Tips : cara perlepasan kastam

Lepas entry lama pengalaman barang import di tahan kastam, sampai sekarang still orang pm/sms/email tanya pasal tu.. kalau korang semua ada segala dokumen yang pihak kastam nak sepatutnya tak ada masalah.. Yang jadi isu biasa barang personal yang mungkin saudara/kawan dari luar pos pastu kena tahan, mesti la dokumen segala tu korang takde kan??


Biasa kalau barang kena tahan, pihak pos akan hantar surat notis mengenai penahanan barang tu.. Walaupun korang duduk kedah ke kelantan ke (luar KL) perlepasan still kena buat dekat kastam LCCT.. Jangan pergi kastam negeri korang, itu kerja sia2.. 


Dalam surat notis penahanan ada 3 cara;

1) tuan empunya datang sendiri bawa IC
2) melantik pihak pos dengan bayaran RM48 (lupa exact amount) tak termasuk cukai yang akan dikenakan
3) melantik pihak ketiga, perlu salinan IC pihak ketiga dan empunya barang


Yang jadi persoalan;
Berapa cukai yang akan dikenakan?
10% dari nilai barang
Macam mana mereka tentukan nilai barangan tu? 
dari resit/invoice
Apa dokumen yang diperlukan?
IC, surat notis dan resit/invoice


Track and trace

Faham? Ok macam ni.. Kalau barang kena tahan mesti dapat notis atau mungkin tak dapat notis sebab aku pernah je barang sangkut tapi tak dapat. Kalau camtu call je terus pihak pos malaysia 1300300300 dan bagi tracking no. International yang ada tu kalau rasa ada beli barang oversea tapi sekian lama tak juga sampai.. Korang boleh track and trace guna website pos malaysia juga.. 

Tapi

Kalau dalam pos malaysia still keluar no record found.. Mungkin barang korang tu still dekat negara pengirim.. So kena guna track and trace tracking diorang.. Once dah sampai malaysia baru boleh track and trace dekat web poslaju malaysia ye! 


Oh yee.. Tapi kes parcel last aku tempoh hari.. Check tracking negara pengirim ada record barang dah post out tapi bila check track and trace pos malaysia keluar record not found tapi dapat notis.. Hahah. Macam2 hal so korang kena rasa sendiri pengalaman ni sebab bagi aku setiap kali tunggu barang dari oversea asyik berbeza je cara nya.. Ada parcel aku track and trace ada rekod tapi tak dapat notis. 

So tips aku boleh bagi;
1) track and trace dulu
2) tunggu notis atau call poslaju sebab barang kena tahan kena tuntut 21hari dari date notis dikeluarkan.. Kalau tak dorang hantar balik barang tu.. Jangan tunggu notis ni sampai takut tak sampai2..
3) call poslaju malaysia 1300300300 for details


Pening? Hahah.. Aku pun pening..
Ok bye~
  

18 comments

  1. saya xde tracking no la. barang saya dah 1 bulan xsampai. sepatutnya sampai hari ke-10 biasanya lepas order. sebelum ni ok je. kalau xde tracking no boleh check kat kastam ke? bagi nama jer ke

    ReplyDelete
  2. Ya, sy pun tak ada tracking number. Brng drpd US. Usually dalam 2-4 weeks sampai. Ni first time beli guna FedEx Intl Mail tanpa tracking. Huhu.. Kalau call je pihak Pos and tanya kalau ada nama kita dalam senarai boleh?

    ReplyDelete
  3. saya slalu kalau beli barang dari US gune ezipoz je..ezipoz ni kalau tak silap POs malaysia punye...so slalunya diorg yg handle bab2 kastam ni..kalau x silap website die... www.ezipoz.my.post

    ReplyDelete
  4. Betul la.barang saya tiba2 lost.nak kata kapal terbang terhempas tak juga..kene call 1300300300 la isNin ni nampaknya.

    ReplyDelete
  5. Kalau brg dari US better if pakai Viabox

    ReplyDelete
  6. Brg sye pon kena tahan tp sye x beli brg tu but dpt so mcm mne nk uruskn sbb xde resit pembelian

    ReplyDelete
    Replies
    1. try call tanya sebab sekarang sy xpasti prosedur mcm mana. itu kisah dulu. dah lama x beli apa2 dari oversea dah.

      Delete
  7. Macam mana nak tau barang kita kena tahan dekat kastam? Sebab barang dari US, pihak currier mintak bayar utk certificate baru boleh release packaging. Macam mana nak tau yg pihak currier tak menipu kita? Sebab saya takde dapat notis penahanan packaging pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ni post tahun 2014. mungkin sekarang prosedur dah lain.
      pihak courier maksudnya 3 rd party kan. kalau guna 3rd party tlg pickup mmg kena bayar. itu apa yg sy tau la

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tolong jangan percaya no 0178707591 tu.. dia adalah scamer.. sy dah terkena.. kita nak elak dari kena tipu, dia pula tipu kita.. xinsaf2 dia..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum .awk kes apa dgn si amirul berapa dia tipu?

    ReplyDelete
  11. Macam mna nk cek barang dari us tpi kena tahan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..nak tanya mcm mana kita nak tahu barang kite kena tahan dgn pihak kastam?,sbb pengirim tak bagi no tracking..selepas tu syarikat penghantaran mintak saya bayar..

    ReplyDelete
  13. Barang saya dah 1thn lebih la tak sampai .knp benda macam ni

    ReplyDelete
  14. How to check if my parcel send to US.
    Pos laju tracking and US tracking cannot check the parcel. Pos laju last updated was parcel is US routed in US hub. But US cannot check the parcel.
    May I know the contact number and email that I can call to check please?

    ReplyDelete
  15. utk pertanyaan brg di tahan sama.ada wujud ke tidaj boleh pm 0169525014 sekadar membantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...