Cara mengayakan Blazer untuk wanita (ways to style blazer for women)
Biasa nya aku suka cardigan dari blazer sebab blazer ni kebanyakkan nampk formal. Mungkin zaman dulu dan sekarang berbeza kan.. Blazer pun banyak yang stylo dan boleh digayakan dengan semua acara kasual dan juga formal. Sejak kerja ni aku dah makin suka blazer. Beza dengan cardigans, blazer merupakan jenis outerwear yang paling sesuai untuk digayakan bagi acara kasual dan majlis formal. Sekarang boleh la start usha style blazer yang ada... hahah
Mungkin
ramai yang masih teragak-agak nak pilih blazer sebagai pilihan
outerwear wanita sebab fabrik yang agak tebal dan potongan yang tidak
loose seperti cardigans, tapi dengan penggayaan yang betul, korang
pastinya boleh tampil bergaya dan menyerlah. Try check style dan gaya
simple yang boleh jadi inspirasi untuk pilih koleksi dekat blazer wanita sebagai pilihan outerwear korang. Let’s check this out!
Apa
kata try ubah penampilan kasual dengan hanya pakai jeans dan tshirt
jadi smart casual dengan sarung blazer dekat luar macam gambar atas tu.
Terus nampak macam selebriti kan.. Gaya yang
cukup ringkas ini boleh digayakan ketika hujung minggu atau ke pejabat
(untuk pejabat yang membenarkan pekerja berpakaian smart casual).
Tahu
apa lagi gaya smart casual yang boleh korang gayakan bersama koleksi
blazer? Kombinasi jogger pants bersama t-shirt! Style macam ni bukan
sahaja ringkas, tetapi juga cukup selesa untuk sesiapa sahaja. Okay ni
aku memang kena cuba.. Heheheheh.. Biasanya aku suka jeans je..
Forget
about the pants dan korang juga boleh menggayakan koleksi blazer
pemakaian skirts dan blouse seperti berikut. Ni contoh je weh.. Hahah..
Skirt labuh ke pendek tu terpulang ye..
Dan
gaya mudah yang terakhir adalah dengan menyarungkan blazer bersama
mana-mana koleksi dress yang korang suka. Gaya ini juga boleh digayakan sebagai pakaian kasual mahupun untuk ke pejabat. Gaya ni paling aku suka tengok... Nampak sweet dan elegen bagi aku laa..
Sekian...
Dan sekarang aku sendiri rasa tak sabar nak shopping, pandai pergi usha
style blazer kan.. Online pun boleh weh... Hahahah... Janji tau size
baju korang.. Settle~
Amazing outfit! I really loves all outfit its looking style and fashionable.
ReplyDelete