Resipi paprik ayam mudah dan cepat

Bulan puasa ni orang suka cari resipi mudah dan cepat lagi-lagi yang bekerja kan. Balik dah pukul berapa lepas tu nak kejar masak untuk berbuka lagi. Biasa on the way balik kerja aku pun google resipi paling mudah dan cepat untuk dimasak. Kebanyakkan resipi aku tak menggunakan banyak bahan dan rencah.


Paprik ayam




Bahan-bahan

1) Bawang merah 4biji
2) Bawang putih 2ulas
3) Cili padi 3biji
4) Serai (ketuk)
5) Sayur - bunga kubis, carrot, baby jagung
6) Bawang besar (dimayang)
7) Cili merah
8) Daun limau purut (dicarik)
9) Tomato
10) Sos cili
11) Sos tomato
12) Sos Tiram
13) Kicap
14) Ayam potong kecil
15) Air
16) Minyak
17) Garam

Cara-cara

1) Bahan 1-3 ditumbuk lumat dan ditumis dengan sedikit minyak
2) Masukan ayam dan gaul sehingga air ayam kering
3) Masukan semua sos ikut selera masing-masing (bahan 10-13) sesedap rasa dan kemudian tambah air
4) Masukan semua bahan lain kecuali tomato. Tomato masuk last-last
5) Tambah garam sesedap rasa dan siap



Aku punya style masak selagi boleh campak semua aku campak je semua. Ada ikut prosedur jenis sayur mana dulu mana kemudian ke. Tapi bab lauk kena keringkan air tu kekadang aku buat kekadang tak. Aku terus campak je semua sekali kalau nak cepat. heheh atau ada yang rajin rebus lauk asing. Macam sotong, udang, dan ayam rebus asing dan toskan. Dan baru masukan dalam paprik tu sebab nak hilangkan air lauk taknak ada bau kan. Terpulang


2 comments

  1. I love it, I always use paprika in preparing my dish! thanks for sharing! :D

    Is Blogger Underappreciated?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...