Zuriat kami

Assalammualaikum





Alhamdulilah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15kg pada 31/5/2014 masa usia kandungan 36w 6d secara cesarean di Putra Medical Centre (PMC).. EDD sepatutnya 21/6/2014 tapi baby tak sabar nak jumpa mak ayah dia kot.. Heee.. Serius tak expect pun kena beranak awal 3minggu. Hari last checkup jumaat 30/5/2014 sekali check baby songsang dan air ketuban makin sikit.. Standard hospital swasta air ketuban bawah 10 dah kira kritikal tapi hospital kerajaan air ketuban bawah 6 baru kira kritikal.. Doc nasihat bersalin hari tu juga atau esoknya.. Terus rasa macam nak luruh jantung sebab tak expect kan.. Kalau air ketuban makin sikit risiko baby berak dalam perut tu tinggi.. Lagi2 anak pertama memang kitorang risau gila kot.. Husband terus cancel balik kampung dan suruh bersalin je.. Wahhh macam senang je bunyi kan..


Balik rumah buat drama laki bini dulu baru husband decide call PMC untuk confirm nak beranak dan petang tu juga kena admit untuk matangkan paru2 baby... Kalau kandungan 37wk keatas tak perlu inject.. Kena inject dua kali dengan jarak 8jam untuk 2nd injection.. Serius sakit sangat.. Bergenang air mata..


Alhamdulilah semua nya berjalan dengan lancar.. Jumaat pagi checkup.. Petang admit.. Esok pagi sabtu dalam pukul 8 masuk labour room.. Masa admit kata bersalin esoknya dalam pukul 10 pagi tapi pagi tu tetiba lepas solat subuh nurse datang kata nak operate pukul 8.. Sekali lagi aku buat drama la cuak punya pasal.. Ingat balik rasa nak tergelak kau.. Tapi Suami sentiasa disisi memang tak tinggal langsung.. Sanggup tak keluar makan.. Kitorang share makanan hospital je.. Sweet tak.. Hihihiih.. 




Dalam labour room suami boleh masuk tengok.. Laki aku slumber je tengok doc toreh perut bini dia.. Tapi serius la bila suami ada sekali memang kurang banyak rasa cuak tu.. Masa doc nak keluarkan baby memang dia paling excited.. berani betul laki aku ni.. Adehhh.. 



Apa pun memang ni pengalaman yang tak mungkin aku lupa dalam hidup dan masa ni tengok suami gigih jaga bini dia memang terharu gila.. Servis PMC memang terbaik dari semua bab.. Perasaan takut tu tak berapa sangat sebab tak rasa macam duk hospital dan yang penting suami sentiasa ada disisi.. Hehehe.. Lagi satu kalau nak beranak dekat PMC tak perlu gigih bawa barang macam nak berkampung kat sana.. Just bawa baju masa nak keluar untuk baby dan ibu je.. 

3 comments

  1. tahniah comey baby.sebaya dgn anak sy...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaiku awak. alhamdullilah. nama baby apa? hee beza 6 hari je dengan Adam. hihiii syabas la kat suami awak. berani tengok perut kena toreh 7 lapisan dan bawa keluar zuriat kalian. perghhh terbaik...

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee tahniah untuk ibu dan ibu itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...