Trip ke Kota Kinabalu - Makan Seafood di Pasar Filipina (Part 1)

Cuti panjang kali ni ke Kota Kinabalu Sabah. Tahun ni paling banyak berjalan Alhamdulilah rezeki. Aku tak pasti macam mana nak mula cerita pasal trip ke Kota Kinabalu ni sebab memang lama betul aku dekat sana. Seminggu juga so aku akan cerita ikut tempat yang aku pergi tau sebab memang trip kali ni kira trip relax dan santai je. Tak pulun macam trip biasa yang padat setiap hari. Banyak masa dekat sana.

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu


Anak aku ni hari-hari minta naik super wings (flight) siap minta mama abah dia go work cari duit lepas tu beli tiket super wing. Ehhh tau pula kena kerja dan dapat duit beli tiket. hahahha. Kali ni memang tak cakap langsung dekat dia nak pergi jalan sebab kalau dia tau awal-awal jenuh setiap hari dia tanya. Mak kau hijau nanti stress kena soal. hahha. Kami laki bini bagitau dia pun 2 hari sebelum kot lepas tu tunjuk tiket super wing. Dia punya excited ni lawak gila. Dia siap cakap "waaaa abah dah ada duit beli tiket superwing la" gggrrrrr yang geram dia siap minta beli mainan sebab dia cakap mama pun dah ada duit. hahahah psycho lagi anak. Setiap kali dia minta mainan aku cakap mama belum ada duit kena go work dulu so lepas dia nampak tiket superwing terus dia ingat kami ni ada duit siap minta beli mainan. Baiklah nak.



Trip ni kami beli tiket sebulan sebelum dan ikut date laki aku. Kalau ikut weather forecast memang dah sedia maklum cuaca hujan semua so sediakan payung sebelum hujan la gitu. Tak kisah la bab cuaca tu janji boleh bercuti. Anak aku ni dah biasa naik flight so Alhamdulilah okay je.



Aku rasa ada betul la juga tips kebanyakkan orang share pasal kena dedah kan anak awal-awal. Dulu aku pernah baca tips nak anak behave kalau travel kena dedahkan dari kecil. Asyraf dari baby aku bawa je berjalan. Masa kecil susah la sikit tapi lama-lama nampak dia okay tak cranky. So bagi aku kajian tu proven dari pengalaman sendiri. Nak anak behave kena biasakan dan bagi aku as long dia tak mengamuk dan menangis tanpa sebab tu kira bagus dah. Kalau melasak tu pula bagi aku normal budak aktif. Nanti aku share tips handle anak masa travel kalau ada kelapangan. 



Tiket flight ni beli asing dengan husband aku tapi flight yang sama la. Memang last minute plan maka harga tiket tak murah la untuk 2 orang. Perit pedih je tengok harga sebab boleh dapat tiket ke Hong Kong atau Perth dengan harga tu okay. hahahhaha..



Pasar Filipina Kota Kinabalu - Seafood


Hari pertama dekat sana lepas check in hotel KK Times Square. Kami keluar cari makan dekat pasar filipina yang memang antara tempat utama pelancong. Sampai pun dah malam lepas check in terus keluar cari makan je la. Kalau ikutkan aku dah kenyang makan dalam flight tapi okay la keluar jalan-jalan takut malam seterusnya tak dan nak pergi dah ke kan. Lagi pun sepanjang dekat sana musim hujan so bila masa hujan berhenti la boleh keluar berjalan kan. Masa kami sampai tu still hujan tapi dah tak lebat so boleh la redah. Tapi pasar filipina ni kalau hujan lecah gila kot so tak syok sangat nak survey dan kedai banyak tutup musim hujan. Dorang cakap pelanggan pun kurang kalau hujan.


Anak aku ni pula sejenis penggeli tahap apa pun aku tak pasti. Sah ikut bapak dia la kot sebab mak dia okay je berselut ke apa. heheh Bila sampai sana tengah hujan lecak dia taknak langsung jalan. Hey spoil tau sebab makpak dia dua-dua dah penat gila kot nak kena dukung dia lagi.. Dia minta stroller tapi macam mana nak tolak dalam keadaan becak hujan renyai. Apa boleh buat datang musim tak kena kan. hihih Pengalaman la juga ni. 



Sayur dekat pasar filipina ni memang murah gila ya amat. Aku rasa macam nak borong tapi tamak sangat nak buat apa. hahah Geram tengok murah-murah. Ni antara yang sempat aku snap masa lalu dan banyak gerai tutup. Hujan kan kita nak jalan pun susah. Aku tak sempat nak ambil gambar elok-elok sebab dengan budak kecil tu lagi merengek taknak masuk sebab dia geli lecak. aduhhh. standard la bila hujan kan..


Niat kami masuk pasar filipina tu untuk makan seafood. Yaaa dekat sini memang terkenal juga dengan seafood segar. Boleh pilih dan minta nak masak macam mana atau kalau nak yang dah ready masak pun ada boleh pilih. Itu murah sikit macam gambar dekat atas tu. Seafood dah siap bakar. Aku ni bukan pemakan seafood pun hahaha so macam okay laaa beli untuk rasa-rasa. Laki aku ada tolong habiskan. hehe



Masa ni aku tak bebas sangat nak usha kawasan sekeliling sebab anak aku taknak turun jalan so masa sampai tu terus cari tempat duduk dan memang tak gerak la sampai balik. Tu yang bagus nya pergi tempat macam tu. Dia tak berani turun jalan so senang nak jaga. hahahha. Ohhh lupa kalau datang sini boleh cuba sekali kepak ayam bakar. Sedap.. hahah gigih cari kepak ayam padahal dekat semenanjung pun banyak tapi tak pula aku beli. heheheh Perangai sangat.

So hari pertama memang travelling dan makan seafood dekat Pasar Filipina je. Nak berjalan-jalan pun tak selesa sebab hujan dan lecak. Kedai pun banyak tutup masa tu. Lepas makan terus balik rehat. Takpe memang lama lagi dekat sana. heheheh. Tengok anak bujang duduk. Kaki pun tak sanggup letak bawa. Stress maknak... Ni aku rasa kena bawa trip ke bendang sekali pastu campak dalam tu bagi dia rasa sikit selut tu. hahahhaha kejam gila tak.


Hari kedua di Kota Kinabalu


Hari kedua tu buka mata je pagi tu terus minta berendam dalam bath tub. Masa ni aku tak berapa larat nak berjalan sangat macam tak selesa. Pregnant kali ni uri bawah so tu antara sebab juga la doktor kata. Oh yaaa masa nak fly ni aku dah minta surat doc dan check condition semua. Semua ok cuma doktor pesan jangan lasak je la.




Tapi kalau dah nama kaki jalan, rasa nya boleh ke duduk diam dekat hotel lagi-lagi shopping mall depan mata ni. Maka nya aku bagi anak aku berendam puas-puas lepas tu ajak dia berjalan. hehehe. Bapak dia ada kerja sikit so kami berdua je laa berjalan.


Sebelum nak jalan tu kita makan dulu dekat kedai bawah hotel ni. Kedai Warung Padang Jawa. Aku macam dah tersuka semua lauk dekat sini je. Kalau pagi-pagi ada nasi bungkus dan aku ingat nasi bungkus macam nasi lemak ke sekali dia cakap nasi kuning dengan ayam merah. Okay la cuba juga beli dan memang sedap laaa.. Asyraf pun makan banyak. hehehhe. Sebelah kedai ni ada kedai mamak juga kalau suka makanan mamak. Ni yang betul-betul bawah hotel KK Times Square.





Gambar nasi kuning bungkus tak semengah haa sebab memang dah bungkus siap kan. Biasa breakfast aku tapau makan dekat bilik. Lunch lak aku memang order ayam penyet. Sedap weh. Memang betul-betul taste aku laaa. So sepanjang dekat sana aku rasa aku makan 2 jenis ni je tak jemu. Lepas tu air pula ulang air suam madu lemon. perghhh cakap.. sedap.. Banyak je menu lain tapi dah suka 2 jenis ni so duk ulang ni je masa kat sana.


Imago Shopping Mall 



Shopping mall ni agak besar okay dan hari kedua tu aku gamble je jalan dengan anak aku tak bawa stroller sebab biasa bawa stroller kalau bapak dia ada je. Tapi masa ni agak menyesal tak bawa stroller sebab dia pun tak larat nak jalan. Pusing sikit je lepas tu dia nampak train ni. Ada charity event bermaksud bayar naik train ni seikhlas hati masuk tabung yang disediakan. Okay la kami tunggu naik ni je 1 round. Pusing 1 floor mall tu.





Habis pusing budak kecil ni dah mula emosi sebab dia dah ngantuk. Waktu dia tidur kan. Terus jalan balik je la. hahhaha.. Tak ada apa yang menarik sangat pun balik lepak hotel je. Tapi kali ni aku tak pasti kenapa nikmat dapat santai dekat hotel tu lagi best. Mungkin sebab mengandung ke faktor usia? Jadi tak berminat nak berjalan padahal kalau ikut biasa aku sure jalan pusing KK sendiri dah tu kalau free. Budak kecil ni senang je kalau taknak dia meragam makesure dia kenyang dan cukup tidur. Kalau dia lawan tidur pun paksa juga tidur nanti ceria dan behave laa dia. hahahhaha.


1 comment

  1. Sedapnyaaa seafood! Klau dapat ni memang pulun ni :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...