Pengalaman cucuk sendiri Heparin selepas bersalin

Walaupun dah pernah beranak sebelum ni tapi trauma kali ni macam orang tak pernah beranak ha. Betul kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tu berbeza. Kita kena prepare mental fizikal dan banyakkan membaca pengalaman orang sebab paling tidak kita boleh agak apa jadi dari "none" hahahhahaha. Nanti la aku post pengalaman bersalin tu sebab panjang sangat. Apa pun Alhamdulilah dah selamat semua nya.


Cucuk ubat Heparin


Antara benda yang aku tak jangka kena buat bersalin kali ni adalah kena cucuk sendiri heparin 2 kali sehari selama 10 hari wehhhh. hahahahhahahaha. Masa bersalin kan Asyraf dulu walaupun sama cser tapi tak kena pun cucuk heparin ni. Kata nya prosedur baru sekarang yang aku tak sure start tahun bila ni. Maklum la dah lama tak beranak. huhuhu


Sepanjang dekat hospital 3hari 2malam tu nurse yang cucuk kan masa tu aku tak tanya pun cucuk apa so aku biar je. Yang aku tau dia datang cakap nak cucuk ye lepas tu bagi ubat makan. hahahah.. Sekali masa last day nak check out tu nurse datang explain ajar cucuk dan bagitau kena cucuk selama habis 10hari. Siap ada kertas jadual cucuk, kena tulis siapa nama yang cucuk dan pukul brapa semua pastu kena sign. Nurse ada pesan kalau tak berani cucuk sendiri dia minta pergi klinik berdekatan tapi weh tak kuasa la hari-hari baru lepas bersalin nak keluar pergi cucuk semata kan. Maka yang jadi tukang cucuk adalah laki aku sendiri. hahahha



Ni rupa ubat heparin tu dan hanya 1ml sekali cucuk. Hospital hanya bagi ubat dan sample jarum dan shrink je lepas tu selebihnya kena pergi farmasi beli sendiri untuk baki lagi 8hari tu. Jarum semua tu tak boleh recycle tau so kena beli ikut untuk berapa hari lagi baki tu.



Ni dah rupa mat gian haaa tengok gambar atas ni. hahahha.. aku cuba sekali je cucuk sendiri sebab masa tu kira terdesak la juga dan laki aku masa tu tak berani lagi tapi cucuk sendiri lagi perit weh sebab kita rasa sakit masa cucuk tu. arghh benci betul dan lepas pada tu memang laki aku yang tolong cucuk. Tahniah bang sebab berani gak cucuk bini. hahahah

Alatan untuk cucuk ubat heparin



Alcohol pads banyak-banyak ni aku nak buat apa entah. hahhaha yang lain ngam-ngam je habis. By the way kebetulan seminggu tu aku kena ulang hari-hari check kuning anak so masa siang tu nurse KK tolong cucuk. Bila cucuk dekat KK just bawa ubat heparin dan kertas jadual untuk nurse sign. Jarum semua tu guna KK punya. Malam dan hujung minggu je la laki aku cucuk lepas balik kerja. Sepatutnya cycle cucuk 12jam sekali tapi biasa la macam mana nak follow betul-betul weh.




Apa itu HEPARIN?


Beria aku sembang cucuk ubat segala kan tapi tak cerita pun menatang apa heparin ni. hahahha.. Aku rasa ramai orang tau tapi aku je baru tau. Heparin ni adalah sejenis ubat pencairan darah. Heparin berfungsi untuk mengurangkan dan menghalang pembentukan darah beku dalam saluran darah.

Bila aku sembang dengan nurse dorang cakap bahaya kes darah beku dan boleh bawa maut ni tu sebab wujud nya suntikan ni. So nak taknak kena juga ambil tapi bergantung pada kes masing-masing. Kebiasaan nya bersalin cser memang wajib ambil suntikan ni dan juga yang bersalin normal dengan komplikasi tertentu so jangan nak sembang "eh kenapa aku tak kena?" sebab kalau tak kena tu bersyukur laa. hhahahhaah Ikut je kata doktor masing-masing la senang kira.


Bahagian badan untuk suntikan HEPARIN


Mesti korang curious kan dekat mana cucuk Heparin ni. Kalau ikut nurse dekat hospital tu bagi tau dekat bahu tempat biasa cucuk tu atau peha tapi kalau ikut kertas lampiran heparin tu boleh cucuk dekat bahu, peha, buntut dan atas perut bawah dada (kawasan tengah) ikut fahaman aku atas pada pusat dan bawah dada. Tapi nak selamat cucuk dekat bahu atau peha je la. hahahha Aku gilir-gilir cucuk peha kanan kiri lepas tu bahu kanan kiri. Lebam memang lebam la tapi apa boleh buat dah kena juga cucuk. hahahha Aku siap soal kenapa la ubat cucuk bukan ubat makan macam cecair ke tablet ke. adoyaiii..




6 comments

  1. Tahniah athirah atas kelahiran anak kedua

    ReplyDelete
  2. Beraninyaaa tirah. fiza ulang alik dua kali sehari g klinik. wuwuwuw, dah la tgh sakit czer. mintak nak inject sendiri kat rumah nurse tak bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke sbb sini nurse tu yg ajar cucuk sndr.. kalau x brani br pergi klinik dia kata.. xlarat nak ulang klinik..

      Delete
  3. dulu czer takyah cucuk heparin. baru2 ni je kan.. semoga sihat semuanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...