Assalammualaikum
Tahu kah anda bahawa khemah majlis kahwin aku hari tu terbang ditiup hujan ribut... aku rilex je dalam bilik tak tau apa berlaku kat luar.. tiba2 je adik aku panggil suruh tengok khemah tapi time tu memang kedudukan dah berubah... nasib baik tak jauh dia terbang... nyaris nak kena kepala bapak aku...
nampak tak meja kerusi sebelah sana.... masa ni mama dengan abah aku tengah lepak kat luar.... tiba2 je hujan ribut so konon berteduh la bawah khemah ni... sekali ribut angkat khemah ni.. abah aku cerita terbang macam payung terangkat kena tiup angin... pastu hempap atas jalan... memang patah terus... habis skirting koyak... apa pun tak boleh... majlis lagi 3hari kalau tak silap time ni... memang risau juga laa.. owner khemah dekat terengganu time ni... dorang pasang seminggu awal... memang lerrr... pasang siap terus pula tu..
pastu pakcik dengan adik2 aku angkat khemah ke tempat asal sebab dah halang jalan orang... khemah sebelah tu yang patah... hari majlis baru owner khemah datang betulkan... tak pasti dia tukar ke apa... yang pasti majlis berjalan lancar... ALHAMDULILAH... syukur sangat... ni dugaan kecil kami..
baru ada memory kan...
No comments