So kali ni aku nak share tips jika terlibat dengan kemalangan.. Kes ni aku mangsa.. Claim insuran lawan..
1) Semasa kemalangan pasti kan tiada kecederaan.. Jika ada sila hubungi nombor kecemasan atau orang terdekat.. Bukan main skema lagi ayat aku..
2) Sila ambil gambar kemalangan di tempat kejadian. Pastikan gambar jelas dengan no. plate sekali.. Ambil details gambar kerosakan untuk tujuan claim..
3) Call insuran untuk perkhidmatan towing.. Jangan guna towing sebarangan.. Jika kereta korang still boleh gerak. Boleh drive sendiri ke balai polis trafik berdekatan.
4) Yang penting buat report polis dalam masa 24jam selepas kemalangan.. Ni penting untuk claim insuran.. Nak settle sendiri boleh kalau dia nak bayar total repair cost.. Tapi kalau dia lari korang yang bermasalah.. Selepas report, pegawai polis akan tentukan siapa yang salah.. Yang salah akan kena saman.. Dalam kes aku, aku tak salah..
Salinan report, pegawai polis akan bagi.. Ni as reference kepada bengkel insuran.. Dokumen lain biasa nya agen insuran tempat korang claim tu akan settle kan..
5) Kenalpasti insuran dan bengkel insuran korang.. Towing pun guna insuran punya juga.. Macam kes aku lepas settle report semua orang towing datang dan hantar ke bengkel insuran kereta aku dulu.. Then nanti insuran pihak lawan akan datang untuk inspection before proceed claiming semua..
Untuk kes aku, nak claim insuran orang.. Dokumen yang perlu;
a) salinan IC
b) salinan lesen memandu
c) salinan geran kereta
d) salinan polisi insuran kereta
e) sign surat lawyer for claiming purpose (ini orang bengkel sediakan)
f) salinan report polis
Oh yee aku hantar bengkel biasa yang ada panel insuran je.. Nak hantar perodua kena tunggu lamaaaaaa... Kalau tak urgent guna kereta boleh la hantar.. Kereta aku Alhamdulilah body je teruk.. Dalam tak rosak pape.. So kejap je dia buat.. Dalam seminggu je siap.. Since ni bukan insuran aku so aku boleh ambil je kereta aku tu lepas seminggu.. Kalau guna insuran sendiri kena tunggu atleast 10hari berkerja sebab dokumen polis pun siap lepas 10hari berkerja.. Faham?
Hari tu akak accident tapi tak teruk dan kami settle sendiri. Masa tu akak pemangsa, langgar kereta orang. Cuak tapi Alhamdulillah, berjalan dengan baik smooth je.. syukur sangat2 masa tu..
ReplyDelete