Makanan best di night market Krabi Thailand


Rasa nak share makanan yang ada dekat night market Krabi. Ni kali kedua aku datang night market Krabi tapi sebelum ni tak dapat nak usha sangat makanan apa dekat sana. Tapi sila hati-hati bila beli makanan tu bagi muslim. Jangan main sebat pula.. hahaha.. Boleh baca atau tanya dulu betul-betul.







Ni makanan first aku cuba masa masuk night market. Dia macam kulit apam balik kita dekat Malaysia tapi yang ni inti dia campur-campur.. harga 20baht sahaja.





Ni aiskrim goreng.. hahahah aku just cuba rasa blogger yanie punya je. Aku tak beli ni. Kitorang memang target nak cuba je apa yang boleh selagi halal. Hahahah..







Makanan atas ni aku tak berapa pasti status dia so ambil gambar sahaja.. ada orang tanya apa makanan local dekat Krabi so nah as requested gitu.




Ayam goreng dia ni 10baht je seketul.. sedap gila.. hahahah tiba-tiba terbayang.. menyesal beli satu konon nak cuba..




Memang ni antara makanan aku nak sangat beli. Takoyaki octopus. Memang la kat Malaysia ada tapi yang ni sedap lagi.. 30baht..







Dan juga bihun sup dan pad thai. Original thailand punya.. hahahahahha... yanie dengan mera beli pad thai 40baht satu.. aku beli bihun sup ayam 40baht.. Kedai pad thai dengan bihun sup ni sebelah je macam kedai anak beranak aku tengok. Ada logo halal..





Lepas habis melantak bihun sup dan pad thai aku sambung usha makanan. Makanan atas ni non halal ye!! Hahahah saja ambil nak bagi korang tengok..




Tak sah datang sini tak rasa banana pancake nutella.. so beli la satu untuk malam terakhir kat sini.





Dan hasilnyaaa.. meja pun penuh gilaaa.. hahahhahahahahahah.. nampak banyak makan tapi aku hanya habis 173baht untuk macam-macam makanan tu.. heaven tak? Seronok lepak sini. Aku just nak share pasal makanan je. Detail next entry ye..





So selamat menjamu mata tengok local food Krabi Thailand.



3 comments

  1. Unik makanan nya. Mu tgu aku dtg krabi

    ReplyDelete
  2. Wowww. Mewahnya makan misztrex ๐Ÿ˜„

    173 baht tu berapa ya dalam rm. Sebab rm pun dah turun kan. Baik baik bawa diri di perantauan ๐Ÿ˜ƒ

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. Silap aku tengok time laparrrr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...