Tahun ni family day sebelah husband aku macam biasa dekat PD dan juga stay tempat yang sama. Memang dah jadi tempat favourite kami, macam-macam kemudahan ada dekat sini.. Family friendly konsep dia, sesuai untuk yang ada budak kecil. Tahun ni kitorang pergi PD 7-9 Oktober 2016, stay dekat Ancasa Allsuite Resort & Spa. Boleh refer juga previous entry aku PD Short Trip.
Kali ni aku nak share pemandangan selama dekat sana, asyik cerita pasal Ancasa aku rasa dah selalu berulang dalam blog aku ni.. Zaman bujang pun lepak sini dengan member-member. Sekali stay sini memang tak cari dah tempat lain. Harga dia pun berbaloi la dengan servis dan kawasan kan. Bukan tak pernah stay tempat lain dekat PD ni tapi kalau dengan family besar memang prefer dekat Ancasa.
Sepanjang aku dekat sana, aku kurang sihat so jadi banyak masa duduk dekat bilik je dan pergi kawasan sekitar Ancasa je tapi tu pun aku rasa best laa.. dah kata datang nak santai kan. Gambar atas ni tunggu sunset hari pertama dekat sana. Gambar bawah ni sunrise pertama.. hahahha.. dah meninggi dah matahari.. bukan sunrise dah ni.. kah kah kah..
Ni memang view dari apartment kitorang duduk, Ancasa ni konsep dia macam homestay je. Kitorang dapat sea view, tu best aku nak snap gambar cecantik.
Gambar atas ni sekitar pukul 4.45pm. Cantik kan.. Gambar bawah ni sunset hari ke-2 kat sana. Alhamdulilah dapat juga snap gambar sunset yang cantik sekitar 7.00pm.. wehuuu
Last day tu aku rasa nak pergi juga dekat pantai kawasan tanjung, ada batu-batu cantik. Aku tengok dari atas nampak ramai orang dan cantik je.. Pagi-pagi tu aku turun sorang berjalan area pantai tu semata nak ambil gambar batu.. hahahaha.. Ramai pengantin posing atas batu ni dan area sini paling cantik tengok sunset dengan sunrise, ramai photographer duk menunggu je dengan kamera dorang. Aku pun tak pasti apa depa buat.. hahaha..
Aku perasan kedudukan Ancasa ni agak strategik untuk dapatkan gambar pemandangan yang cantik. Saja kali ni aku fokus pada pemandangan je.. kikikiki.. sebab kalau nak cerita pasal Ancasa boleh tengok entry-entry aku sebelum ni je.
Haaa tu anak bujang aku.. dia pun asyik tengok laut pastu kagum sorang-sorang. comel je. Tapi budak kenit ni tak suka pasir.. gggrrr.. kang bawa pantai nak berdukung je.. apa pun tak boleh.
Masa lepak sorang diri tu sempat gak aku pergi melawat bali spa dorang, tapi kawasan ni tutup. Tak pernah pun sebelum ni nak ambil gambar kat sini.. hehhe.. Cantik kawasan Ancasa, kebetulan masa ni ada company buat family day juga. Padang dorang pun luas nak buat aktiviti.
Ni rupa paras apartment Ancasa kitorang, ambil 3 bilik. Memang puas hati laa dengan sea view. Kali ni kitorang sampai awal tu sempat ambil gambar apartment sebelum bersepah.. muahahhaha.. Kalau korang nak holiday dekat Port Dickson dengan family besar aku recommend sangat Ancasa ni, ni bukan paid review ye. Sebab best aku share dan kalau tak best tidak la kitorang repeat every year.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah cantiknya view dia.. menarik dan nampk selesa..
ReplyDeleteCantiknya. Besar betul bilik.
ReplyDeletemenarik ni...tambah bila kita plan nak buat family trip
ReplyDelete