Maideasy - membantu dan membersihkan rumah anda

Pertama kali aku guna khidmat maid dekat rumah. Lepas aku share dekat instagram dan facebook pasal maideasy ni. Ramai juga yang tanya macam mana servis? berapa cas? okay ke tidak? huii bukan main banyak soalan korang tanya kan. Nah sila baca sampai habis.




Aku tinggal rumah ni dekat 3 minggu juga hari tu so memang rasa sesuai sangat guna khidmat maideasy ni untuk tolong kan. Aku ambil basic cleaning so memang dia cover toilet, bilik, dapur dan ruang tamu. Standard la kan cuma aku minta dia fokus dekat grill lebih sikit. Ni la peluang untuk cuci semua grill dekat rumah ni.. hahahhaha..



Tempat pertama dia buat dekat toilet sebab dia cakap toilet ambil masa lebih sikit biasanya. Lepas siap cuci semua toilet baru dia cuci bilik ke bilik. Rumah ni kan tinggal lama, so aku macam tak berapa nak sanggup ambil gambar sebelum dan selepas sebab macam segan gila je tapi hasil aku dapat memang terbaik laa.. hahhaha boleh nampak beza.


Sekitar rumah aku ni tengah ada construction so habuk halus tu banyak gila. Grill semua berhabuk teruk tapi dia cuci bersih. Husband aku pun kagum. hahahhah.. aku pernah juga cuba nak cuci tapi macam sakit hati tengok banyak sangat. Dah la aku nya tahap alergik habuk tu teruk. Memang masa booking maideasy ni siap buat special request untuk cuci grill. Target utama aku grill rumah je, yang lain tu aku boleh je buat sendiri.




Pakej aku ambil ni basic cleaning dalam masa 4 jam. Maid datang dalam pukul 9.00 pagi sampai la 1 petang. So selama tempoh 4jam tu dia akan cuci mana yang sepatutnya. Tapi aku macam kagum gila sebab 4 jam dia boleh cuci satu rumah ok! kalau suruh aku cuci aku rasa mau satu hari baru siap. hahahha.. Rumah aku pun kecil je so ada logik nya juga kan kejap je dia buat. Kipas, sawang semua dia cuci. Satu rumah dia vaccuum dan mop sekali. Seronok gila tengok rumah bersih.




Kalau korang semua jenis busy je manjang tapi nak rumah bersih, boleh la cuba maideasy ni. Murah gila okay serendah RM20/jam. Bukan setakat cleaning je tapi kalau nak cuci rumah masa pindah rumah pun boleh request maideasy. Antara servis lain maideasy dan harga boleh refer gambar bawah ni atau buka je website maideasy.






Cara booking

1) Buka website maideasy https://www.maideasy.my/ dan klik BOOK NOW.

2) Pilih servis yang korang nak 

3) Isi contact information dan segala maklumat yang diperlukan. 

Part special request ni boleh pilih apa korang nak tapi kalau korang ada minta special request ni korang tak boleh expect dia boleh siap kemas kan tempat lain yang sepatutnya la. Faham? 4jam je weh. hahahha..  maybe ada satu bilik ke dia tak sempat nak cuci macam tu la.


 4) Dah isi segala maklumat, boleh klik BOOK NOW bawah sekali. 

Dan sila tunggu sms notification dekat hp macam ni untuk verification number dan teruskan dengan payment.




Masa dan kelengkapan membersih

Lepas korang dah booking session tu nanti, dorang akan update siapa cleaner yang akan datang dan pukul berapa cleaner tu akan datang. Cleaner dorang memang on time, kalau cakap pukul 9 pagi memang pukul 9 pagi sampai dan aku tengok sangat la professional. Cuma kalau guna maideasy, dorang akan guna cleaning tools yang ada dekat rumah korang je. Dorang tak bawa apa-apa selain diri sendiri. So makesure korang ada semua kelengkapan mencuci, kang rugi je bayar cleaner tapi nak cuci takde alat. hahahah... 





6 comments

  1. memang puas hati..nad rasa nak booking lagi je

    ReplyDelete
  2. bestnya... harga dgn perkhimatan memang sgt2 berbalaoi

    ReplyDelete
  3. Hanya msg di WhatsApp 01121217721 ..saya hanya bisa datang jika di jemput klo pulang mungkin Saye bisa sendiri setelah rumah anda Saya kemas kn... Trimak kasih

    ReplyDelete
  4. Awak semua toilet dan semua bilik depa mop dan kemas ya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...