Cara Bayar Fidyah Online (Maybank2U)

Assalammualaikum



LATEST UPDATE FIDYAH

Ini post tahun 2015 dan info yang terbaru. Aku call pusat zakat selangor baru ni dalam tahun 2017, pegawai zakat selangor maklumkan zakat fidyah kena bayar dekat kaunter dan di pusat zakat kawasan masing-masing. Macam aku duduk area Selangor makan bayaran zakat di area kita duduk. Sekian makluman. 

Yes ada kawan aku inform dia buat online macam dibawah dan dapat resit bayaran dari pusat zakat macam biasa. Wallahualam. Sebaiknya refer ke pusat zakat masing-masing ye.


_________________________________________________________________________________


Ni pertama kali buat bayaran fidyah melalui online.. oh yaaa bukan sengaja tinggal puasa ye tapi aku kan berpantang masa bulan puasa.. T_T Aku buat entry ni khas untuk peringatan diri sendiri..

Sebelum nak buat bayaran fidyah kita kena kira dulu berapa jumlah wajib dibayar. Untuk kiraan ni aku buat dekat page zakat selangor..  Klik kalkulator fidyah


Lepas tu masukan berapa hari yang tinggal puasa so nanti akan keluar berapa jumlah bayaran fidyah yang wajib di bayar..



CARA BAYARAN DI MAYBANK2U

1) Login masuk maybank2u
2) Klik Accounts & banking
3) Pilih Bill payment
4) Lepas tu pilih Make a one-off payment
5) Klik pada drop box dan pilih Zakat & charity
6) Klik continue


7) Pilih Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP dan continue

8) Dekat type of zakat pilih Fidyah dan masukan jumlah yang wajib di bayar tadi
9) Semasa buat bayaran tu NIAT : Ini zakat fidyah yang wajib bagi saya pada tahun ini sebanyak RM__ kerana Allah Taala..


Alhamdulilah selesai.. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Nya.. Amin

4 comments

  1. singgah sini dapat info baik... boleh di pelajari lepas ni..nice sharing.. mommylina berkunjung lagi...

    ReplyDelete
  2. tq for d info.... salam ramadhan..!

    ReplyDelete
  3. Dekat number telefon tu.. Number kita ke?

    ReplyDelete
  4. Yang dkt number telefon tu number kita ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...