Rahsia Tomyam Thai sedap kaw kaw

Thai Tomyam Kaw kaw


Menu wajib kalau keluar makan mesti nak order tomyam thai sebab antara menu menaikkan selera kan. Tapi depend pada kedai juga ada tomyam sedap dan ada yang kurang sedap. Kalau teringin sangat aku suka tomyam kung secret recipe sebab biasanya memang kaw la cuma sedih la sekarang makin mahal. Tapi bila time teringin tu pergi juga, mahal pun belasah je. hahaha


Kita pendekkan cerita baru ni aku tertengok orang viral pasal resipi tomyam thai, dia guna pes dari thai yang kaw tu. Biasanya aku tak kan tergoda sebab aku ni sejenis yang susah nak ubah sangat cara masak dan bahan aku guna. Aku mesti guna yang biasa juga macam contoh tomyam, selama ni aku hanya guna pes tomyam adabi tu je. Takut nak guna pes lain, takut tak jadi sayang je buang tak makan. Walaupun aku yang masak kalau tak okay aku sendiri tak akan makan. hahahha Teruk kan. Ramai je member aku share pes tomyam lain tapi tak rasa nak cuba, balik-balik guna pes yang sama sebab serik pernah try tukar tapi tak okay dekat tekak aku terus buang seperiuk kot! huhuh



Pes ni aku cuba sebab makcik aku bagi try, actually ada beberapa jenis yang lebih kurang sama dengan yang ni. Memang dari Thailand dan semestinya HALAL ye. Area Kelantan atau Kedah senang la dapat sebab jiran je kan. Masa pertama kali nak try ni lauk dan sayur memang aku kurangkan takut tak okay kang buang membazir je. Sikit je portion aku masak ni. Sekali nahhhhh kau sedap gila ya rabbi! hahahahha sebab letak udang kan lagi la terasa kawww tu macam tomyam kung secret recipe. Kuah pun nampak pekat dan cantik je kejadian nya. Baru nak campak cili padi tapi tak jadi sebab dah pakej pedas kawww. Aku memang masak simple dan tak tambah cili boh ke apa tau. Tapi pes tu dah cukup rasa memang terbaik. Terus ku pandang sepi pes tomyam adabi setangah papan aku borong aritu. Apa la nasib mereka. hahahhahahah

Resipi Thai Tomyam


Nak resipi? Bolehhhhh tapi ni cara #dapurathirah


Bahan-bahan 
  • Bawang besar 1biji
  • Bawang putih 3ulas
  • ayam/udang/sotong/daging
  • Serai ketuk
  • Pes tomyam (PENTING)
  • Daun limau purut
  • Sayur (Cili merah /tomato/bunga kubis/ carrot/ baby jagung)
  • Air
  • Garam /gula

Cara-cara
  1. Ketuk bawang putih, serai dan daun limau purut ke dalam periuk dengan air secukupnya
  2. Masukkan pes tomyam sesedap rasa, kalau nak kaw masuk lebih. Aku guna 2 sudu besar pes
  3. Masukkan lauk yang dah dipotong kecil
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, bunga kubis, carrot dan baby jagung
  5. Tambah garam / gula secukup rasa. Aku tak guna cili padi sebab dah memang pedas tapi kalau nak lagi kaw boleh ketuk cili padi masukkan
  6. Akhir sekali boleh masukkan tomato
  7. Siap!

Aku suka masak tomyam sebab senang, rebus je semua dan tinggal. Ikut aku campak je semua tapi sebab nak tulis elok-elok ni macam kena susun ayat sikit kan. hahahhaha

Rahsia nya adalah PES THAI TOMYAM ni laaa... kalau nak tomyam korang kaw-kaw meletup berapi. hehehhehe. Bahan aku guna simple je tau sebab kalau ikut resipi lain suka letak susu la santan la cili kering la. uihhhh seram pula rasa. Untuk permulaan boleh cuba masak simple macam ni lepas tu kalau nak upgrade berlemak ke boleh la tambah santan ke susu. Ikut suka hati korang la. hehehhehe


Selamat mencari pes dan selamat mencuba. hehehhe

7 comments

  1. sedappp tomyam my favourite food ..makan dengan nasi goreng pun sedapp

    ReplyDelete
  2. err kalau duduk kat KL nak carik kat mana pes tu ek. setakat ni nurin beli pes yang warna purple kat tesco, tak igt nama apa tapi penah ada recommend from one blogger gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba search online rasa ada sebab aritu mula-mula nak beli online tp x jadi.

      Delete
  3. dah lama juga tak makan tomyam ni rasanya.

    ReplyDelete
  4. feberet tomyam..setiap kai keluar makan..mesti order tomyam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...