KUMPULAN PENYAKIT SAKIT PUAN
Kanser buah dada
Ketumbuhan pada buah dada
Senggugut
Endometriosis
Endometritis
Ketumbuhan pada ovari
Barah rahim dan pangkal rahim
Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin
Vagnitis-jangkitan / ketumbuhan pada faraj
KUMPULAN PENYAKIT BIASA
Alergik/alahan
Epistaksis (pendarahan hidung(
Gastrik dan ulser
Darah Tinggi
Darah Rendah
Asthma
kan dah kata nak sambung entry sebelum ni... so trex spesifik kan la... penjelasan penyakit yang berkaitan sahaja... huhuhuh...
jangkitan/ketumbuhan pada faraj
wanita mengeluarkan sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan acid-acid yang ada dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan menyakiti dinding faraj.
Sebab
-Pengambilan antibiotik terlalu lama
-lebih tidur
-makanan tidak seimbang
-pil perancang
-faraj
Tips menjaga kebersihan diri:
1. Jangan basah kemaluan dengan sabun, buih dan spray
2. Pakai pakaian dalam yang selesa
3. Tukar pad selalu (dalam masa haid)
4. Kemaluan sentiasa kering
Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin
Kalenjar Bartholin adalah terletak pada dua dinding dalam faraj. Ianya amat sukar dilihat dan jika ada jangkitan padanya. Ia akan membengkak dan bernanah (berlaku selalunya dalam syphllis).
Tanda-tanda:
Kalenjar membengkak menjadi merah dan panas
bernanah
bengkak sebelah
pemeriksaan faraj mesti dilakukan
pendarahan kecil membuang kalenjar yang sakit
Barah rahim (uterine) dan pangkal rahim (Cervical)
Pada tahun 1991 sahaja terdapat 13,000 kes kanser pangkal rahim dan 4,500 daripadanya membawa kematian. Jika digabungkan kanser rahim dan pangkal rahim terdapat 46,000 kes dan daripadanya mati.
Wanita berisiko tinggi mendapat barah rahim:
-berlaku selalunya pada tahap umur antara 55-65 tahun
-Perempuan mandul
-Wanita tiada ovulusi
-Lambat putus haid
-Gemuk
-mengambil oestrogen terlalu lama sebagai rawatan setelah menopause
-Pengidap barah pangkal rahim
-Kumpulan sosio-ekonomi rendah
-Genital Herpes
-Hubungan kelamin terlalu awal
-Banyak pasangan seks
-Coital bleeding Pendarahan selepas menopause (biasanya selepas berhenti haid terakhir)
Ketumbuhan Ovari
Sudah biasa dan berlaku hampir setiap kali berlaku ovalusi. satu lubang akan terbentuk di tempat telur yang telah matang dan mengalami rupture. Kadang-kadang pada pertengahan pusingan ovulusi, lubang yang berkenaan akan memecah menyelamatkan kesakitan yang kuat.
Tanda-tanda biasa :
- Sakit sebelah pada bahagian bawah ari dan selalunya membawa ke arah belakang.
- Terasa loya
- Hilang selepas 3 hari
Endometritis
Ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada lapisan rahim yang dipanggil endometrium selalunya mengiringi kalahiran atau keguguran. Selepas kelahiran normal, darah nifa akan berpanjangan sehingga melebihi 7-10 hari dengan pertukaran warna darah daripada merah kepada warna atau merah muda yang cair atau kadang-kadang pekat dan berbau busuk.
Endometriosis
Rahim wanita mempunyai lapisan yang melapisi bahagian dalam rahim. Lapisan in membesar setiap bulan bagi tujuan penyediaan makanan bagi telur yang sedang membesar. Ia adalah endometrium yang akan membesar menjadi sumber penyediaan makanan bagi janin kelak. Perkembangannya adalah hasil gabungan antara rembesan hormon-hormon tertentu. jika sekiranya endometrium ini tidak digunakan (telur tidak disenyawakan), ia akan dirembesakan bersama darah haid. Endometriosis berlaku apabila tisu-tisu emdometrial berkembang di luar rahim (biasanya di bahagian lain sistem peranakan) seperti di ovari. Ianya kerap berlaku pada tahap umur yang boleh mengandung.
Tanda-tanda biasa :
- Kerap diserang menstrual pain (senggugut(
- Darah keluar banyak atau tempoh berpanjangan
- Sakit besar kemungkinan menghadapi masalah kemandulan
Senggugut (Menstrual Pain)
Ia adalah sejenis penyakit biasa yang dialami oleh kebanyakan anak gadis kerana kesempitan tiub. Kesakitan berlaku di bawah ari-ari sekitar bawah perut dan kemaluan. Kadang-kadang ari-ari seperti hendak jatuh. Tidak berlaku pada wanita mengandung. Tidak diiringi muntah-muntah, demam, perubahan warna pada najis dan tidak diiringi pengeluaran darah yang berbau busuk. Kebanyakan wanita yang belum berkahwin mengalaminya, ia bermula pada permulaan period dan beransur-ansur hilang sehingga 2-3 hari yang terakhir.
Kesakitan yang teruk dan kerap serta tidak diiringi oleh sebarang penyakit lain, dipanggil Dysmenorrhea. Ia berlaku paling teruk pada lingkungan umur 15-25 tahun. Mungkin juga sepanjang tempoh subur wanita. darah/ ultra sound dan laparoscapy adalah dinasihatkan
Langkah-langkah bagi mengurangkan kesakitan :
- Rehat dan berbaring apabila sakit bersangatan
- Tekan pada bahagian bawah ari-ari dengan menggunakan alat-alat yang sesuai
- Jumpa doktor dengan segera jika kesakitan bersangatan
nampak sekarang.... masalah2 yang dihadapi perempuan masa kini??? semua nya punca dari situ... so baik cegah dari terkena...
moral of da story..... guna la foot detox.... huhuhu...
ReplyDeletenak order tp nnt la... huhuhu
erkkk.... detox tu pun salah satu.. tp ni bkn promote detox.. ni kisah lain... HAHAHAHAH
ReplyDelete