Trip ke Kota Kinabalu - Kinabalu Pine Resort & Desa Dairy Farm Kundasang (Part 5)

Lepas check out dari Celyn Resort Kinabalu kami terus keluar berjalan. Tengok cuaca okay pagi tu terus plan ke Dairy Farm sebab situ memang wajib pergi kalau ke Kundasang sebab paling cantik ala-ala New Zealand gitu. Tempat lain kalau tak pergi pun takpe kalau dekat Kundasang ni janji masuk Dairy Farm hahahha. Sebelum sampai ke Dairy Farm akan lalu Kinabalu Pine Resort. Ni antara resort yang top dekat Kundasang dan masa kami pergi ni fully booked. Lokasi resort ni sangat la dekat tepi jalan dan view dia subhanallah cantik sangat. So kami stop bergambar je dekat situ sebab nak stay sana penuh kan. Sini pun salah satu tempat kalau nak bergambar dengan view yang cantik dekat Kundasang ni.

Kinabalu Pine Resort



Aku tengok ramai je orang masuk sini untuk bergambar sebab ada satu deck tempat port bergambar dengan view yang cantik.Sepatutnya belakang tu gunung kinabalu tapi tak nampak pun puncak sebab dilitupi awan dah masa ni tapi cuaca kira okay tak hujan masa ni. Angin je kuat.


Aku macam suka je resort ni, kalau ada rezeki nak stay sini pula la. hehehhe tapi mungkin kena try call direct sebab kalau online manjang aku tengok fully booked. Lepas tu kalau stay sini biar lama sikit ke kan sebab cantik dan lokasi dia dekat dengan semua tempat. Sebelah tu perkampungan dah so tak seram sangat. hahahahha Jadi cantik pula dengan pemandangan kampung belakang tu. Nak bawa baby pun aku rasa okay sini dari Celyn sebab kedalam hutan dan atas bukit. fuhhhh..



Cantik kan gambar-gambar dekat sini. hihihi... Semua gambar bertiga aku letak. Sweet happy family gitu. Gambar atas ni pula resort Kinabalu Pine tu. Cantik warna dia pun putih biru dan juga pintu masuk ke resort ni betul-betul tepi jalan utama. Ke kiri tu ke pekan Kundasang kalau ke kanan tu jalan ke Ranau.


Laki aku suruh ambil gambar dengan pokok tu sekali ada budak sibuk nak bergambar juga. hahahaha Mana boleh bergambar takde dia. hehe. Kejap je dekat sini sebab nak ke Dairy Farm tu pula sebelum cuaca berubah kan. Memang doa bebanyak minta cuaca elok masa ni. hihih Sepanjang dekat sana aku sentiasa check weather forecast okay. hahahha Memang pasrah je laaa. Kalau ada rezeki ada laaa.


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Dari Kinabalu Pine Resort akan lalu pekan Kundasang dekat roundabout dan juga akan lalu War Memorial Kundasang tapi tak nak berhenti lagi sebab nak tuju tempat utama tu dulu. hihih Gambar pun malas nak ambil masa ni masa lalu pekan tu dan pasar situ pun tak ada orang sangat. Mungkin awal sangat atau memang banyak tak buka tu aku tak pasti. Gerai jualan situ macam gerai atau pasar dekat Cameron Highland tu je, tu yang malas nak berhenti. heheheh. Area pekan Kundasang ni korang akan jumpa banyak replika besar sayur macam kubis.. nenas.. jagung ke apa entah lagi tu. hehehe.



Masa on the way nak ke Dairy Farm ni dah nampak sekumpulan lembu comel tu dan ramai orang berhenti bergambar tapi angin lintang dekat sini weh. Asyraf pun macam nak terbang je dekat sini. Seram juga sebab angin kuat semacam tapi sebab gatal nak bergambar gak so berhenti juga. hahahah tapi lepas tu cepat-cepat masuk kereta balik sebab dah cuak angin kuat sangat. Kawasan ni atas bukit lapang dengan pemandangan gunung ganang. Cantik sangat.


Masa ni kereta tengah beratur nak masuk Desa Dairy Farm ni. Bayaran masuk pun dekat sini dan dekat laluan tu ada air. Macam cuci tayar kereta la sebelum masuk sana gitu. Sempat aku keluar kereta bergambar kan. hahahah Masa ni tak panjang lagi kereta beratur masuk sebab awal pagi lagi. Tiket masuk Desa Dairy Farm hanya RM5/adult, Asyraf free lagi masa ni kalau tak silap.




Walaupun aku cakap masa ni tak banyak kereta tapi bila masuk dah panjang juga orang dah start parking. Lepas tu dah start nampak kaki gunung Kinabalu walaupun puncak masih tertutup terus ambil gambar. Bila-bila ada peluang bergambar dengan gunung kinabalu mesti amik gambar punya walaupun dekat parking kereta. hahahahah Angin kuat betul weh masa ni. Risau hujan lebat je tu yang cepat-cepat jalan masuk sebab nampak langit mula gelap.



Dekat batu ni ada ni je gambar yang tak ada gangguan belakang. Susah nak dapat gambar dekat sini yang kosong takde orang tapi hey muka aku kenapa macam tu. Haihhhhh... layan je la kan. Orang makin ramai dah masa ni so sambil lalu bergambar je. Angin kuat lagi.


Gambar ni cantik.. heheheh... I like sangat walaupun nampak sangat tengah cuba control si kecil tu. Sibuk nak ikut abah dia panjat batu tu. Angin kuat weh so mata tu terkebil-kebil je ambil gambar. hahahah.. Nak kena pergi lagi please.. InsyaAllah kalau ada rezeki. Dapat bergambar dengan cuaca elok ni pun dah bersyukur tau. Risau sangat kalau tak dapat bergambar dekat sini. hehehe. Macam New Zealand ke idok?? Nak pergi NZ tak tau zaman bila kan. hahha so ambil feel dekat sini pun cukup dah.


Asyik gambar kami je kan. Nah share juga gambar sekeliling masa ni. Ramai juga orang dalam ni. Kami parking luar sebab dalam ni dah penuh padat. Tengok masa masuk macam tak ramai rupanya ramai dah kat dalam. hahahahha



Semangat bergambar belum lagi masuk kawasan dalam kan. Kat sini boleh beli fresh milk juga. Ada aiskrim dan juga yogurt. Kami masuk tengok lembu dulu baru beli aiskrim dan air.




Mula-mula masuk pergi dekat anak lembu dulu. Anak aku yang sentiasa dengan botol susu dia tu terus suruh sorok botol dia sebab dia takut lembu ambil minum. hahah kelakar betul sebab dia tengok orang ramai bagi lembu tu susu guna botol kan. Dia ingat macam sama botol dia kot. haaa baru dia tau. hahaahah Kalau tak susah nak berpisah dengan botol.



Kawasan sekitar Desa Dairy Farm ni memang cantik sangat. Rasa semua tempat nak bergambar. Kalau stay sini sehari pun takpe sebab cantik. Sejuk dan nyaman je. hehehehhe Memang kami duk dekat sini agak lama sampai aku sendiri letih la berjalan. hahahha Budak kecil tu dah mula meragam sebab nya dia dah tak larat. Dia dah minta stroller tapi memang kami tak bawa la.





Dah masuk kawasan kandang lembu ni mesti la ada bau. Si kecik tu dah bising sebab dia kan penggeli. hurmmm... Bising ajak balik dah so kami masuk ke kawasan bangunan pula la untuk beli susu dan cari makan apa ada. Semua tuju situ so kami ikut je la. Sekali masuk haaa ramai gila orang beratur beli susu dengan aiskrim. Aku ingat dah malas nak beli sekali anak aku nak juga sebab dia tengok ramai orang makan so beratur la juga beli. hahahah Nasib baik laa anak aku minta. Sedap betul aiskrim dengan susu beli sini. Sebab beli brand sama dekat shopping mall KK rasa biasa je. hahahah Over kan? Fresh habis la konon padahal dah penat jalan so dapat makan memang semua pun sedap. Kat sini juga ada kedai souvenir so aku beli la gak 1 magnet fridge minta laki aku belikan. Aku dah penat masa ni sebab dah dapat duduk dekat bangku situ jadi malas nak bangun.



 aiskrim sedap.. terus budak ni okay balik.. hahahah




Dah habis pusing, boleh dah balik. hahhaah nampak langit makin gelap tu. Alhamdulilah sepanjang dekat situ tak hujan dan masa nak balik tu angin makin kuat. Boleh tengok pokok belakang tu macam nak tumbang dah haaa.. Budak kecil tu dapat aiskrim terus dia tak heran makpak dia dah maka nya makpak dia sakan la bergambar. hahahhahaha Kalau tidak semua gambar dia nak join haaa.




Puas hati sangat dapat datang sini dengan cuaca kira baik laaa ni dari hujan lebat. Dapat juga gambar gunung kinabalu semua. Masa nak gerak balik dari desa dairy farm ni. Nampak kereta jem nak masuk sini panjang gila dari simpang bawah okay. Panjang sangat-sangat sebelum masuk pintu utama lagi. Masa kami datang tu tak banyak pun dalam 5 buah je beratur masuk tapi ni jem sepanjang jalan. Mungkin orang ramai tengok cuaca baik so baru nak keluar jalan. Macam kami ni aci redah je check out awal sebab nak berjalan. Nampak jem teruk tu terus rasa lega sebab datang situ dulu dari pergi tempat lain. Hahahahah Next boleh laaa pergi ke tempat lain pula.
 

10 comments

  1. Hahahahaaa tahu pun takut lembu hisap botol susu dia

    ReplyDelete
  2. bestnya...cantik semua gambar2 ni tau.. harap satu hari pon bole p sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH.. ni pun lama dh teringin dan br smpi

      Delete
  3. best yer tengok gambar2, wishlist nak ke KK tahun 2017,kena carry forward 2018. hehe

    ReplyDelete
  4. Teringatnya dulu pergi kundasang waktu umur 12 tahun.masa tu kabus tebal sangat sampai nak turun pon takut.rindunya..

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. Wish list 2018 untuk pergi sini...hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...