Resipi nasi goreng daging

Siapa geng suka nasi goreng kosong pedas kaw? Bukan main kan nama. Aku panggil nasi goreng kosong sebab tak letak sayur atau lauk sangat lepas tu kicap ke apa semua tarak. Kosong biasa macam ni tapi rasa pedass kaw punya. hahahha.. Ni favorite laki aku. Nasi goreng kalau aku masak tak suka letak kicap atau sarat sangat sayur padahal malas nak potong sayur kan? kah kah kah.


Ni antara menu juadah berpuasa aku baru ni. Lama juga aku termenung menu apa la aku nak masak kalau boleh cepat dan senang. Maklum la ada baby yang asyik laaa merap nak mama. Melekap macam koala okay laa dia. huhuh So hasil termenung aku terfikir nasi goreng daging ni. Cepat dan senang sebab tak banyak bahan pun guna.



Nasi goreng daging cili padi


Bahan untuk nasi goreng ni senang sangat iaitu,

-bawang merah 3/4biji
-bawang putih 1/2 ulas
-cili padi sepedas rasa (aku letak 3biji je sebab ada budak nak makan)
-telur 2biji
-daging cincang ramly separuh
-kiub knorr ikan bilis sikit je atau ikan bilis
-minyak
-garam


Cara nak masak aku tumbuk semua bawang dengan cili padi lepas tu tumis dengan minyak. Bila tumbuk ni lagi sedap tau rasa dari blend. Ecehhh air tangan la konon kan. hahah Tumis naik bau semua baru masukkan daging kisar. Aku guna separuh peket daging kisar so memang meriah la daging nya. Guna daging kisar ramly ni memang sedap sangat.


Biar sehingga daging masak lepas tu masukan telur pula. YaAllah rasa menceceh buat entry masakan disiang hari ni. Walaupun nampak simple tapi aku nak blog kan juga sebab kekadang orang memang cari resipi yang mudah kan. Ramai yang nak senang sebenar nya. Jarang orang google resipi complicated sangat ni macam aku juga bila search banyak sangat bahan terus okay bye. Beli siap je terus. hahahahhaa




Jangan gaul sebatikan daging dengan telur pula sebab aku rasa buat macam tu rasa hanyir sikit so ketepikan daging dan masak telur tu dan hancurkan. Bila telur dan hancur elok masak baru gaul dengan daging bagi sekata. Lepas tu masukan nasi. Siap! hahah

Biasa aku masak nasi goreng daging letak daging biasa tu potong kecil kan tapi tu rasa lain beb. Guna daging kisar ni rasa dia lagi umphhh sedappp. Kalau suka pedas letak cili padi bebanyak dan makan panas-panas. Gerenti korang makan bertambah-tambah. Daging kisar ada lagi separuh balance. Balik karang boleh ni masak lagi tapi kita buat versi tambah sayuran sekali. Itu pun kalau sempat nak potong sayur. hahahahha

Selamat mencuba


1 comment

  1. Simple ajer ni. Tak pernah buat guna minced beef or yang sewaktu dengannya. Aku pernah buat guna daging biasa. Then, hiris nipis2. Nanti bebila boleh kucuba. Kadang tuh pening juga kan nak jadikan apa la nasi goreng ni. HAHAH~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...