Resipi dan tips masak peria katak

Pertama kali aku masak sendiri peria goreng telur ke apa nama nya ni haaa.. Biasa makan pun mesti peria campur telur kan. Nak sedap telur masin kata nya tapi ni sebab macam risau campur cuak sekali hahahha rentetan berat naik mendadak dan nurse kk suruh minum air gula esoknya. Maka pulun la aku cari peria nak masak. Kalau nak jadikan ubat kencing manis kena biar rasa kelat dan pahit peria tu baru la kira ubat. Kalau hilang terus pahit peria tu dah bukan ubat. Tu kira lauk sedap haaa.. heheheh Nasib aku dah biasa tengok orang masak peria cuma tak la nak masak sendiri sebelum ni kan. So aku share resipi simple aku ni.

Petua turunkan gula dalam darah - peria



Bahan masak peria

- Peria katak (sedap jenis ni) guna sebiji cukup la
- bawang merah atau bawang besar
- bawang putih 2 ulas
- telur 2 biji
- bawang merah 1 biji

Cara masak peria

1) Peria dipotong nipis dan buang biji dalam dia tu dan rendam air garam biar setengah jam tapi aku rendam kejap je nak biar ada sikit rasa pahit kelat tu.
2) Bawang besar/merah dan bawang putih cincang halus
3) Potong nipis cili merah
4) Tumis bawang semua tu dengan sedikit minyak
5) Masuk kan peria yang dah siap rendam air garam hingga masak
6) Baru masukkan telur dan hancurkan
7) Masuk cili potong, garam secukup rasa


Pulun tau aku habiskan peria ni lepas tu esok tawakal je minum air gula. Nurse KK cakap kena tunggu result seminggu dan kalau dalam seminggu KK tak call tu kira gula ok. Ni dah seminggu tapi tak dapat call pun dari KK so aku assume semua okay Alhamdulilah. heheh


6 comments

  1. Peria katak ni lagi pahit dari peria yang biasa tuh ke? sedapkan yang pahit2 tuh. Aku pun suka babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x suka tapi sebab fikir nak kena minum air gula dan taknak sangkut so telan juga laaa yang pahit sikit. Makan dekat kedai ok je laa xde pahit..

      Delete
  2. emm. sedap ni.Pernah masak sekali je. Stok peria ni,kalo ina beli wat stok.Suami pula p bedal wat jus.. ayoo

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaa pahit2 lemak,feveret dr zaman remaja sebab nenek tanam sendiri hehehheh

    ReplyDelete
  4. Arghh xleh makan la , pahit sobss

    ReplyDelete
  5. masa pregannt ni memang suka makan peria, tak preg tk berapa suka..hahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...