Assalammualaikum
Haritu aku ada post entry survey set berpantang.. Tapi so far pilihan hati tetap set tanamera tapi beli loose item sebab ada certain barang bidan/tukang urut aku nanti sedia kan.. Set bersalin kampung style.. Mungkin ada jamu, bengkung, akar kayu segala la kot.. Pasal tu aku tak survey lak sebab semua mama aku yang tolong carikan.. Mama aku pesan jangan beli pape set bersalin sebab nanti tukang urut tu sediakan semua.. Tapi aku beli juga loose item tanamera untuk kegunaan sebelum bersalin lagi.. Usaha je la kan? Jadi ke tak kat aku lain kira yang penting kita dah usaha seterusnya berdoa moga dipermudahkan proses bersalin nanti.. Aminnnn.. Dalam 1 set tanamera sepatutnya ada 11 barang tapi aku just beli 4 barang dulu.. VCO, brown soap, lavendar floral water and feminine herbal wash...
**VCO - Ni salah satu punca utama yang menarik pasal set tanamera ni.. untuk sapuan dekat perineum, boleh membantu memudahkan proses bersalin dan kurangkan koyak.. insyaALLAH.. boleh start sapuan masa 30 minggu, dah masuk 34 minggu dah boleh start minum 1 sudu teh setiap hari.. info lanjut boleh refer sini >>> http://www.postnatalcareset.com/p/faedah-cara-guna-produk.html?m=1
**Brown soap - ni untuk hilangkan kesan gelap di kawasan pelipat
badan.. Hormon mengandung memang akan menyebabkan ada kesan gelap ni..
Serius aku tak sabar nak try.. Haahha.. tapi kalau nak jimat guna kerat la 3/4 sebab kalau bukak sebuku cepat la habis kan bila kena air tu..
**Lavendar Floral water - Ni kalau susah nak tidur dan untuk tenang kan minda, biasa bila dah masuk 3rd trimester mesti susah nak tidur.. itu yang aku alami sekarang... tengah malam selalu terjaga pastu nak lelap balik susah.. sembur kat muka atau bantal sebelum tidur insyaALLAH tenang je nak tidur, setakat aku guna ni alhamdulilah lena la tidur.. :)
Feminine herbal wash - Ni antara item yang aku tak sabar nak cuba tapi kena tunggu bersalin dulu laa.... testimoni kata bagus guna ni, luka cepat baik dan anti bakteria.. tak kisah la bersalin normal ke tak still boleh guna.. aku beli ni standby je incase bersalin kat sini tak sempat balik kampung atleast untuk seminggu tu aku ada something untuk guna kan.. yang penting kebersihan kawasan bawah tu... heheeheh... mungkin boleh kurangkan rasa sakit ke apa.. nak travel jauh kan.. selangor - kelantan.
**Massage oil - ni untuk minyak urut, melancarkan peredaran darah, otot segala tapi mungkin aku guna tukang urut tu punya je.. aku tak berapa suka minyak2 ni.. ni pun boleh guna before bersalin untuk hilangkan lenguh kaki ke betis..
Herbal bath - aku rasa ni pun penting dan perlu ada lepas bersalin... kira gantian air akar kayu untuk mandian.. insyaALLAH ada rezeki nak beli yang ni juga.. fungsi dia menyegar dan memulihkan tenaga sambil melegakan otot2.. lepas bersalin memang sangat memerlukan bauan herba untuk terapi badan..
Herbal tea - ni satu lagi barang yang aku nak beli lepas ni.. so kira lagi 2 barang ni la aku akan beli.. sebab nya untuk penjagaan dalaman badan.. melegakan masalah sembelit.. dapat membuang darah beku dari rahim.. menarik kan? hehehhe...
Firming herbal blend paste - ni pakai dengan bengkung
Abdominal wrap - nama melayunya bengkung
Calming herbal blend paste - ni orang tempek kat dahi tu... memang aku tak minat la
Boreh body scrub - nampak menarik tapi mesti ambil masa kalau guna ni.. so aku taknak review.. hahah.. sebab tak minat..
4 barang last tu memang aku tak bercadang nak beli.. confirm barang tu semua tukang urut tu dah sediakan... sebab tu aku prefer beli asing barang2 ni semua.. pastu beli sikit2.. kalau full set harga dia RM360... bukan murah tapi bila beli asing takde la rasa sangat.. heee..
NOTA KAKI :: barang yang bertanda ** tu boleh guna sebelum bersalin.. lagi bagus...
Assalamualaikum awak, salam perkenalan daripada mak buyong. hehe sheila pun guna virgin oil untuk sapuan. bab minum belum cuba lagi sebab skrg masih batuk2 manja. hihi. sheila singgah follow dan masukkan awak dalam bloglist preggymom 2014. heeee singgah menabung YES sini. take care mommy ~~~
ReplyDelete