Pemilihan barang elektrik rumah

Assalammualaikum


Hasil pencarian dan survey untuk barang elektrik rumah baru kami.. Kitorang decide peti sejuk brand Toshiba 430L.. Toshiba 430L ada 2 jenis satu yang biasa satu lagi glass collection.. Walaupun glass collection nampak smart tapi tak best la tak boleh tampal magnet fridge.. Punya la banyak collection magnet fridge aku simpan konon nak tampal masuk rumah baru nanti so we decide ambil design biasa.. Harga pun murah sikit dari glass collection sebab beza tu aja kan..

Peti sejuk Toshiba

- 5 star energy saving start 430L above
- hybrid guard system 
- hybrid plasma
- 12 years compressor warranty (tapi boleh claim 3tahun sekali je)
- ada award trusted brand 2012
- tempered glass shelf
- no frost

Panasonic inverter tu pun menarik tapi sebab tempat beku dia jenis drawer so aku tak berapa suka sebab susah nak cuci dan limited space.. Tak boleh simpan tupperware dalam tu.. Sayang..  Harap pilihan kami ni betul la.. Mostly kedai suggest ambil toshiba, panasonic dan sharp.. Yang best selling dan harga mampu milik.. Ada juga suggest brand mitsubishi dan hitachi tapi tak tahu la kenapa tak survey pulak 2 brand ni.. Anyway semua peti sejuk sekarang pun okay.. Just depend kat kita nak yang mana.. Susah nak pilih sebab semua pun ok dan rasa semua pun nak..




Mesin basuh LG

Mesin basuh ambil brand LG 10.5kg je.. Mesin basuh tak perlu terlalu spec details sangat.. Janji boleh cuci baju.. Tapi sebab dah biasa guna brand LG so kitorang decide ambil brand LG je.. So far kitorang pernah guna ok laa.. Takde problem.. Orang kedai suggest brand toshiba untuk mesin basuh.. 


TV LG LED full HD

Part TV pula kitorang prefer brand samsung dengan LG.. Kitorang ambil brand LG 42" LED full HD.. Konon mula2 nak ambil 32" je sekali sampai kedai laki aku berkenan 42"... So proceed je la, part TV aku kurang ambil port sebab aku tak berapa suka tengok TV.. Hahah.. So TV memang bagi husband yang pilih.. 


Alhamdulilah, barang asas rumah dah ada so boleh la start duduk kan kalau nak.. Barang elektrik yang lain tu slow2 la beli.. TV kalau nak rumah nampak luas sila la gantung TV korang.. Aku ingat beli TV besar jadi sempit rumah tapi bila gantung macam frame gambar je rupanya.. Hehehe.. 


Lagi satu aku nak share, kalau nak beli barang elektrik murah pergi la kedai ni.. Memang harga murah gila.. Aku compare dengan kedai lain memang beza ratus juga laa.. Contoh TV tu kedai lain aku tengok RM1700+ tapi kitorang dapat RM1300+ Kalau korang beli banyak barang dengan dorang harga boleh kautim lagi tu.. Ni kedai biasa area sg buloh, kedai kecil je sebelah kedai makan rimbun dekat dengan public bank.. Nama kedai aku tak ingat.. Hahaha..


UPDATE;

Nama kedai ni MEGAWATT AUDIO VISUAL AND SERVICE Sg. Buloh.. Sederet dengan bank CIMB, PUBLIC BANK segala... sebelah restoran rimbun.. Rumah mak mertua aku pun banyak beli barang elektrik dekat sini je.. so far harga dia memang berbaloi..


4 comments

  1. kitorang dari tv,mesin basuh,peti semua pakai samsung...hihi

    ReplyDelete
  2. Megawatt ni ahad buka x? Dia buka pukul berapa?

    ReplyDelete
  3. Megawatt ni ahad buka x? Dia bukak pukul berapa?

    ReplyDelete
  4. ada nampak chest freezer kat kedai tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...