. hahhaha... lastly aku decide buat soto ayam je senang aku nak handle sorang. nak topup kalau tak cukup pun senang. Ni pengalaman pertama aku ye so harus la gelabah dah la masak sendiri je. Risau tak jadi pun ye gak sebab ramai-ramai kan. Masak portion besar ni bukan senang weh.. 



Bila tengok gambar ni rasa bangga juga sebab berjaya masak sendiri.. terharu >,<"  Nak aku share macam mana nak prepare sebelum tetamu sampai? Ni mama aku la pesan kalau pertama kali nak buat takut kelam kabut ke apa.

TIPS prepare soto ayam

1) Sambal kicap soto tu buat sehari awal dan simpan je dalam peti sejuk. 
- bawang merah banyak
- bawang putih sikit
- halia sikit
- cili padi sepedas rasa (aku letak banyak)
*semua bahan ni goreng dulu sampai naik bau dengan minyak sikit sangat
**lepas tu baru blend dengan kicap sahaja+gula+garam


2) Sup ayam pun dinasihatkan reneh malam sebelum majlis -sup ayam ni makin lama reneh makin sedap rasa. Sup ayam ni korang boleh buat je suka hati sebab bagi aku sambal kicap tu yang kena POWER! hahahahha..

3) Bangun la awal wehhhh siapkan bahan lain tu. Jangan malas sangat.. Senang kan..



Begedil ayam ni member-member aku la request dorang nak dan sejujurnya aku tak pernah buat begedil ayam sendiri. hahahhaha ni cuba jaya yang pertama kali.. Lepas settle semua tu aku tengok kentang banyak tu yang try buat begedil pula dan Alhamdulilah kejadian begedil aku cantik. Main buat ikut sedap rasa je ni weh dan aku tak suka banyak sangat bahan dalam begedil.



 Resipi begedil ayam;
-kentang
-ayam cincang (aku guna daging burger) ni aku masak dulu
-daun sup & bawang
-garam 
-telur
*gaul semua bahan diatas
**bentuk kan bulat dan simpan dalam peti sejuk. masa nak masak baru celur dengan telur putih sahaja dan goreng dalam minyak yang panas ye. 






Sebab kan masa ni gelabah tak habis lagi risau makanan tak cukup ke apa, terus cari siapa boleh buat kan dessert. Aku suka creampuff so ni la yang aku order. Masa ni ramai tak nak ambil order dah sebab last minute tapi Alhamdulilah ada sorang ni okay nak ambil order aku dan sampai now ak dah jadi customer tetap dia kalau nak creampuff gitu. Dessert ni aku tak sempat la nak buat sendiri, order sudah.. hahaha..





Ni kisah throwback tapi harus lah simpan blog buat kenangan semua benda yang pertama kali kan. Yang sadis cerita asyraf aku tak blog kan sangat. InsyaALLAH akan diusahakan sebagai kenangan aku.


Alhamdulilah open house aku berjalan lancar dan Allah mudah kan semua urusan. Member aku pesan insyaALLAH kalau niat nak jamu tetamu, Allah akan cukupkan sebab masa ni aku risau makanan tak cukup, sempat masak 1 menu je kan. Terima kasih untuk semua yang datang masa ni. Ni semua pengalaman next time insyaALLAH boleh buat lagi dan dah tau apa yang nak buat kan. Atau kalau susah sangat upah je caterer tapi nikmat masak sendiri tu lain. Seronok tengok orang makan hasil kita masak. Puas hati.

peace ^_^v

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...