Survey stroller compact dan ringan 2017

Aku rasa normal kot tiap kali mengandung jadi addicted dengan barang baby. Kali ni aku macam hari-hari survey stroller baby. Yaa anak pertama aku tak suka stroller masa baby so aku jadi babywearer tegar masa tu. Dulu pun selalu tengok stroller juga tapi nak beli bukan keperluan lagi so terpaksa pendamkan hasrat then terjebak dengan baby carrier. Actually terpaksa sebab dah dia taknak stroller tak kan nak dukung tangan kosong macam tu. Lenguh juga oiii. So aku start dengan babywearing since dia tak nak stroller. Boleh refer entry baby carrier ni. Aku belajar pakai carrier semua tu banyak dari youtube je awal-awal. Banyak je gathering group babywearing buat tapi aku tak dapat join sangat.


Masa umur Asyraf setahun lebih baru kami beli stroller dan stroller pertama aku beli masa tu Sweet Cherry Zitron. Boleh refer previous entry tu. Bukan tak cuba letak dalam stroller. Aku dah cuba tapi memang dia taknak so kalau beli awal pun membazir kan. Boleh baca kisah kami dengan stroller dalam entry tu. Dulu tak banyak sangat pilihan dan yang berkenan semua nya mahal sangat. Sekarang umur Asyraf dah 3.5 tahun, banyak jasa stroller tu dan berguna bila dia nak tidur. Cuma lepas 2 tahun lebih lenjan stroller tu, dah mula ada tanda nak rosak macam tali adjust seat tu dah koyak dan mula gegar bila tolak hahahhaha tapi memang puas hati sebab kami memang lenjan betul stroller tu. Kalau Asyraf tak duduk, aku buat angkut barang. So faham la kenapa boleh rosak.


Oleh sebab ada tanda-tanda nak jahanam stroller tu, itu yang aku gigih survey stroller baru untuk Asyraf sebab sekarang dia dalam fasa taknak jalan sangat. Sikit-sikit nak stroller. Aku dalam dilema nak beli macam stroller sekarang ke atau yang jenis compact. Kalau keluar berdua je dengan Asyraf aku jarang bawa stroller dan memang guna carrier je tapi sejak pregnant ni aku stop dukung dia dan dah kurang keluar berdua dengan dia lama-lama pun. Ni antara stroller pilihan hati aku.


Babyzen YOYO+ (model 2017)



https://www.babyzen.com/images/yoyo/poussettes-yoyo-intro.jpg


Ini adalah stroller idaman dari masa mengandungkan Asyraf kot tapi sebab kan masa tu ramai suggest jangan beli dulu stroller dan tunggu test dengan anak so aku pendamkan hasrat. Dulu harga tak sampai 2 ribu pun, tak macam sekarang sebab currency tengah teruk. Ketahanan babyzen yoyo ni memang proven sebab walaupun orang dewasa duduk pun still okay. Ni aku baca review dan tanya kawan aku yang guna sendiri la. Cuma harga babyzen yoyo sekarang mahal bukan main. Dalam RM2499 kalau tak silap untuk versi 6m+. Yang terbaru adalah babyzen yoyo+.




Babyzen yoyo ni ada 2 jenis, satu untuk baby 0m+ macam bassinet tu dan satu lagi untuk 6 bulan keatas sebab seat tak boleh fully reclined. Frame sama tapi seat lain-lain tau. Boleh refer gambar atas ni atau korang nak attach dengan carseat tapi kena beli adaptor dan hanya untuk design latest je boleh attach kalau tak silap. Aku rasa babyzen yoyo ni tak perlu explain detail sangat cuma yang design latest ni lagi menarik sebab lagi luas bakul bawah tu dan lebar sikit dari yang lama. Kebanyakkan orang akan beli babyzen yoyo 6+ version sebab boleh guna lama dan kalau ada duit lebih boleh beli full set sekali dengan versi 0m+ dan adaptor carseat. Kalau tak silap dalam RM34++ fullset.


Aldo compatto atau aldo baby (model 2017)


Ni aku tak pasti brand dari mana tapi yang aku tau stroller brand aldo ni well known sama macam sweet cherry sebab harga pun berpatutan. Dulu masa survey stroller aku tak perasan lagi kewujudan aldo maybe dulu tak banyak compact stroller ala-ala babyzen yoyo. Kalau compact pun jenis umbrella fold je. Aku try juga google pasal aldo ni tapi tak banyak info sangat. Rata-rata keluar page penjual je la.


Masa aku busy cari info pasal stroller aldo ni aku perasan design macam gambar bawah ni kira latest aldo. New version aldo compatto untuk 2017, nama baru aldo baby (A.Baby) katanya. Aku tak pasti sangat sebab aku tak jumpa company page ke apa. Tapi semua penjual claim ni design baru aldo compatto tukar nama ke aldo baby (A.Baby). Tempat letak barang bawah pun upgrade luas sikit dari yang lama. Mungkin tu antara beza yang baru dan lama. Aku study google je sebab yang penting sama compact dan ringan.

Boleh juga rujuk info mengenai aldo compatto dekat sini  - review aldo compatto.




Harga promo untuk aldo baby yang aku dapat RM399. Harga asal dekat RM700 kalau tak silap. Menarik kan harga aldo kalau compare dengan babyzen yoyo. hahahhaha.


Info baru aldo compatto atau A.Baby

Lepas aku walk-in ke The Baby Store Shah Alam sebab tu butik baby paling dekat dengan aku yang ada jual stroller ni. Info yang aku dapat dari situ kata nya Aldo memang tukar nama aldo compatto ke A.Baby tapi kebanyakkan customer still prefer nama aldo compatto so new stock dorang guna balik nama Aldo Compatto instead of aldo A.Baby ni. Design upgrade ikut yang baru dan hanya label name je tukar guna balik aldo compatto. hahha tapi kalau ikut aku pun prefer nama aldo compatto lagi. hehe


Review stroller Tavo

Lepas tu terjebak sekali dengan stroller Tavo brand korea ni weh! Aku tengok online banyak juga brand ni. Pernah juga terminat tapi macam tak pe la dulu konon dah target aldo paling kurang kan sekali tengok depan tavo ni smart gila. Material nya menarik sangat. Nampak kukuh, smart dan kain seat pun best macam material jeans tu.


Beza stroller aldo dan tavo



Bila dilipat saiz sama lebih kurang aldo dan boleh stand alone tapi aldo tu dia tak boleh tegak macam ni sebenar nya tu. Kena lay flat tapi ni bukan penting pun. Janji saiz kecil haaa dan berat lebih kurang. Bila orang kedai tu suruh try tolak yesss lagi smooth tavo dari aldo hoiii.. apa ni niat nak tengok aldo terjebak sekali tavo. hahahhaha Orang kedai tu pun cakap kebanyakkan yang walk-in mula-mula nak aldo tapi ramai tukar ambil tavo bila tengok depan-depan. hahahha dan mostly lelaki akan suka tavo.




Apa lagi korang nak tau? Boleh refer gambar sebelah-sebelah ni. Bakul tavo lagi besar dan body nampak tegap tavo lagi kan tu baru tengok gambar kalau tengok depan-depan memang lagi cair tengok tavo. kah kah kah. Tavo pun ada promo price dalam RM500+ gitu. Mahal dari aldo la semestinya. Import Korea maaaa.



Quinny Zapp Xtra 2



Stroller ni agak berat antara yang aku share dekat atas ni tapi nampak kukuh dan kira compact juga. Kalau ikut saiz lipat tu kecil lagi dari stroller Asyraf guna sekarang. Boleh fully recline dan semestinya sesuai untuk baby la. Ini memang boleh ganti terus stroller Asyraf yang sekarang sebab bentuk pun lebih kurang ha. Tapi ni last option kot sebab dah pernah merasa guna stroller macam Asyraf sekarang so sekarang pilihan nak paling compact, ringan dan paling senang nak handle. haaa gitu.

Tapi kalau ingat balik pengalaman travel dengan stroller semua macam stroller kukuh macam ni antara yang berguna je untuk letak barang dan anak. hahahhahaha Macam mana ni? 

GB Pockit Plus


Ini stroller idaman terkini sebab stroller ni terkecil didunia tapi tak boleh fully recline dan hanya sesuai untuk 6bulan keatas. Paling ringan antara semua stroller diatas. Kalau aku beli stroller ni memang tak boleh jadi tempat angkut barang la. Mana muat nak sumbat barang shopping segala haaa. Kalau sebelum ni stroller tempat aku letak beras, minyak dan segala mak nenek. hahahahahha sebab ruang besar kan. Kalau taknak guna boleh lipat masuk bag atau plastik je sebab memang kecil comel sangat.

Kebanyakkan yang komen suggest beli stroller ni mesti ada stroller lain juga as backup. hahahhaha. Bukan stroller utama. Faham tak dilema aku ni? Aku siap post survey stroller dekat facebook sekali tanya pasal stroller. heheheh


Survey stroller mana best






Semua yang komen ada point masing-masing pasal stroller ni yang buat aku lagi dilema. hahahha. Ramai suggest design ala aldo dan juga pockit. Anak bakal 2 next year. Boleh la angkut dua-dua tu nanti. hahahha Doa sis kaya tau.

6 comments

  1. barang baby lah paling syok nak survey dan window shopping walaupun takde baby kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kalau takde tp kalau ada baby berhabis juga tu.. hehehhe tp mak redha je

      Delete
  2. Alhamdulillah,humaira ok je stroller la,baby carrier yg macam kantung kanggaru tu,tapi babywrap je tak cuba sebab ibunya menderita sakit pinggang tak daya nak wrap dia huhuuu sib baik gi mana2 dia ok je dalam stroller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. start pregnant yg stop trus carry dia kalau x dgn mak dia mmg carrier je.. bapak dia ada baru guna stroller. rs leceh handle stroller kalau bapak dia xde. heheh

      Delete
  3. bagus review ni.. boleh senangkan para parents yang sedang mencari stoller

    ReplyDelete
    Replies
    1. terutama yg compact.. skang sume cr compact je

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...