Gold Coast Morib Resort 3D2N - Honest review

Nak share experienced 3 days 2 nights stay at Gold Coast Morib Resort (24 - 26 April 2015). Alhamdulilah tak ada sebarang masalah sepanjang dekat sana.. Since pergi dengan family semua so ambil 1 apartment 3 bilik la senang instead of separate rooms.. Macam biasa kalau pergi holiday mana2 mesti aku suka google review orang... Kebanyakkan aku jumpa bad review pasal Gold Coast Morib so memang terus tak expect tinggi sangat la kan.. Tapi review ni sume yang pergi masa awal2 buka like 1/2 years back.. sekarang dah banyak improvement compare dari bad review yang aku baca tu.. so kali ni aku nak buat honest review sepanjang aku dekat sana which is kitorang puas hati laa..



Pintu ke lobby resort.. Masa ni tak sabar nak masuk apartment.. Weeee... Entrance lobby memang tak berapa nampk pun sebenarnya.. Kalau tak sebab tengok ramai tuju sana memang taktau tu entrance lobby.. Hahaha 




Lif ke apartment memang nampak macam tak berapa praktikal je.. Dia terletak dekat hujung sekali blok yang biasa nya hujung2 tu tangga tapi area situ la lif ke apartment ye.. Agak tersorok.. Tak sure la kalau jenis bilik tu macam mana.. Tapi bila masuk apartment teruja sekejap.. Memang aku suka sangat interior design apartment ni..cantik bagi aku..  Rasa macam nak tiru je.. Selesa dan kemas.. 3 bilik 2 bilik air.. đź‘Ť 




First day kitorang sampai pun dah lewat petang so duduk rehat kat apartment je tak ke mana.. Patio dia besar... Boleh la nak bersantai.. gambar patio aku tak ambil laa..






Petang tu aku turun kejap sebab nak ambil gambar sign board ni je.. Hahaha.. Gambar bawah ni pemandangan dekat gerbang masuk resort.. Carpark area depan mula2 masuk tu.. 


2nd day turun breakfast.. Not bad dan banyak choice.. Dari cafe dia ni boleh nampak waterpark kat sebelah tu je so memang la buat lagi tak sabar nak main air kan.. 




Bagi aku waterpark dia sangat best dan luas.. 2nd day sabtu, masa ni tak ramai lagi so selesa la nak main semua kat sana.. Tapi anak aku ni pelik betul.. Masuk kolam terus nak tidur tak reti sejuk.. Hahahah.. Lena gila kot.. Tak boleh nak main air lama sebab dia dah lena sangat tidur dalam kolam tu..



Petang tu saja berjalan area pantai dia.. So ni la pemandangan pantai morib.. Aku tak pergi pun sampai tepi pantai betul2.. Jauh nak berjalan time air surut ni.. Kawasan dia bersih gila memang dorang jaga sangat2.. Pastu dia ada restoran untuk korang nak candle light dinner tepi pantai ke kan.. Macam dekat bali pula aku rasa design restoran dia ni.. 



Last day macam biasa lepas breakfast turun main waterpark buat kali terakhir before checkout.. Boleh tengok betapa crowded nya orang.. Aku agak ramai datang time weekend sabtu ahad tu yang penuh tu.. 

Dannnnn anak aku tidur lagi dalam kolam.. Lepas ni kalau agak susah nak tidur aku bawa pergi kolam kat rumah tu je senang.. Lol!!!


Kesimpulan nya aku tak jumpa apa yang tak puas hati dengan gold coast morib ni.. Semua okay cuma aku rasa bab makan susah sikit dan agak mahal kalau ambil yang resort ni.. Tapi apa susah masak siap je kat rumah pastu panaskan dekat sana.. Hahahahha.. Kalau tak pun kena keluar la cari makan malam.. 


Berapa bintang yaaaa? 9/10 okay?

1 comment

  1. i pernah srvey jugak psal gold coast morib ni
    dulu sebelum pergi, byk bad review.. tapi tawakal je
    sebab dah tau so x de la expectation tinggi sngt kan
    tp spjg duk sna mcm ok je bg i.. mayb dia dah improve la kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...