Flow Rider Sunway Lagoon. Surf Simulator pertama di Malaysia

Sabtu lepas 17 september 2016 dapat tengok flow rider dekat Sunway Lagoon. Actually masa ni pertandingan akhir Asia Flow Tour 2016.. ni pertama kali pertandingan akhir buat dekat Malaysia dan juga surf simulator pertama juga di Malaysia.. bangga tak? 

Antara negara yang terlibat untuk Asia Flow Tour 2016 ni adalah Indonesia, Thailand, Singapore dan Malaysia sendiri. Pemenang pertandingan ni akan mewakili Asia ke peringkat dunia yang akan berlangsung di Singapura dalam bulan Oktober 2016. 


Terdapat 8 kategori yang dipertandingkan;
1) pro men flowboard
2) pro women flowboard
3) pro mixed bodyboard
4) open men flowboard
5) open women flowboard
6) open mixed flowboard
7) master above 31 flowboard
8) juniors under 15 flowboard



Masa aku sampai tu aku kagum juga nampak ada budak kecil sekali.. power betul dia.. aku naik skateboard pun tak lepas.. tapi tengok dorang pegang flowboard tu macam wah kagum nya.. jadi tak sabar nak tengok dorang start. Gambar bawah ni selepas perasmian, mungkin aku patut bawa DSLR. T__T"



Tahun ni antara tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Negeri Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan juga Calvin Ho, Senior General Manager, Sunway theme parks


Dari pertandingan ni dapat belajar sedikit sebanyak mengenai flowboarding atau lebih dikenali sebagai flowriding. Ini adalah antara boardsport yang makin popular sejak 20 tahun yang lalu. Flowboarding ni gabungan elemen surfing, bodyboarding, skateboarding, skimboarding and wakeboarding. Kira all in one.. boleh? Nampak style la.. tak perlu tempat yang luas pun.


Flowboarders akan meluncur atas ombak laut buatan (surf simulator) yang terdiri daripada lapisan tiga inci air dipam pada tekanan tinggi. Walaupun buatan tapi dapat nampk macam real masa mereka ride on it. Before start aku rasa la juga permukaan surf simulator ni.. macam pelampung yang dipam tu tapi material dia mesti la lagi bagus kan. Air akan di pam dari bawah ke atas dengan tekanan tinggi untuk menghasilkan ombak buatan.









Ini beberapa gambar aksi mereka ketika pertandingan. Nampak menarik kan? Kalau sesiapa berminat boleh cuba di Sunway Lagoon themepark. Walaupun sukan ni masih baru tapi Malaysia dah berjaya masuk ke flowboarding antarabangsa. Bangga tak? Kena berterima kasih dekat peserta Malaysia yang berusaha keras meletak nama Malaysia dalam sukan flowboarding ni.


Untuk maklumat lanjut, boleh call 603 5639 0000, layari sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/sunwaylagoonmalaysia.



Ni gambar sekitar pertandingan dan hadiah yang bakal mereka dapat. Piala tu stylo lah dan beg roxy ituuuuu... hahaha


peserta dari Thailand

 peserta dari Malaysia (Flow Mobster)



Dah lama tak pergi Sunway Lagoon dan sekarang makin banyak tempat mainan yang menarik. Sunway Lagoon menawarkan lebih 90 jenis mainan menarik untuk 6 parks - Water Park, Amusement Park, Wildfile Park, Extreme Park, Scream Park dan yang terbaru Nickeldeon Lost Lagoon. Kalau tak nak rugi masuk sana, takut tak sempat cover semua taman. Aku suggest ambil maps dan plan dulu nak cover bahagian mana sebab seriously ada banyak sangat tempat best. aku pun teruja tengok makin banyak mainan menarik. Kalau bawa asyraf mesti lagi dia suka ni. 


Sekian~




3 comments

  1. Tiket tu kalo tak pi bawa mai sini na hahaha

    ReplyDelete
  2. bestnya teringin nak pi sunway lagoons.. lama tak pi tau..

    ReplyDelete
  3. easy to handle and they stick to a target well

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...