Proses beli rumah subsale tanpa agen

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Agak lama sebenarnya aku peram entry ni sebab tak pasti perlu share ke tidak sampai la masa aku nak beli rumah lain baru ni aku tercari-cari balik prosedur beli rumah. So nak senang kan aku di masa depan aku rasa nak share mengenai prosedur dan pengalaman sendiri beli rumah. Ni pengalaman pertama aku beli rumah secara subsale bermakna beli rumah dari orang bukan dari developer so maknanya ni throwback beberapa tahun yang lepas.. hahahah.. Jenuh gali email check document.

(google image)

1) Periksa kondisi rumah

Kalau nak beli rumah subsale ni mesti korang dah ada target area dan harga so itu memang benda utama la kan. Tapi lepas dah jumpa rumah yang berkenan. Wajib pergi melawat sendiri rumah yang korang berkenan tu. Contact tuan rumah atau agen jual rumah tu untuk buat temu janji. Penting untuk tengok condition rumah sebenar. Biasa dalam iklan memang semua nya lawa sekali melawat haaa paip bocor la tersumbat la.. Dinding rosak la.. Kalau ada benda rosak tanya je owner/seller tu dorang akan repair ke tak. Point 1 ni paling penting sebelum korang nak decide untuk beli. Jangan lupa juga tanya segala oustanding bill yang ada dan perlu.


2) Surat Tawaran Membeli - Intention to Purchase (Purchaser & Vendor)

Lepas dah confirm nak rumah tu, kami ada sign surat "Intention to Purchase" antara purchaser dan vendor. Dalam surat tu akan bagitau detail mengenai harga rumah, lokasi, renovation yang dah dibuat dan bayaran 10% lepas sign SPA. Surat ni paling penting untuk korang guna apply loan dengan bank. Kalau yang bayar deposit makesure stated sekali deposit dipulangkan kalau bank reject loan tapi ni atas budi bicara agen/owner tu juga. Ada yang kejam memang burn la deposit. Pilihan korang juga.

Sefaham aku kalau beli rumah perlu atleast 3% deposit paling sikit untuk booking dan 7% bila sign SPA kan tapi ni standard kalau beli dengan agen. Macam kami ni rumah tu beli direct owner bukan agen so lagi la senang cuma semua pun sendiri. Memang standard 10% bayar owner dan 90% bank loan kan. Alhamdulilah rezeki jumpa owner pun baik memang dia tak minta deposit atau booking pun.. Dia suruh bagi home loan lepas dulu baru bayar 10% tu. Kondisi rumah sangat la cantik dan kemas. Like new sebab owner pun jarang duduk rumah banyak travel so rumah cantik sangat. Aku banyak kali tanya betul ke tak perlu deposit sebab risau takut orang lain dapat. hahaha..

Owner juga akan bagi copy SPA asal untuk tujuan permohonan home loan. So nanti bila nak apply loan akan bagi sekali surat "Intention to Purchase" dan copy SPA asal owner.


3) Permohonan Bank Loan

Kami ni beli tak guna agen so part ni pun kena usaha lebih. Kalau guna agen kata nya agen akan uruskan bank loan korang. Macam kes kami ni, kena walk in setiap bank untuk apply loan. Tips yang aku boleh share adalah makesure korang apply loan yang dekat dengan lokasi rumah yang nak dibeli tu. Setiap branch bank akan ada home valuer dia sendiri. Bank yang dekat dengan lokasi sekitar je yang akan tau mengenai status nilai rumah tu dan secara tak langsung memudahkan urusan permohonan loan. Kenapa aku cakap macam tu? Aku pernah cuba juga apply bank yang sama tapi branch yang berbeza so dapat result pun berbeza.. Belajar dari pengalaman. Penting juga sebab ada kes harga rumah 120k tapi bank value (market value) baru 100k so macam mana nak beli kecuali korang sanggup bayar lebih. Makesure bank value lebih dari harga rumah yang nak dibeli tu. Contoh harga rumah 120k tapi bank value 150k so korang selamat la dan peratus nak lulus pun insyaAllah senang.

Normally loan 90% dan akan ada MRTT dan legal fee (lawyer bank). Ni ikut korang sama ada nak masuk sekali dalam loan atau bayar asing. MRTT dan legal fee biasa nya 5% dari harga rumah.

Bila loan lulus akan keluar offer letter yang perlu korang sign ye.


4) Lawyer SPA

Bila loan dah lulus korang perlu kan lawyer. Lawyer ni akan uruskan SPA dokumen semua. Tapi dari mula-mula nak beli rumah ni aku dah contact dan deal dengan lawyer ni. Dia yang banyak advise kami apa perlu buat semua tu. Lawyer ni juga adalah lawyer owner rumah tu. Baik kan? hahahha Ni kira win-win situation juga. Memudahkan semua urusan jual beli. Alhamdulilah semua dipermudahkan. Bila dokumen SPA siap sekali lagi korang kena sign dan masa ni baru bayar 10% balance tu. Alhamdulilah jumpa orang baik-baik sepanjang urusan beli rumah ni. Kami dapat rumah ni cantik dan no oustanding bill. Tuan rumah tu siap tolong bayar maintenance fee lebih. Lepas urusan ni korang boleh bertenang sebab lawyer yang akan uruskan hal-hal lain. Dia akan minta dokumen yang diperlukan tu awal-awal.

Lawyer fee untuk SPA lain ye. Yang ni memang tak boleh masuk dalam loan so kena keluar duit sendiri. HAHAHHA... Lawyer akan bagi quotation based on harga rumah tu.


5) Serah kunci

Kalau tak silap aku lebih kurang 6 bulan juga proses dari sign surat Intention to Purchase tu sampai la dapat kunci. Masa ni lawyer akan jumpa dua2 pihak. Kami dan owner rumah tu untuk serahan baki 90% dan kunci rumah. Masa ni lawyer akan explain geran dan status rumah semua dah tukar hak milik dan semua dokumen berkaitan diserahkan kepada kami.


Ni aku cerita dari pengalaman sendiri beli rumah tanpa melalui agen. Memang pada mula ramai agen rumah yang cuba approach kami tapi aku rasa macam lagi leceh je guna agen sebab mostly dokumen kita kena isi sendiri juga. Kesimpulan nya nak beli rumah kena standby duit untuk deposit dan lawyer fee sahaja. Yang lain boleh masuk dalam loan.








14 comments

  1. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  2. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  3. Hi tuan/puan,

    Nak tanya. Saya pun baru nak membeli rumah direct dengan owner. Tp puan kata ada sign intention of purchase.

    Mana boleh dapat ye agreement tu?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat tu buat sendiri pun boleh tapi makesure both (puan dan owner rumah) tu sign. surat tu apa yg sy faham untuk ada bukti owner tu nak jual rumah dgn harga 140k contohnya so dia x boleh nk tkr harga kemudian. xnk ada conflict of interest nanti.

      Delete
    2. salam.. saya nk mintak puan berkongsi ilmu.. surat sales of intention tu draft sendiri pon boleh kan.. lps tu perlu tak matikan stamp bagai?.. thanks in advanced!!

      Delete
  4. Betul tu, bagus perkongsian athirah...lebih kurang caranya mcm kami beli rumah undercons direct developer (tanpa agen juga)...wpun ada lawyer dan bank panel mereka...tapi kami banyak bergerak sendiri hantar all loan process ke bank2 lain juga...utk lihat perbandingan luar bank lain bagaimana...lawyer process pun cepat...tak sampai 2 bulan all process settle termnasuk S&P dan KWSP pun lulus dikeluarkan tak sampai 4 hari dari tarikh hantar.

    Yang penting duit muka paling tidak nak selamat 20k kena standby dalam tangan jika pemaju, owner hendakkan deposit + lawyer fees + balance deposit...ada duit, semua proses laju.

    By the way, nak share sikit about ccris. If tak ada rekod, tak ada hutang langsung, mulakan saving baik di bank, buat kerja lebih dari 1...nampakkan money cash flow baik tiap bulan...insyaAllah loan some bank lulus tanpa di sangka...my experience!

    ReplyDelete
  5. Biasa berapa lama tempoh untuk bank luluskan loan?

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Saya pun dalam proses beli rumah subsale direct owner.
    Kebetulan owner jual rumah bawah dari harga market. Beli di area pd n9. Market value rumah tu panel bank isytihar kan 150k.. owner nak jual 120k pada mulanya.. harga rumah dalam snp asal rm120k.. so owner mmg nak jual sama harga beli. Rumah berusia 10 tahun tanpa sesape pun tinggal sebelum ni.. sebab owner askar.posting di sarawak.
    Rumah masih cantik.. tanpa sebarang kerosakan. Selepas tawar menawar dengan owner.. harga yg dilepaskan rm100k. Alhamdulillah. Saya bayar onwer rm1.5k sebagai tanda jadi beli.. buat loan sendiri di cimb. Saya dan owner bersetuju untuk meletakkan harga jualan sebanyak 110k. Jadi pinjaman berjumlah 99k =10%. Baru semalam sign letter offer. Umpama saya beli rumah tu full loan.. hanya stanby duit lawyer.. dan kemasukan semula elektrik dan air.
    Rumah saya dah pastikan tiada bil2 tertunggak.
    Pengalaman membeli rumah pertama sgt mendebarkan dan sungguh teruja..
    Terima kasih kepada tuan rumah.. tuan syed Zamzuren.. kerana menjual rumah tersebut kepada saya.. belum apa2 kunci rumah dah ada di tangan saya.. supaya mudah saya utk mengemas rumah katanya.. walaupun belum jadi hak milik secara atas kertas..
    Sebab rasanya sgt lama nak tggu.. hampir 6 bulan..
    Rumah teres 20 x 65.. corner lot..ade tanah sikit saiz sama dengan tapak rumah so total 40 x 65. Syukur sgt dapat harga tu dizaman harga rumah menggila ni.
    Kepada pembaca yg ingin berkongsi pengalaman atau pertanyaan boleh kita bincang sama2. Di whatapp.. 01113255991.. zahar.. kalau ramai.. kita buat group.. hehehehe.. tu je nak share.. tengah seronok sgt ni..
    Salam semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah murah rezeki dan tahniah

      Delete
    2. Slm En Zahar... lawyer tu mmg perlu kita engage ke or mcmner

      Delete
  7. Boleh share contoh surat intention to purchase? Tq

    ReplyDelete
  8. Ramai yang tanya kan pasal surat "intention to purchase" surat ni surat rasmi biasa yang kita karang. cukup bagi tau detail alamat rumah yang nak di beli dan apa yang boleh naik kan value rumah contoh kalau dah fully renovate boleh mention sekali.

    Bagi tau nama dan ic owner yang nak jual tu kepasa nama dan ic pembeli dengan amount sekian-sekian.

    bawah tu sign nama ic pembeli dan penjual atau boleh rujuk lawyer encik/puan. Mungkin lawyer ada surat sendiri tapi saya dan penjual karang je sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...