Wedding preparation

Assalammualaikum




Preparation untuk majlis kahwin kami, bunting ni dapat free sekali dengan pakej buat kad kahwin. Pakej kad kahwin tu kami rasa macam untung sebab dapat 2 bunting, 1 canvas potret, small box muat la telur sebiji dan apa lagi ye, lama sangat sampai dah lupa. Senang la kira semua sekali je. Design bunting tu boleh ikut kita nak macam mana FOC. Kad kahwin design simple cukup janji ada. Pakej ni booking masa wedding expo, kami ambil dengan Memory Forever, The Summit Subang, rasanya selalu dorang ni buat promo dekat expo2 perkahwinan.






Mula-mula ingat taknak buat guestbook tapi sebab aku memang dari zaman sekolah rendah suka sangat kumpul autograf atau biodata kawan2 so tak kan masa wedding aku tak buat benda macam tu kan. hahah.. Dulu konon nak buat sendiri tapi alih2 tempah juga.. tak menang tangan hoii nak buat semua sendiri. Guestbook, sticker doorgift dan button batch untuk family aku tempah dekat Kad Kahwin Ceria Custom Shah Alam Seksyen 15. Guestbook dia puas hati la, aku guna untuk 2 pihak sekali je. Printed every pages dengan gambar/ design kita sendiri.





Doorgift antara benda yang memeningkan untuk difikir, kalau boleh nak bagi the best la dekat tetamu yang hadir tapi biar la mengikut kemampuan.. Ni antara barang doorgift aku bagi itu hari. tapi ada la beza sikit after mama aku olah.. ada tambah special item dalam tu. wakakakkaaa... Lepas aku beli terus serah je dekat dia buat apa yang dia rasa okay. Tapi serius, beli ikut kemampuan ye jangan diikutkan sangat nafsu tu.. (faham sangat). Ni aku beli dekat kedai vivian chowkit. search je dekat google bersepah link siap map nak kesana lagi.. Memang famous dengan KEMURAHANNYA... Aku compare dekat tempat lain barang exactly sama tapi berbeza gila harga. Kenapa nak bayar lebih untuk benda yang sama kan.. Kena bijak berjimat masa ni.





Bunga penanggah untuk family dan yang menolong sepanjang wedding tu pun beli dekat kedai vivian. Actually aku beli banyak benda dekat sini, bunga manggar, bunga telur, hiasan hantaran. Memang gila murah kot. Even gelas kaca ni pun aku beli kat sana sebab murahhhhhhhh... hahaha...



Rasanya aku just menggunakan khidmat 3 kedai ni untuk major wedding preparation aku selain bridal dan photographer. Jimat masa, minyak dan tol. hehehhe... Barang hantaran pula aku beli awal2 dan sikit2 sampai tak sedar pun dah complete semuanya. Duit mengalir pun tak rasa sangat. Alhamdulilah semuanya selesai untuk majlis.

Yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)


1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...