Meraikan raya pkp3.0 seadanya

Setelah sekian lama tak update blog kali ni rasa nak update. Kita start dengan cerita pkp raya. Nak cakap tak sedih tu tipu la tapi macam dah boleh terima dah. Ni tahun kedua raya pkp. Entah sampai bila la nak habis ni kan. Apa yang kita update dan kata dekat media sosial pun kena hati-hati. Emosi rakyat sekarang sensitif. Mana tidak nya nak balik kampung tak boleh. Ramai hilang sumber pendapatan. Budak-budak pun sekolah macam tak sekolah. Boleh tekanan juga tu.



Walaupun begitu kita cuba juga sambut raya seadanya. Tak boleh nak sedih dan layan sangat. Raya tetap kena diraikan. Budak-budak berhak rasa seronok raya walaupun raya dekat rumah. Kali ni beza juga dari raya pkp tahun lepas. Tahun lepas boleh juga beraya minimum 20 orang satu rumah. Tahun ni langsung tak boleh. 




Makpak pun stress nak menjawab soalan anak tanya kenapa tak boleh jalan beraya. Semua duit raya yang family dan kawan transfer online aku tukar juga masuk sampul dan bagi anak. Bagi la nampak orang beraya juga tu. Hahahha terima kasih semua yang memberi duit raya untuk anak-anak aku. 


Raya kali ni aku sampai buat biskut raya sendiri weh setelah sekian lama… hahahhaha selain tu dapat juga kemas rumah dan kosong kan bilik yang seperti stor itu. Barang yang dibuang ada la dalam 85% banyak tak banyak sampah sebenar. 







No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...