melancong ke SABAH

Trip ke Sabah - Tawau dan Semporna

Beberapa hari lepas kami ada trip ke Sabah. Kami cover area Tawau dan Semporna. Dari 19 - 22 jun 2009, 4 hari 3 malam. Banyak aktiviti kami sampai nak shopping pun tak sempat. Pergi pun dalam group yang ramai. Point masa ni just nak having fun with my friends. Coursemate masa belajar gitu tapi tak semua la yang ikut. Memang best sangat dan 4hari tu rasa sekejap sangat. Masa dekat Sabah lain sikit dengan semenanjung, macam blurr sikit mula-mula. Subuh pun awal sangat. Dah la tidur ikut masa semenanjung bangun ikut masa sabah. Pening otak tak cukup tidur. hahahha. Masa kami pergi ni cuaca sana panas gila. Yang gelap makin la burn gelap. haha tapi ada aku kisah? hihi




Gambar sekitar airport dan kami naik MAS. Thank to farah tolong uruskan flight tiket semua. Flight dari KLIA ke Tawau Sabah.

macam nak ke international je gaya nye... HAHAHAH.. tak boleh blah.. ngee~

Heritage Hotel, Tawau 

 


Dekat sana sebenar nya ada member iaitu coursemate kami juga, Liza. Dia memang orang Tawau. Sampai sana dia ambil dan terus bawa ke hotel untuk check in. Kami stay dekat Heritage Hotel Tawau. Urusan sewa kereta pun Liza tolong uruskan. hihih.

Tawau Hillpark


Esoknya 20hb kami ke Tawau Hillpark. Mandi air terjun dekat sini. Liza la tour guide kami sepanjang dekat sana. heheh.. Best gila weh. Kena redah hutan yang tak berapa hutan nak ke air terjun ni.

Lepas mandi air terjun terus ke rumah liza makan-makan. Bapak dia yang masak dah la sedap gila. Mungkin sebab dah kebulur sangat apa ni. hahha. Semua makan selera gila sampai amir pun makan bertambah-tambah. Gambar pakai baju kurung tu sebab parent liza ajak ikut pergi kenduri saudara dorang. Yang perempuan pinjam baju liza la. Yela mana ada orang pergi holiday bawa baju kurung kecuali memang dah plan awal kan. Tapi boleh la merasa kenduri dekat Sabah baaa. heheheh

Trip ke Semporna



21hb tu keluar pagi cari barang sikit then terus gerak ke Semporna pula. Kami kan sewa kereta so drive la dari Tawau ke Semporna. Tawau nak ke Semporna lebih kurang 2 jam juga la. Kami kan ramai so sewa 2 biji kereta la dan konvoi la kesana. Pergi ramai-ramai ni tak rasa penat sangat dan seronok lagi ada la. hahaha

 Perjalanan ke Semporna

Dragon Inn, Semporna

 Gambar atas belakang tu resort kami, atas air



Dekat sana kami stay dekat Dragon Inn, chalet atas laut. Memang cantik sangat boleh tengok gambar atas ni. Sampai je terus check in letak barang semua dulu then terus siap keluar ke Semporna Holiday Resort. Sebab kawasan sini boleh mandi laut. Dia pagar kan satu kawasan laut ni dan siap ada tower untuk orang terjun laut haaa. Budak laki je mandi, perempuan tolong ambil gambar je. muahahhaha. Memang ramai orang, sampai senja juga la kami kat situ.

Belakang tu kawasan orang mandi



Pulau Mabul

Paling best sekali semestinya ke Pulau Mabul. Kalau ingat balik masa ni ya rabbi tragis dan lawak pun ye juga. Student punya perangai kan. Tak plan pun nak ke pulau asalnya sebab bajet nya tak ada. Nama pun student kan. Semua pakej bot ke pulau memang mahal ya ampun la bagi student kan. So kisahnya kami semua sepakat nak juga ke pulau tapi bajet. kah kah kah so survey punya survey dapat la naik bot laju ni. Masa bincang tu tak boleh agak sangat bot apa kan dan ingat tak la jauh mana. Kebanyakkan ambil bot pelancong yang besar tu okay ke pulau tapi kami gamble naik speedboat ni. hahahhahahahaha. Hoi lawak gila ingat balik.

Pulau Mabul

 
Mula naik tu seronok la gelak-gelak lagi siap nyanyi haa sekali dah tengah laut tak nampak darat langsung semua cuak. kah kah kah. Dengan melambung-lambung lagi langgar ombak kan. Mengucap masing-masing. hahahha lawak gila laaaa. Dah la dari jeti ke pulau tu jauh dan lama juga rupanya.

 Sipadan Water Village, Pulau Mabul



Tengok rambut miji pun dah macam apa bot laju gila. Bila sampai tu lega ya amat. Tuhan je tau, nak kata serik tu entah. Bila sampai nampak laut pulau cantik terus lupa pasal kisah atas bot tadi. lawak betul.

Pulau pantai dan chalet dekat sini cantik sangat. Pasir pantai putih bersih. Kalau la kaya dan ada duit nanti boleh la cuba datang stay sini pula. hahha amboi berangan siap. Kami sempat la pergi area resort atas laut tu jalan-jalan je. Pergi juga dekat Sipadan Water Village tu. Banyak bergambar area floating chalet dengan pantai. Souvenir pun ada, dorang jual dekat rumah-rumah penduduk sini. Boleh lalu susur perkampungan sini. Habis pusing kami lepak pantai menyalai badan. heheh. Air jernih sampai ke dasar duk ingat kan cetek. No no! Dalam kot.. orang tu bagitau. Ada kawasan tertentu je kalau nak mandi pun untuk keselamatan.

ku ukur nama ku di pasir putih.. eceh... HAHAHAAH... ayt xleh blah... ngokngek tol... hahhahaha...



sekian.... sgt HAPPY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! blogger-emoticon.blogspot.com



2 comments

  1. best la...ini yg membuatkan sis tak sabar nak ke Sabah next week....

    hope happening macamana trax holiday tu!

    itu holiday with kengkawan erk...bagus la uoallsss sepakat.

    ReplyDelete
  2. siyes best gle... mcm nak g lagi je... hahahahahaah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...